Pada Semester Januari 2008, aku dah habis belajar dengan OUM. Lega bukan kepalang. Maklum sajalah orang tua belajar. Komitmen terhadap rumahtangga dan juga pembelajaran berbelah bagi. Kadang-kadang asyik kita sedang buat tugasan, anak-anak kecil datang ajak bermain dan yang bersekolah pulak minta diajar buat kerja rumah. Tapi semuanya kena pandai layan. Pernah tutor aku kata, belajar bila dah berumah tangga ni dan dah ada anak-anak ni sesuatu yang susah. Oleh itu beliau nasihatkan supaya kita tidak abaikan keluarga dan belajar bersama-sama keluarga. Alhamdulillah semuanya dapat aku lakukan walaupun kadang-kadang tension bukan kepalang terutama bila hampir nak exam ataupun tugasan masih belum siap.Petua aku, gunakan masa lapang untuk belajar dan jangan tunggu hingga saat akhir kerana belum tentu disaat akhir itu, kita mempunyai masa lapang.
Bila dah hjabis ni, aku cadang nak sambung keperingkat yang lebih tinggi lagi. tetapi sebelum itu, aku kena tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris aku dulu. Aku pun hairan, kenapa kita mesti pandai BI untuk belajar keperingkat yang lebih tinggi. Aku fikir ini disebabkan dasar yang dilakukan oleh kerajaan. Jika kerajaan meletakkan dasar bahawa penggunaan Bahasa Melayu diutamakan bagi seorang pelajar untuk mendapatkan ilmu hingga keperingkat PHD. Tetapi BI adalah bahasa dunia. Adakah semua para akademik mesti menguasai BI untuk berjaya. Pada pendapat aku tak mestinya begitu. Bagi negara yang mempunyai indentiti yang kuat seperti Korea, Jepun, Cina dan banyak lagi negara lain, kebanyakan daripada para sarjana mereka bukannya tahu berbahasa Inggeris. Contohnya, ayah kepada Altantuya merupakan seorang Pensyarah Universiti di Mongolia. Beliau bukannya boleh berbahasa Inggeris. Walaupun Mongolia tidak berada dalam peta negara yang berjaya, tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak hilang Identiti mereka.
Identiti bagi sesebuah negara amat penting untuk dibentuk dan dipelihara. Pendapat peribadi aku, Malaysia telah hilang indentitinya. Bolehkah dikatakan kehilangan identiti ini disebabkan Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum dan setiap kaum membentuk indentiti masing-masing hinggakan satu identiti tunggal tidak dapat dibentuk. Ini semua berpunca daripada dasar kerajaan yang terlalu memikirkan untuk maju sehinggakan ada perkara-perkara yang menjadi Identiti negara hilang. Contohnya penggunaan tulisan jawi yang suatu ketika dahulu merupakan identiti kepada Tanah Melayu dimana ianya digunakan dalam pentadbiran negara. tetapi disebabkan ingin mengejar kemajuan, kerajaan sanggup menukar kepada penggunaan tulisan rumi dalam bahasa Melayu. Penggunaan tulisan jawi itu merupakan satu identiti negara yang sepatutnya tidak boleh dihilangkan begitu sahaja. Kerajaan telah membuang identiti.
Banyak lagi identiuti-identiti negara yang semakin sedikit demi sedikit terhapus. Dalam sukan. sepak takraw merupakan identtiti negara Malaysia dan Thailand. Sukan sepaktakraw ini seharusnya diberikan perhatian yang lebih dalam pembangunannya kerana ianya merupakan sukan yang melambangkan identiti negara. Jika perhatian tidak diberikan dalam aspek pembangunan, kejohanan dan sebagainya yang berkaitan dengan sepaktakraw, tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat kita tidak athu bermain sepaktakraw dan nama sepaktakraw pun mungkin bertukar kepada suatu nama yang berbau Inggeris.
Ini adalah masalah yang dihadapi oleh kerajaan kita. Sepatutnya dalam kita mengejar kemajuan, identiti-identiti yang kita ada hendaklah sentiasa dipelihara dan diperkemaskan dari masa kesemasa supaya ianya tidak terhapus ditelah arus kemajuan. Contoh-contoh identiti negara yang sepatutnya dipertahankan ( Silat, Sepaktakraw, Tulisan Jawi, Kunjung Megunjung semasa Hari Raya, Baju Kurung, Baju Melayu, dan lain-lain lagi)
Berbalik kepada belajar diusia tua, ianay merupakan satu cabaran yang tidak terhingga kepada para pelajar. Fokus bercampur baur. Oleh yang demikian, apabila telah tamat belajar, satu kelegaan yang teramat sangat dapat dirasai. Namun sebagai seorang pelajar seumur hidup, tiada noktashnya dalam pencarian Ilmu pengetahuan ini samada secara formal ataupun secara tidak formal.

No comments:
Post a Comment