SAHABAT BLOG

24 July 2013

Jangan Cepat Melatah, Rosak Segalanya

Aduh, macam-macam hal yang didedahkan oleh pengamal media sosial sekarang ni. Terbaru berkenaan murid bukan Islam di sebuah sekolah yang 'terpaksa' makan didalam bilik yang didakwa sebagai bilik air atau tandas atau toilet atau hamam atau jambam. Hakikatnya bilik tersebut adalah bilik persalinan yang telah diubah suai menjadi bilik makan para pelajar disebabkan kapasiti kantin tidak dapat menampung murid yang ramai .

Untuk lebih jelas sila layari blog mazidul akmal sidek yang memuatkan cerita dan gambar sebenar bilik berkenaan. Pada pandangan aku, sekarang ini semua pihak kena berhati-hati terutama di zaman telefon pintar sekarang ini. Silap sikit sahaja, pasti gambar akan keluar dalam mana-mana media sosial.

Bagi ahli politik pula, janganlah cepat sangat melatah bila membaca berita daripada media sosial ni kerana kebanyakkan berita yang disebarkan itu tidak berasaskan sumber yang sahih dan juga ada antara para bloger itu tidak beretika ketika menulis tetapi mereka menulis  lebih kepada maksud peribadi mereka sendiri. Oleh itu kalau ahli poltik seperti Rafizi contohnya cepat melatah berdasarkan sumber berita dari blog-blog, nampak sangat ahli poltik tersebut pramatang dan masih perlu banyak belajar.

Apa-apa pun dapat disimpulkan para pelajar kita sekarang ini terlampau manja sangat dalam serba serbi termasuklah anak aku sendiri. Nasib baik aku tak ikutkan sangat manja mereka ni.  Mak bapak pulak terlalu sensitif dengan anak masing-masing,  Nyamuk pun kalau gigit anak mereka, nyamuk tersebut pun mungkin akan disaman. Cikgu pun jadi serba salah hendak mengajar. Itu pasal anak-anak zaman sekarang ini ramai yang kurang ajar kerana cikgu tak berani nak ajar lebih-lebih bimbang kena saman.

Gambar di bawah ini mencerita gambaran sebenar 'kantin' kontroversi tersebut.


No comments: