Dewasa ini, kemajuan teknologi telah mendorong begitu ramai usahawan-usahawan internet muncul. Bercakap pasal ini, aku pun ada bercadang juga untuk menceburi bidang ini, tetapi apakah aku mempunyai kemampuan untuk menceburinya. Kawan aku telah menghulurkan kepada aku sebuah buku yang ditulis oleh Irfan Khairi. Bila ku baca buku berkenaan, terfikir juga, mungkin aku boleh juga mempunyai sebuah syarikat dalam internet. Di samping itu, kawan aku memang kaki internet terutama perniagaan yang boleh menguntungkan, tak kisahlah perigi duit ke, ebay ke atau apa sahaja. Semuanya diusahakannya. Katanya, setiap bulan dia boleh dapat RM2,000.00 lebih. Woo...sape nak kasi kalau duit sebanyak itu. Dengan begitu terujanya aku pun cubalah menceburi sebuat plan perniagaan yang menjual e book. Aku kena bayar RM30.00 kepada Admin dan duit itu admin akan agih-agihkan kepada upline aku. Ini bermakna aku ini disponsor oleh orang dan aku pulak akan mencari downline. Macam perniagaan direct selling. Macamana aku nak cari down line, sedangkan aku ini bukannya reti untuk mencari downline. Pada fikir aku, mungkin aku kena kuatkan usaha untuk memperkenalkan lagi alamat atau adress aku kepada umum supaya.....malas lah nak tulis pasal ini.
Baik aku jual kain samping dari negeri kelahiran aku. Kalau sesiapa perasan, setiap kali Pak Lah ( PM Kita ) memakai baju melayu, beliau sentiasa mengenakan samping yang simple saje. Bukannya kain songket tetapi samping tenung. Macam kain pelikat atau kain sarong, tetapi ditenung menggunakan tangan. Kalau tak salah aku harga kain samping tersebut sekita RM100.00 sehelai di Kedai Payang. Dulu semasa aku bekerja di Sabah, aku ada juga jual dan alhamdulillah habis kesemuanya. Tapi masalahnya modal besar dan bayar kredit. Tak larat juge. Jadi aku bercadang nak jual kain samping itu dalam internet, mana tau kalau ada yang berminat. Bayar pakai Maybank@u dan aku akan hantar ke alamat mereka. Aku kena periksa harga dulu. Jadui aku bercadang nak balik ke Kampung pada 31 Ogos ni dan periksa harga dengan pembekal aku di Pasar Payang. Selepas itu aku akan mengiklankannya dalam blog aku ini ataupun mana-mana iklan percuma yang lain ataupun blog kawan aku.
Aku juga cadang nak jual kepada kakitangan pejabat aku. Kalau laku, bolehlah buat duit belanja hari raya. Kalau tak pun aku pulang semula kepada pembekal aku.
Kalau sape-sape berminat atau nak beli kain samping itu dengan aku, e-mailah kepada aku seperti di bawah ini.
putrarahman@gmail.com.
Bye-bye.
No comments:
Post a Comment