Surat Kabor Utusan hari ini memamparkan salah satu beritanya berhubung perbezaan yang ketara diantara pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki di Universiti. Perbezaan ini turut membimbangkan menteri Pengajian Tinggi dan beliau akan berusaha mencari jalan agar kemasukan pelajar lelaki dapat ditingkatkan lagi agar mengimbangi pelajar wanita. Di samping itu juga, menteri wanita mahukan supaya pelajar lelaki diperkasakan lagi supaya dapat bersaing dengan pelajar wanita. Pada saya fenomena ini tidaklah menjadi begitu masalah. namun kebimbangan yang dikemukakan oleh mereka itu hendaklah dijadikan panduan agar ada sesuatu yang boleh diubah.
Berhubung kebimbangan jika lelaki ke dapur dan wanita menjawat jawatan profesional, sebenarnya tidak berasas. Penjawatan jawatan dan juga pembelajaran di Universiti adalah dua situasi yang berbeza. Yang menjadi masalah sekarang ini adalah prosaes pengambilan para pekerja. Ini yang menyebabkan kenapa profesional wanita semakin meningkat dan profesional lelaki kurang. Siapa yang bertanggung jawab kepada semua ini kalau bukan pembentukan dasar pengambilan pekerja dikalangan syarikat ataupun jabatan. Andaikata sesebuah syarikat atau jabatan menetapkan dasar pengambilan pekerka mereka dalam nisbah yang memihak kepada pekerja lelaki, maka tidak timbul masalah isteri tanggung laki dan suami memasak ke dapur. Kalau adapun di kalangan mereka yang telah mengamalkan adat songsang. Makin lama bilamana nisbah ini diteruskan, maka akan timbul satu keadaan dimana mood pelajar wanita untuk berjaya akan berkurangan kerana terdapatnya dasar yang diamalkan oleh sesetengah syarikat dan juga jabatan.
Pengunaan dasar pengambilan pekerja ini tidak termasuk dalam agenda kesamaan gender kerana hak syarikat dan juga jabatan berkenaan untuk menentukan dasar masing-masing berdasarkan sebab dan alasan masing-masing.
Namun di ketika yang sama tidaklah salah jika seseorang wanita itu masih ingin berjaya dalam pelajaran sekurang-kurangnya mereka dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang bernilai di rumah. Sekarang ini banyak pekerjaan-pekerjaan yang dapat dilakukan dirumah, pergunakanlah kesempatan ini dengan kepakaran yang ada untuk menjana pendapatan dirumah.
Saya khuatiri, jika tidak ada satu mekanisme dan dasar yang menentukan agar pekerja lelaki melebihi pekerja wanita dalam apa bidang sekalipun ( kecuali jururawat ), maka suatu masa nanti di tahun yang entah bila akan menjelang, negara kita akan di kuasai oleh wanita. Negara kita akan menjadi sebuah negara yang penuh dengan keputusan-keputusan yang diputuskan oleh kepala-kepala wanita. Kepada sesiapa yang mempunyai ketua wanita, pasti dapat merasakan dan menjangkakan apakah keputusan yang diputuskan oleh seorang boss wanita. Ramai dikalangan pekerja samada lelaki ataupun wanita tidak begitu gemar keputusan-keputusan yang dibuat oleh wanita. Mungkin fitrah wanita dan lelaki itu ditakdirkan berbeza dan tidak pernah akan sama ( walaupun ada yang cuba untuk menukar jantina ).
Kesimpulannya, biarlah seramai mana pelajar wanita, tetapi janganlah langsung tiada pelajar lelaki di dalam sesuatu bidang, yang penting semasa proses pengambilan pekerja, mesti diutamakan lelaki. Lama kelamaan wanita akan merasakan bahawa memang itu yang sepatutnya berlaku.
Sekarang ini tidak, mana-mana atau syarikat, ramai pekerja perempuan dri lelaki. Lelaki pergi kemana? Itu pasal ramai lelaki yang kebingungan kerana tak ada kerja nak dibuat.
Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment