SAHABAT BLOG

21 August 2007

Temuduga

Pagi ini, jam 6.40, aku sudah bersiap-siap untuk ke Putrajaya untuk menghantar anak saudara ku menghadiri temuduga. Bercakap berkenaan temuduga ini, sebenarnya aku tidakalah banyak pengalaman temuduga. Seingat aku sepanjang hidup ini, aku menghadapi lebih kurang 10 temuduga dan 2 antaranya yang gagal. Pengalaman pertama aku menghadiri temuduga ialah semasa menghadiri ujian bertulis untuk menjad perantis Petronas di Negeri Kelahiran aku. Ujian bertulis ini merupakan salah satu kaedah temuduga awal yang diamalkan oleh seseteng organisasi bagi menyarin mereka-mereka yang mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu hal. Alhamdulillah aku berjaya dalam ujian temuduga ini dan seterusnya di panggil untuk menghadiri ujian temuduga secara lisan pulak. Di ketika itu aku sedang berada dalam tingkatan 6 dan sebagai seorang pelajar, dikehendaki memakai seluar slack dan baju kemeja merupakan sesuatun yang baru bagi aku. Oleh itu sebelum sampai ke tempat temudutga aku pakai seluar jeans dan apabila sampai ke tempat temuduga aku pun tukarlah kepada pakaina untu temuduga. Aku masih ingat semasa temuduga itu, penemuduga menguji aku dengan mengatakan jiak soalan di tanya dalam bahasa ingeris, maka aku pun kena jawab dalam bahasa inggeris.

Di takdirkan, temuduga itu aku gagalkerana kesilapan aku ialah apabila ditanya apakah sedang aku buat, maka aku menjawab bahawa aku sedang belaar di tingkatan 6. Maka ak disuruh untuk habiskan belajar dahulu. Aku tak kesah kerana ada rahmatnya disebaliknya.

Temduga kedua aku hadapi ialah dengan sebuah institusi kewangan kepunyaan orang islm. Aku langsung tidak buat pesediaan, cuma semasa memohon jawatan itu, aku membuat spekulasi bahawa, tentu tidak ramai pemohon kerana hanya di buka kepada Orang islam sahaja , maka aku anggap persaingan tidak ramai. Ak masih ingat dua soalan yang ditanya dalam temuduga itu yang masih aku ceritakan kepada kawan-kaan bila bersembang pasal temuduga. Soalan pertama ialah aabila seorang daripada penemuduga itu mahu aku bacakan Doa Qunut. Aku dah tahu bahawa dia hendak menduga aku samada aku ini sembahyang subuh atau tidak. Bial ditanya bolehkah aku membaca doa qunut, aku cakap boleh, tetapi aku keliru bagaimana nak mulakan bacaan doa qunut. penemuduga itu bertanya lagi, boleh ke aku baca, aku cakap boleh, lalu beliau membacakan permulaan doa itu, maka aku pun teruskan habiskan doa itu. Aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat ingat permulaan doa itu, sedang setiap pagi ( kalau terbangun awal )aku bacanya dalam sembahyang subuh. Soalah kedua yang masih aku ingat ialah salah seorang penemuduga itu bertanyakan berapa tingkatkah bangunan pejabat institusi kewangan itu. Aku jawab 6 tingkat. Sebenarnya sebelum aku melangkah kebilik temuduga, aku membaca papan tanda yang disediakan diruangan menunggu dan kebetulan terpandang berapa tingkat bangunan berkenaan. Terus terang aku katakan bahawa aku langsung tidak mempunyai pengetahuan berkenaan institusi kewangan itu kecuali apa yang dibaca di papan kenyataan itu.

Berkenaan temuduga kedua ini, aku bersedia sedikit dalam berpakaian. baju putih dan seluar warna hitam. Sluar untuk temuduga ini di sponsor oleh kawan baik aku. Terima kasih kepada Cikgu Saiful. Alhamdulillah aku berjaya dalam temuduga ini dan di tawarkan dengan jawatan pegawai kerani C11.

Pengalaman kedua ialah berkenaan temuduga Maktab Perguruan.Seperti ujian Petronas, ujian temuduga maktab juga diadakan dengan ujian bertulis. Alhamdulillah aku lulus dalam ujian bertulis kerana otak masih fresh lagi. Aku pun dipanggil untuk ujian lisan. Ujian temuduga lisan ini akan diadakan di batu rakit. Jarak kampung aku daripada batu Rakit lebih kurang 5o KM. Ujian diadakan disebelah pagi. Tentu sekali aku tidak sempat untuk menghadiri temuduga tersebut jika tidak tidur berhampiran tempat temuduga.

Bagi menyelesaikan masalah ini, nanti akan diceritakan di lain kali.

No comments: