SAHABAT BLOG

29 September 2009

Semua dah jadi Biasa dan 'dihalalkan'

Sekarang ini penyakit yang sedang melanda masyarakat kita terutama orang Melayu adalah sikap menerima sesuatu yang tidak betul ataupun sesuatu yang diluar kebiasaan menjadi sesuatu yang biasa dan diterima ke dalam kehidupan masyarakat. Perangai dan sikap yang teruk ini bukan sahaja merugikan bahkan boleh mengikis nilai-nilai murni masyarakat melayu Islam yang selama ini menjadi tunjang kekuatan dan imej masyarakat melayu.

Saya berikan beberapa contoh beberapa perkara atau peristiwa yang luar biasa dan tidak betul yang telah diterima ke dalam masyarakat orang Melayu .

1. Berlaku kemungkaran dimana-mana yang dilakukan oleh anak-anak melayu seperti berpelukan, berciuman, minum arak, berpeleseran dan sebagainya yang mana pada asalnya sesuatu yang boleh dikatakan luar dari kebiasaan nilai-nilai Islam telah diterima ke dalam masyarakat tanpa was-was dan seolah-olah ‘dihalalkan’. Akibatnya, semakin hari kita akan melihat perkara-perkara mungkar ini mungkin berlaku dimana-mana di kejiranan kita ataupun di depan mata kita.

2. Kebanjiran warga asing ke dalam Negara. Pada asalnya warga asing yang boleh
kita jumpai di Negara kita ini hanyalah melibatkan para pelancong. Kita mungkin teruja bilamana berselisih dengan pelancong-pelancong ini dan bangga kerana mereka sudi untuk datang melancong ke tempat kita. Sekarang ini jumlah ‘pelancong’ yang tak reti nak balik kampung ini semakin ramai dan ramai dikalangan warga kita yang telah mengambil sikap tidak peduli dengan mereka. Lama kelamaan ianya menjadi sesuatu yang biasa dalam masyarakat. Bagi mengambarkan kepesatan para ‘pelancong’ yang tak reti nak balik kampung ini , saya teringat lawak orang asli iaitu apabila ada dua orang asli berlawan bercakap besar berkenaan banyaknya ikan disungai di tempat mereka. Seorang mengambarkan banyaknya ikan dengan mengatakan “selak air nampak ikan”. Tetapi yang seorang lagi membalas Katanga di tempat dia lagi banyak iaitu, “selak ikan baru nampak air”. Inilah yang mungkin bakal berlaku di Negara kita dimana kalau nak cari orang Melayu di sesuatu tempat, kena cari di celah-celah ‘pelancong’ yang tak reti nak balik kampung ini.

3. Pendedahan aurat oleh wanita Islam dimana-mana dan diterima
oleh masyarakat tanpa rasa apa-apa. Langsung tak ada dalam hati untuk mencegah perkara tersebut. Bagi pihak yang berkuasa seperti pemimpin-pemimpin, mereka pun tak terlintas untuk menegur. Sekarang ini pendedahan aurat oleh wanita Islam dah jadi sesuatu yang ‘dihalalkan’ dalam masyarakat. Pihak-pihak yang berkuasa nampaknya mebiarkan sahaja perkara ini tanpa diambil tindakan yang drastik. Lama kelamaan ianya menjadi perkara biasa bahkan akan pembelaan pulak mereka-mereka yang hendak kembali ke zaman batu ini.

4. Kerjaya yang mendorong kepada bertentangan dengan syariat
Islam seperti nyanyian dan lakonan yang tidak menepati syariat Islam sudah diterima sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat dan telah menjadi’halal’ bahkan ramai anak-anak kecil yang berlumba-lumba untuk menjawat jawatan penyanyi atau pelakon. Alim ulama pun nampaknya tidak berani nak menegur secara terbuka dan mengeluarkan fatwa akan halal haramnya hasil kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon itu kerana mereka sudah tahu penentangan yang bakal mereka terima daripada pembela-pembela kemungkaran yang berlindung disebalik NGO yang halal.

5. Rumah-rumah ibadat bukan Islam yang tumbuh bagai cendawan
dalam masyarakat melayu dah diterima sebagai perkara biasa dalam masyarakat bahkan mereka mempunyai pembela yang membela mereka. Jiak ada pihak-pihak yang ingin menentang akan dihalang dan dikenakan pelbagai caciabn dan hukuman. Rumah ibadat bukan Islam ini jika dikajis ecara halus seolah-olah mereka hendak mensyiarkan agama anutan mereka kepada ke dalam masyarakat melayu Islam secara berselindung disebalik kebebasan beragama.

6. Bilamana pemimpin yang mempunyai moral yang rendah dan Rekod yang tidak bersih dan masih belum dibersihkan telah diangkat sebagai pemimpin besar. Perkara ini nampaknya sudah di’halal’kan dan sudah pun diterima sebagai perkara biasa bagi sesetengah golongan. Bagi mereka tidak ada bezanya antara seorang pemimpin bermoral tinggi dengan mereka yang bermoral rendah, apa yang penting bakat dan kebolehan pemimpin terbabit. Di ketika sebelah pihak ‘bersungguh-sungguh’ hendak membersihkan para pemimpin mereka, di sebelah pihak pulak mengambil sikap tidak peduli.

7. Akan datang ada pemimpin bukan Islam yang merasmikan rumah Ibadat orang islam akan menjadi perkara biasa dan diterima dalam masyarakat sepertimana sekarang ini ada pemimpin bukan Islam yang mendermakan lembu untuk dibuat korban dan jadi perkara biasa. Ini disebabkan apabila orang bukan Islam diangkat menjadi penghulu ataupun ketua bagi orang Islam dah jadi perkara biasa dan diterima dalam masyarakat kerana kita masyarakat majmuk.

8. Akan datang, apabila syiar agama bukan Islam dikumandang secara meluas akan juga menjadi perkara biasa dan diterima dalam masyarakat Islam dan tak jadi masalah kerana kita masyarakat majmuk.

9. Akan datang melayu kembali dijajah dan menjadi kuli dalam Negara sendiri juga akan diterima sebagai perkara biasa dan tak jadi masalah kerana kita masyarakat majmuk.

Semuanya ini disebabkan orang melayu sekarang ini sudah dijangkiti sikap tidak peduli dan tidak suka menjaga tepi kain orang lain. Mereka dah jadi ‘nafsi-nafsi. Ini berlaku disebabkan bilamana ada orang tertentu yang cuba untuk menyedarkan mereka dan memberi sesuatu fakta kebenaran telah diketepikan dan ditolak disebabkan mereka merasakan mereka lebih pandai dan lebih bijak, Akhirnya mereka yang ingin memberi kesedaran itupun bosan dan mengambil sikap tak ambil peduli. Saya harap kepada pihak-pihak yang ingin menyedarkan golongan yang berlagak pandai ini supaya tidak bosan dan jemu untuk menegur dan kalau boleh hendaklah dilakukan dengan cara lebih agresif dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu islam terutamanya. Kepada mereka yang cuba untuk berlagak pandai ( maaf kerana saya tidak mengetahui tahap kepandaian mereka), saya mengharapakn agar mereka menerima teguran dan pandangan daripada mereka yang berkelayakan seperti Dr. Ridhuan dan yang lain-lainnya sebagai pedoman. Manakala kepada mereka yang berkelayakan pulak, janganlah mempunyai udang ataupun touge atau apa-apa disebalik mee apabila membuat teguran dan sebagainya. Seperti contoh disebabkan ingin menjadi popular dan mendapat keuntungan daripada kepopularan itu kerana seperti biasa, semakin banyak kita bercakap, semakin banyak yang terdedah. Jika kita ikhlas bercakap, semakin terdedah keikhlasan kita itu bergitu juga jika tidak ikhlas dan berbohong, semakin banyak kita bercakap, semakin terdedah ketidak ikhlasan dan kebohongan kita itu. Satu pembohongan hendaklah ditutup dengan kebenaran dan bukannya ditutup dengan satu lagi pembohongan.

2 comments:

Abdullah said...

Assalamualaikum

Tulisan anda memang elok dibaca oleh semua Rakyat.

Saya ingin mencadangkan supaya anda menonjolkan diri sebenar anda.

Sungguh sayang sekali penulisan yang sebegitu elok tidak mendapat perhatian umum oleh kerana keseganan di dalam diri sendiri.

Saya harap anda akan menimbang cadangan ini.

putrarahman said...

Terima kasih kepada En. Abdullah kerana membaca tulisan saya, dan terima kasih atas pandangan tuan itu. Insyaallah suatu masa nanti saya akan tuliskan juga biodata saya jika keadaan mengizinkan.