SAHABAT BLOG

01 October 2009

ISA: Suaram gesa Dr M minta maaf pada rakyat M'sia

Sep 30, 09 3:16pm
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tidak bertanggungjawab.

“Mantan perdana menteri nampaknya tidak menyedari realiti bahawa rakyat Malaysia menentang keras ISA dan mereka mahu ianya dihapuskan segera,” kata Penyelaras Suaram, Nalini E, dalam satu kenyataan hari ini

Dipetik dari: http://www.malaysiakini.com/news/113901



Ulasan aku: Apabila aku membaca berita di atas, emosi aku sedikit terganggu. Aku bukanlah mengidolakan Tun Dr Mahathir namun aku begitu tersentuh bilamana sesuatu yang dilakukannya hampir 20 tahun yang lalu diungkit kembali. Bukan itu sahaja, aku juga mungkin gagal kawal emosi aku bilamana ada pihak yang kononnya mewakili majority rakyat Malaysia sedangkan kita dapat menilai dengan jelas siapakah ataupun rakyat yang bagaimana yang diwakili mereka.

Siapa Nalini E yang kononnya bercakap bagi pihak Suara Rakyat Malaysia ( SUARAM ) Aku pun rakyat Malaysia juga dan tak sekelumitpun aku membenarkan dia bersuara bagi pihak batang tubuh aku. Pandai-pandai mengatakan apa yang disuarakannya adalah suara rakyat Malaysia sedangkan aku tahu suara siapa yang diwakilnya itu. Aku cadangkan kepada Saudara Nalini E, supaya menukar SUARAM kepada Suara Pembangkang Malaysia nama ringkasnya (SUAPEMAS). Ini disebabkan apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan nampaknya dibangkang oleh mereka. Jadi adalah lebih sesuai nama mereka ditukar kepada SUAPEMAS.

Isu yang dibangkitkan pada kali ini adalah berkenaan isu ISA. Sudah lama isu berkenaan ISA ini dibangkitkan oleh banyak pihak. Ada pihak yang menyokong dan ramai juga yang membantah penggunaan ISA. Isu meminta maaf oleh bekas PM kepada rakyat Malaysia itu tidak sewajarnya dibangkitkan kembali kerana isu penangkapan ‘operasi lalang’ itu telah lama berlaku dan sudah pun menjadi sejarah Negara. Adakah kita mahu mengungkit kembali sejarah Negara untuk dibahaskan?. Pada pendapat aku, jika kita hendak ungkit kembali sejarah Negara, banyak perkara yang boleh diungkitkan namun waraskah kita hendak ungkit semuanya itu dan dibahaskan untuk mencari siapa yang salah dan siapa yang betul. Pada aku,hanya kes-kes jenayah sahaja yang boleh diungkit dan digali semual

Pada pendapat akal aku yang cetek ini, sebelum sesuatu penangkapan di bawah akta ISA, pihak perisikan terlebih dahulu akan mencari pelbagai maklumat, dan terbukti kebanyakkan penangkapan ISA telah banyak membantu membendung sesuatu kejadian buruk berlaku kepada Negara. Contoh terbaru adalah penahanan pemimpin HINDRAF. Dalam ‘ operasi lalang’ aku tidak mahu sentuh secara mendalam kerana focus utama aku adalah kepada akta ISA.

Memimpin dan menguruskan sebuah Negara berbilang kaum dan berbilang bangsa seperti Negara kita ini, yang mana setiap kaum aku percaya sentiasa cuba mempertahankan kepentingan kaum masing-masing bukanlah suatu tugas yang mudah dan senang sepertimana yang dijangkakan dan diandaikan oleh sesetengah golongan. Negara kita telah mempunyai sejarah hitam 13 Mei 1969 yang boleh dijadikan teladan untuk mengambarkan ketegangan yang boleh tercetus dan bakal terjadi sekiranya perpaduan di antara kaum diambil mudah. Aku bukan hendak mengangkat topi ataupun mengangkat ibu jari kepada pemimpin BN, namun tidak boleh juga aku pandang sebelah mata kepada kejayaan dan kebijksanaan mereka menjaga hubungan kaum dengan foumula yang mereka gunakan yang mana ianya terbukti berjaya selama 52 tahun walaupun sedikit bergolak pada 1969, namun dengan kebijaksanaan pemimpin BN dan dengan penggunaan formula-formula yang berkesan telah berjaya menenangkan riak-riak kekacauan itu agar ianya tidak menjadi gelombang yang lebih besar laksana tsunami yang melanda yang bakal mengundang padah yang mampu memusnahkan tembok perpaduan yang diketahui agak rapuh sepanjang masa. Tembok perpaduan yang diketahui agak rapuh inilah yang membimbangkan ramai rakyat yang cintakan kedamaian dan ketenteraman yang dinikmati selama ini. Salah satu senjata paling ampuh yang tiada tolok banding nya dalam menjdikan suasana negara aman dan damai adalah ISA. Ya benar ISA, iaitu senjata yang sangat digeruni dan ditakuti oleh mereka yang mempunyai niat untuk menimbulkan kekacauan dalam Negara ini bagi pelbagai tujuan termasuk untuk mendapatkan kuasa politik.

Tidak dapat aku bayangkan jika sekiranya ISA dihapuskan dan tidak digantikan dengan satu akta pencegahan yang sedemikian rupa. Aku percaya jika hari ini ISA dihapuskan, tak sampai satu jam sudah ada riak-riak perpecahan kaum yang bakal menjadi gelombang besar. Pasti ramai pihak yang akan bertepuk tangan dukan sahaja di dalam negara bahkan diluar negara. Kalau nak diharapkan dengan akta hasutan atau lain-lain akta, aku percaya ianya langsung tidak berkesan untuk menjadi satu senjata ampuh untuk merungkai perbalahan kaum.

Kesimpulannya, Nalini E hendaklah mencari suatu nama yang lebih sesuai dan jangan lagi menggunakan nama SUARAM kerana ramai rakyat Malaysia termasuk aku dan ahli keluarga serta keturunan aku tidak pernah mewakilkan kepada beliau untuk bersuara bagi pihak aku dan keturunan aku. Oleh itu bagaimana dia boleh mendakwa dia adalah mewakili suara rakyat Malaysai. Keduanya, janganlah diungkit kembali sesuatu yang telah menjadi sejarah tanahair disebabkan sejarah itu tidak seperti yang mereka kehendaki kerana sesungguhnya banyak sejarah-sejarah lampau yang bakal diungkitkan jika perkara ini dibiarkan berleluasa. Maksud aku diungkit bagi tujuan mencari siapa yang salah dan siapa yang benar.

Seterusnya ISA hendaklah diteruskan walaupun ramai pihak yang ingin agar ianya dihapuskan kerana aku percaya jika ditubuhkan satu Suruhanjaya untuk mendapat suara daripada rakyat seperti Suruhanjaya Reid, aku percaya majority masih memerlukan ISA. Selagi bumi Malaysia ini dihuni oleh masyarakat majmuk berbilang kaum dan selagi ada sahaja pihak-pihak yang sanggup melakukan apa sahaja dan bersekongkol dengan siapa sahaja untuk berkuasa selagi itulah ISA diperlukan. Percayalah jika ditakdirkan suatu masa nanti pihak PR yang bakal memerintah, merekalah yang akan menjadi pejuang utama untuk mempertahankan ISA. ISA adalah hak rakyat Negara Malaysia dan bukannya hak mana-mana parti politik. Sesiapa yang menjadi pemerintah hendaklah mengekalkan penggunaan ISA dan hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin.

No comments: