SAHABAT BLOG

22 August 2007

Kemalangan Jalan Raya

Setiap hari kita akan membaca cerita berkenaan kemalangan di Jalan Raya. Kebanyakkan daripada kemalangan yang berlaku melibatkan kemalangan jiwa. Boleh dikatakan pembunuh no 1 di negara kita adalah kemalangan jalanraya. Oleh itu, kemalangan jalanraya sekarang ini telah menjadi satu penyakit. Penyakit ini bukannya ada pegawai perubatan yang boleh menyembuhkannya. Oleh itu secara khusus, ubat untuk penyakit yang menjadi pembunuh no 1 negara ini masih belum ditemui secara khusus. Yang boleh diharapkan untuk mencegah penyakit ini daripada terus menular adalah undang-undang serta peraturan sedia ada. Namun demikian, jika hanya ada undang-undang sahaja, tetapi tidak ada 3 perkara yang menjadikan undang-undang itu berkesan iaitu Pneguatkuasaan, Hukuman dan pematuhan, maka undang-undang itu juga tidak boleh menjadi ubat mujarab untuk merawat penyakit kemalangan maut ini.

Penyakit kemalangan maut ini semakin kerap menyerang penduduk negara bilamana terdapatnya perayaan-perayaan keagamaan terutama perayaan Idulfitri. Ketika ini sebagai langkah untuk menambahkan vaksin untuk mencegah penyakit ini daripada meragut lebih ramai korban, pihak polis akan mengadakan OPS SIKAP. Namun demikian berapakah kekuatan yang ada pada pihak polis untuk memantau keseluruh rangkaian jalanraya yang terdapat di negara kita ini. Tentulah tidak termampu untuk dicapai semuanya. Maka setiap tahun, korban-korban jalanraya semasa perayaan meningkat dari tahun ke tahun.

Kita lupakan soal penguatkuasaan POLIS, tetapi kita fokus kepada sikap dan juga infrastruktur jalanraya. Yang perlu diubah dan ditekankan adalah sikap pemandu dan juga infrastruktur jalanraya itu sendiri. Mungkin cadangan yang saya kemukakan disini adalah satu cadangan bodoh yang lahir daripada seorang yang tak penting. Namun sebagai negara yang bebas untuk menyampaikan suara tanpa melanggar akta dan undang-undang, saya nak juga bagi cadangan.

Cadangan pertama adalah untuk mengubah sikap pemandu kita supaya sentiasa berhati-hati dalam segala hal tgerutama bila memandu. Kebanyakan kemalangan berlaku bilamana sikap berhati-hati itu hilang dalam diri pemandu. Perasaan waspada dan curiga itu hilang, Apabila perasaan ini hilang, maka pemandu-pemandu tidak mempunyai perasaan takut kepada kemalangan. Saya ulangi Perasaan tidak takut kepada kemalangan. Oleh yang demikian di sini saya merasakan bahawa bertapa pentingnya perkataan KEMALANGAN itu. Bagaimanakah kita boleh menjadikan supaya perkataan KEMALANGAN itu begitu penting kepada pemandu. kalau boleh kita hidupkan perkataan KEMALANGAN itu supaya ianya akan menjadi teman kepada pemandu sepanjang masa sewaktu mereka memandu. Bila perkataan kemalangan itu menjadi teman pemanduan mereka, diharapkan mereka akan lebih berhati-hati ketika memandu, kerana sentiasa ditemani dengan kemalangan. Bagaimanakah cara kita hendak menghidupkan perkataan kemalangan itu, ntahlah. Sedikit masa dulu, PM ada memberi peringatan kepada pengguna supaya sentiassa ingat orang tersayang semasa memandu, tetapi ramai dikalangan pemandu yang teringatkan orang tersayang sewaktu saat-saat manis di malam pengantin. Ini mengakibatkan mereka terlalai sewaktu memandu. Tetapi jika kita berpesan kepada mereka supaya sentiasa ingatkan kemalangan sewaktu memandu dan edarkan kepada mereka gambar-gambar kemalangan maut, pasti mereka akan sentiasa berhati-hati. Sapa tak takut mati.

Cadangan kedua ialah berhubung kemudahan infrastruktur jalanraya kita. Alhamdulillah pihak kerajaan telah membangunkan begitu banyak jalanraya-jalanraya yang indah dan berkualiti tinggi walaupun ada antaranya saya fikir tidak memenuhi kehendak majotiri rakyat. Tapi tak pe, itu soal lain. Dengan kemudahan jalanraya yang begitu indah, maka pemandu akan mengambil kesempatan untuk menikmatinya sehingga melebihi had yang dibenarkan. Apabila kita menggunakan hak orang lain melebihi had yang dibenarkan, maka tunggulah saat kita menghadapi masalah. Begitulah halnya dengan sesiapa yang suka memandu melebihi had laju dan juga yang gemar melanggar pelbagai kesalahan jalanraya yang lain.

Kebanyakan daripada kemalangan maut yang terpampang di dada akhbar adalah akibat terbabas di selekoh. Fenomena terbabas di selekoh ini disebabkan pemanduan yang terlalu laju sebelum menghadapi selekoh dan diselekoh, dan apabila di selekoh mereka akan membrek secara tiba-tiba ( brek mati ataupun brek untuk mati ) untuk menurunkan kadar kelajuan, ataupun langsung tak sempat brek. Oleh yang demikian pada pandangan saya, sebelum sampai sesuatu selekoh yang berbahaya kita hendak memaksa pemandu menurunkan kadar kelajuan. Sekarang ini saya dapati tujuan dan kaedah yang dugunakan untuk memaksa pemandu menurunkan kadar kelajuan tidak efektif walaupun ada usaha dilakukan. Oleh itu, langkah drastik dengan memaksa mereka menurunkan kelajuan dengan membina bonggol ( sudah ada tapi sekadar untuk mengejutkan pemandu yang mengantuk ) atau halangan yang tidak memberi pilihan kepada pengguna untuk tidak menurunkan kelajuan. Apabila mereka menyedari bahawa terdapat sesuatu bonggol atau halangan yang terpaksa mereka hadapi, maka samada mahu atau tidak, mereka terpaksa menurunkan kelajuan kenderaan mereka. Saya percaya dengan kaedah ini, maka peratus pemandu terbabas sewaktu mengambil selekoh berbahaya akan menurun dan seterusnya boleh mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan.

Kepada sesiapa yang merasakan cadangan saya ini mengarut, jangan marah saya kerana telah saya jelaskan bahawa, ini adalah cadangan bodoh dari orang yang tidak bodoh tapi tidak penting.

Oke bye-bye. nanti saya akan bercerita pasal bahasa dan juga pekerja asing. Cerita pasal temuduga akan disambung bila ada kelapangan.

No comments: