SAHABAT BLOG

27 August 2012

Kisah Raya Aku dan Keluarga Tahun ni.

Hariraya Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada 1 Syawal 1433H bersamaan 19 Ogos 2012. Penetapan hariraya sekarang ini tidak sama seperti dahulukala. Kalau dahulu terdapat unsur-unsur suspend setiapkali penyimpan mohor besar raja-raja hendak menyampaikan pengumunan hariraya, tetapi sekarang ini penetapan hari raya telah dibuat awal-awal lagi.  pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja hanyalah untuk meresmikan sahaja. Pengalaman dahulukala, adakalanya orang kampung aku tunggu pengumuman raya dahulu, baru mereka bakar lemang.

Kebiasaannya aku sembahyang raya di masjid kampung di Kg Dusun. Tahun ini aku pun bercadang hendak sembahyang hariraya di kampung aku, tetapi semasa aku bersiap ke kampung, kawan aku ajak aku pergi sembahyang raya di Surau Kg. Lebak. Suaru Kg Lebak ni adalah surau yang dikuasai sepenuhnya oleh para pengikut PAS. Sebagai seorang yang tidak berparti, aku tiada masalah hendak sembahyang raya dimana-mana.

Sampai di Kg. Lebak, aku dapati majoriti para jemaah yang datang hendak sembahyang raya memakai kopiah putih. Bila aku pandang kiri, kanan,  hanya aku dan beberapa orang jemaah sahaja yang lengkap memakai sepasang baju melayu, bersamping dan bersongkok. Jelas sangat perbezaan yang ketara antara cara aku berpakaian dengan jemaah yang lain. Mungkin begini caranya mereka menyambut kemenangan. Tak kesahlah, cara mana mereka menyambut kemenangan, yang penting sembahyang sunat hariraya mereka lakukan.

Lama juga mereka bertakbir raya, tak habis-habis. Lepas sorang, sorang imam bertakbir. Akhirnya sekitar jam 9:30 pagi barulah sembahyang raya dimulakan. Selesai sembahyang raya, maka Imam pun mula berkhutbah. Dari pengalaman yang dulu-dulu, aku percaya isi kandungan khutbah tidak mengikut teks yang disediakan oleh Pejabat Agama. Memang sah seperti sangkaan aku, Khutbah imam lebih kepada unsur-unsur untuk menguatkan akidah dan kepercayaan para jemaah supaya terus istiqamah untuk menyokong perjuangan PAS. Kandungan utama isi khutbah ialah berkenaan seruan supaya terus menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam termasuk hukum hudud. Aku bersabar sahaja, namun apabila sampai ke satu tahap apabila imam seolah-olah mempersoalkan akidah DS Najib, maka aku terus angkat punggung dan keluar dari surau. Mengarut betul aku rasakan isi kandungan khutbah mereka. Aku percaya isi kandungan khutbah ini tentunya telah disediakan oleh pihak atasan PAS. Langsung tak ada unsur-unsur untuk mengajak umat Islam bersatu hati dan menghargai kenikmatan keamanan dan perpaduan yang dikecapi oleh negara sekarang ini.

Usai sembahyang raya, aku balik rumah dan makan apa yang patut. Sebelum keluar sembahyang aku dah makan nasi minyak sepinggan. Tahun ni mak mertua aku masak nasi minyak dan ketupat palas berinti ikan. Masakan mak mertua aku boleh dipuji kerana beliau semasa mudanya bertugas sebagai tukang masak asrama termsuk asrama yang aku dukuk. Setelah menjamu selera, aku dan keluarga bertandang pula ke kampung kelahiran aku untuk bertemu dengan ibu aku dan sanak saudara yang lain. Kebiasaannya kami pulang selepas zohor, tetapi tahun ini kami pulang awal sedikit kerana pada sebelah petangnya kami akan pulang sekali lagi untuk program BBQ ayam dan sate pulak. Rumah mertua aku dengan kampung aku bukannya jauh sangat pun. 8 kilometer je.Di kampung Dusun, kami jumpa dengan Mak, adik, kakak dan anak-anak sedare yang lain. Kebetulan cucu sedare pun ada pulang. Tahun ni, ada rezeki lebih, maka dapatlah anak sedare dan cucu sedare aku merasa duit raye lebih sikit.

Malam raye pertama , adik aku taja Bakar Ayam dan sate ayam bikin sendiri. Aku cuma taja arang je sebungkus. Acara Bakar ayam ala BBQ ni diadakan setiap tahun. Dah jadi macam acara tahunan pulak dalam keluarga aku. Tahun depan, kalau ada rezeki, nak buat BBQ Ayam Belanda pulak. Mana nak cari ayam belanda, tak tahulah. Malam tu, rumah mak aku dah macam rumah terbukalah pulak. Ramai anak sedare aku yang dah besar panjang bertandang. Kira meriah jugaklah walaupun ada yang kurang dalam rempah ayam bakar adik ipar aku tu. Terlupa nak letak asam gelugor semasa ayam diperap rempah.

Raya kedua, aku pergi ke rumah abang aku pulak di Padang Setenge. Padang Setenge ni adalah kawasan perumahan mampu milik bagi penduduk Hulu Terengganu. Rumah-rumah yang dibangunkan semuanya mampu milik. Sebuah banglo cuma dijual dengan harga RM88,000 sahaja. Abang aku dapat tanah lot. Jadi dia bangunkan rumah sendiri. Aku pun bercadang nak beli sebuah Semi -D mampu milik dengan harga RM78,000 sebuah. Borang dah ambil tetapi belum hantar lagi. Kalau lulus, alhamdulillah, kalau tidak pun aku tak kesah. Guna nama isteri aku kerana gajinya masih di bawah RM3,000. Kalau ikutkan gaji aku, memang tak layak.

Selepas beraye di rumah abang aku, kami  pergi pula beraye ke rumah kawan isteri aku di Paya Resak, Padang Midin. Sebelum tu, aku beraye di rumah terbuka Ahli Parlimen Hulu Tranung dulu. YB Cikgu Alias ni Tok Sedare isteri aku. Ramai juga orang yang datang. Selepas tu barulah kami pergi beraye ke rumah kawan isteri aku. Kawan satu tempat kerja dengan isteri aku. Rumahnya cukup besar tetapi sayang mereka belum lagi dikurniakan cahayamata walaupun dah berbelas tahun berkahwin. Bersembang panjang aku dengan suaminya. Umur sebaye je, cuma dia tua setahun sahaja daripada aku. Seorang Pengurus Account di AMBank Jalan Yap Kwan Seng, KL. Banyak juga cerita termasuklah cerita pasal dia buat rumah besar dia tu. Banyak duit dorang ni semua. Aku ada juga duit, tolak duit semua orang, duit akulah tu.

Raye ke tiga, kenduri kahwin dah bermula. Raye ketiga, kenduri kahwin pertama yang aku hadir ialah kenduri kahwin waris orang rumah aku, Che Mail. Che Mail ni ada kedai runcit dekat pokok di Kuala Berang. Dulu, dia pernah bertanding ADUN sebagai calon PAS. Namun tak menang. Masa tu, PAS memang ketandusan calon. Sekarang ni, kalu tak ada degree, tak usah mimpin nak jadi calon PAS. Sebelelum pergi kenduri rumah dia, aku singgah dulu untuk rumah terbuka sepupu aku di Padang setenge. Dia beli rumah teres mampu milik. Harganya RM30,000 je. Tambah RM2,000 lagi dapatlah dia corner lot. Mana nak dapat lagi rumah dengan harga macam tu sekarang ni. Kerajaan BN ni memang baik untuk menolong rakyat. Kalau kerajaan PAS, jangan harap nak dapat macam tu. Cakap je lebih, tetapi kerja tak reti nak buat. Berkawan pulak dengan DAP iaitu parti Penghancur Umat Melayu. Jadi PAS pun turut sama bersubahat menghancurkan bangsa melayu di Malaysia ni.

Proton Exora aku buat hal pulak pada hari raye ke 3. Kipas aircond tak mahu berhenti walaupun enjin dah switch off. Macamana boleh jadi amcam ni. Akupun telefon ejen proton di di Bukit Kecil. Temujanji diatur pada hari raye ke 4. Jadi pada petang raye ke 3 aku tak kemana-mana kerana kereta buat hal.

Pada hari raye ke 4, mak bapak sedare sabit aku punyer adik kahwinkan anaknya. Maknanya aku pun kena pergi jugelah. Lagipun aku tak pergi lagi ke rumah Mak sedare aku di kg Dure, Jenagor. Oleh kerana aku dah janji nak pergi baiki kereta aku di Proton Edar Bukit Kecil, maka jam 7.30 pagi aku dah bertolak ke Bukit Kecil. Samapi di sana orang kereta dah banyak. Kalau ikutkan temu janji, aku tidak diterima dah pasal dah penuh, tetapi oleh kerana aku nak balik Kl, maka pihak Proton Edar terima juga kereta aku. Setelah inspection dilakukan, adalah barang yang mereka tukar. Lebih kurang pukul 11.30 tengahari , siaplah. Alhamdulillah satu sen pun tidak kena bayar keculai aku bayar RM4.40 saje bagi harga clip spoiler yang tercabut. Thanks Proton Edar Bukit Kecil.

Setelah itu aku balik rumah. Sampai rumah lebih kurang pukul 12.30 pagi. Aku singgah dulu di kedai asesori kereta untuk beli pewangi kereta. Bau kereta aku tak berapa selesa. Macam-macam bau dah keluar. Samapi ke rumah , aku dan keluarga kena pergi kenduri kahwin di Kg Langgar pulak. Dari Kg Langgar, barulah kami pergi keduri di Kg Dura di rumah mak  sedare aku. Di rumah mak sedare aku, aku makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak dicampur ubi kayu. Orang Kg Dura terkenal dengan masak tempoyak ikan campur ubi kayu. Tak kisah ikan apa sekali pun, ubi kayu tetap ada. Aku tak pernah jumpa resepi yang sama di tempat lain.

Setelah selesai makan di rumah Mak Sedare aku, aku teruskan perjalanan raye ke rumah sepupu aku pula di Tanah Lot Kampung Jenagor. Sepupu aku ada sebuah Bot pelancong di Tasik Kenyir. Dulu, aku pernah sekali ikut dia pergi ke dalam tasik kenyir bawa pelancong. Oleh kerana komitmen kerja, aku jarang ikut dia. Berbelas tahun yang lalu harga sewa semalam bot dia ialah dalam lingkungan RM250.00 - RM350.00, tetapi sekarang ni aku dengar ceritanya dah meningkat naik RM700 - RM1,000 semalam. Kalau hari-hari cuit, bot dia sentiasa ada pelancong. Aku pun dah lama tak pergi ke dalam Tasik kenyir. Aku ingat balik kalau ada masa, aku akan berpakat dengan keluarga yang lain untuk sewa bot dia. Isi minyak cukuplah. Di samping rumah sepupu aku tu, aku juga beraye di rumah Mak Sepupu aku. Dia sepupu dengan ayah aku. Masa aku kecik-kecik dulu, tiap kali raye ayah aku akan bawak kami sekeluarga beraye ke rumah mereka. Masa tu nenek sedare aku masih ada lagi. Ayah aku dah meninggal dunia, tetapi mak aku sentiasa pesan supaya terus pergi beraye di rumah mak sepupu aku tu.

Raye ke 5 , aku pergi kenduri kahwin lagi. Kali ini kenduri kahwin di rumah Pak Sepupu aku pulak di Kg Dusun. Bukan aku nak cakap besar, antara gulai kawah tersedap di Hulu Tranung  ialah gulai kawah Kg Dusun. Kalu tak caya, tanyalah sape-sape yang pernah pergi makan bekwoh di Kg Dusun. Gulai kawah dia cukup lemak, cukup rase segala rempah ratus dan yang paling penting tidak ada lemak yang melekat di tangan. Kalau tempat lain, selepas makan, kita boleh rasa lemak melekat-lekat di tangan, tetapi gulai kawah di Kg Dusun, langsung tak ada lemak. Aku tak tahulah bagaimana mereka masak. Ada orang kata, pasal yang menjadi tukang sembelihnya seorang yang alim, itu pasal lemak tak lekat. Malamnya aku pergi tahlil rumah Mak Sepupu aku. Dapatlah aku jumpe dengan YB Rozi Mamat yang turut bertahlil sama. YB Rozi ni kenalan semasa muda-muda dulu.

Raye ke 6 aku pergi kenduri kahwin lagi di Kg Dusun. Kali ni rumah Cikgu Mat Samat pulak yang buat kenduri. Dia buat kenduri kahwin anak dia. Selepas sembahyang Jumaat aku dan anak lelaki aku pergi makan kenduri. Cikgu Mat Samat ni cikgu aku juga semasa di Sek Rendah dulu. Cikgu Mat Samat ni kahwin dua. Sorang isteri dia di Kg Tanjung Baru, sorang lagi di Kg Dusun. Kira hebat juga dia ni.Cikgu Mat Samat tak ambik duit. Dia jamu orang kampung je. Macam nilah konsep kenduri kahwin yang paling berkat. Tuan Rumah jamu orang kampung dan sanak sedare tanpa minta duit sebagai balasan. Orang kampung dah datang gotong royong tolong masak dan buat kerja mana yang patut. Orang luar pun dijemput sanak sedare dan rakan taulang yang rapat je. Taklah membazir dan taklah pakai duit yang banyak. Orang luar kalau nak bagi hadiah duit, tuan rumah terima, kalau tak bagi pun tak ape. Tak ada masalah, yang penting kenduri meriah dan makanan tidak membazir.

Raye ke 6, iaitu hari Sabtu aku dah balik ke Kuala lumpur. Kami bertolak kira-kira jam 11.00 pagi. Cadangnya nak bertolak awal lagi. Perjalanan pulang ke KL taklah mencabar mana. Jalanraya cuma perlahan di Jerangau - Jabor je kerana orang Kelantan pun ramai yang menggunakan jalan tu. Sembahyang zohor di Masjid Bandar Baharu Cheneh. Ingatkan hebatlah bandarnya, tapi macam pekan koboi je. Nak cari kedai makan pun susah.

Kami sampai ke KL kira-kira jam 8.00 malam. Jalan tidaklah sibuk mana. Antara Bentong hingga ke Gombak, aku masih boleh speed sehingga 100 km perjam.

Inilah kisah raye aku dan keluarga aku tahun ini. Apa yang boleh aku simpulkan sambutan raye aku dan keluarga pada kali ini biase-biase aje. Sambutan menjadi meriah kerana adanya kenduri kahwin tiap-tiap hari. Bolehlah meghilangkan rindu nak makan nasi gulai kawah Ayahku Daud.

6 comments:

Anonymous said...

[p]The price tag that is, not the materials . of one's modern day [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet uk[/url] person . But all designer things arrives with a significant amount tag . Ralph Lauren Polo is one of these excellent brands that have been well recognized around the world . This is basically one of the coolest outdoor apparel you could sport especially when enjoying your vacation in the beach . com . For more information, visit www . They may find [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]cheap ralph lauren polo shirts
[/url] it very exhilarating and may strive to purchase as many items as possible from the World Wide Web . Ralph lauren polo 2010, chemise ralph Lauren, [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]polo ralph lauren uk[/url] polo pas cher.[/p][p]These shirts [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]polo ralph lauren outlet online
[/url] can be sold in procuring malls, department retailers and of course, the biggest low cost would be on line . How to fashion your web site to go looking together with think -goes [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]discount ralph lauren polo shirts[/url] a long way to get guests -to remain for a specified duration in order that you achieve mission start with regards to your firm . This feature is useful if you end up occupied , nor desire to have an extra chance house or if perhaps you can expect to a little more compared with per hour abroad . , Dr . you're recommended . I want to glimpse excellent and come to feel good about myself, I just am not heading to overpay for a merchandise created overseas that is made instead cheaply . In which to Go

If this wide hint will get your nostrils twitching, you can head on above to a good division shop [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet online[/url] or a crappy department retailer of your option . Formal clothing will also help you appear in various office parties [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]polo ralph lauren outlet[/url] and business meetings.[/p]

tcer izan said...

Best baca. Sbb saya pun org Hulu. Nama2 tmpt yg disebut, mmg saya tau.. Juga tkg masak gulai kawah tu.. Ermmmm.. Tu tkng msak mjlis kawen saya rasanya..

tcer izan said...

Best baca. Sbb saya pun org Hulu. Nama2 tmpt yg disebut, mmg saya tau.. Juga tkg masak gulai kawah tu.. Ermmmm.. Tu tkng msak mjlis kawen saya rasanya..

tcer izan said...

Best baca. Sbb saya pun org Hulu. Nama2 tmpt yg disebut, mmg saya tau.. Juga tkg masak gulai kawah tu.. Ermmmm.. Tu tkng msak mjlis kawen saya rasanya..

tcer izan said...

Best baca. Sbb saya pun org Hulu. Nama2 tmpt yg disebut, mmg saya tau.. Juga tkg masak gulai kawah tu.. Ermmmm.. Tu tkng msak mjlis kawen saya rasanya..

tcer izan said...

Best baca. Sbb saya pun org Hulu. Nama2 tmpt yg disebut, mmg saya tau.. Juga tkg masak gulai kawah tu.. Ermmmm.. Tu tkng msak mjlis kawen saya rasanya..