SAHABAT BLOG

29 September 2009

Menu Pelengkap Raya

Aku rasa masih belum terlewat bagi aku mencerita pasal raya kerana kita masih lagi berada di dalam mood raya. Di sana sini sekarang ini sibuk dengan jamuan rumah terbuka hari raya. Pelbagai jenputan yang kita terima dari pelbagai pihak.

Bercerita pasal raya ni, aku rasa tidak lengkap atau bermakna sesuatu perayaan jika sekiranya tiada hidangan pelengkap raya. Hidangan pelengkap raya bermaksdu hidangan yang menjadi tradisi bagi sesebuah keluarga yang disediakan disetiap musim perayaan menjelang. Bagi keluarga ibu bapa aku, membuat lemang boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi yang dipraktikkan setiap tahun apabut perayaan samada hari raya Aidilfitri mahupun aidiladha.

Jika dulu semasa aku masih sekolah, Kewangan mak dan ayah aku tak banyak, bajet untuk buat rendang tak ada. Oleh yang demikian, lemang-lemang itu dimakan dengan gula ataupun madu lebah sahaja. Semenjak aku dah kerja, ada le sedikit bajet untuk membuat rendang. Emak aku tak reti buat rendang kerana dia memang tak pernah buat rendang semasa kami miskin dulu, jadi tugas membuat rendang adalah tugas aku sebagai ketua dan adik-adik aku sebagai pembantu.

Kini tradisi membuat lemang diteruskan lagi dengan adik ipar aku sebagai kepala membakar lemang. Dulu semasa arwah ayah aku masih ada, dia dan mak aku akan bekerja sama menyiapkan lemang-lemang bermula dari proses mencari buluh dan daun lerek ( kami tak pernah menggunakan daun pisang ) hinggalah ke proses membakar lemang. Kami adik beradik hanya membantu mengisi beras-beras pulut ke dalam buluh lemang. Bila ayah aku meninggal dunia pada Julai 2007, kemeriahan membuat lemang ini terhenti sekejap. Namun demikian, kami masih buat lemang dengan menumpang kakak aku. Maksudnya mak hanya bekalkan beras pulut sahaja kepada kakak, manakala segala proses yang lain dilakukan oleh kakak aku dengan suaminya.

Sebenarnya, kita hendaklah mencipta sesuatu yang bermakna dalam keluarga kita setiap kali sambutan raya supaya ianya menjadi sesuatu yang boleh dikenangkan ataupun dibanggakan oleh generasi-generasi kita yang akan datang. Bagi diri aku yang dah berkeluarga, sehingga kini masih lagi mencari-cari sesuatu untuk dicipta sebagai tradisi keluarga aku. Aku ada pesan kepada isteri aku supaya dia masak nasi minyak sahaja setiap kali raya keraa dia pandai masak nasi minyak lagipun anak-anak aku suka makan nasi minyak yang isteri aku buat. Barulah anak-anak dapat bercerita ataupun menjadi kenangan kepada mereka apabila bercerita pasal sambutan hari raya. Samalah seperti tradisi membuat lemang keluarga aku itu. Rasanya tak lengkap sambutan raya keluarga aku kalau tak buat lemang. Mak mertua aku pulak, setiap kali raya akan membuat ketupat palas berintikan sambal ikan setiap kali raya. Namun itu hanya untuk bekalan kami bila hendak pulang ke Kuala Lumpur. Manakala tradisi dia yang boleh dikenangkan dan dikira sebagai pelengkap raya ialah Nasi Minyak ataupun Nasi Ayam. Maknanya, setiap kali hari raya , adalah salah satu antara dua menu ni. Bukanlah menu istemewa sangat kerana nasi minyak dan nasi ayam boleh didapati dimana-mana pada bila-bila masa, tetapi ianya dikira sebagai tradisi. Cucu-cucu dia pun dah tahu apa yang nenek mereka akan masak pada hari raya. Sekiranya menu utama atau pelengkap tu tak ada, kecewa juga rasanya.

Kesimpulannya apa yang nak aku sampaikan di sini ialah ciptalah suatu menu pelengkap hari raya masing-masing. Jika tak mampu untuk membuat menu istemewa seperti lemang atau nasi Bukhari, atau nasi briani dan sebagainya, ciptalah suatu menu yang mudah tetapi dari air tangan sendiri supaya ianya akan menjadi sesuatu yang boleh dikenangkan oleh anak-anak kita bila sebut pasal raya.

No comments: