SAHABAT BLOG

17 September 2013

Pengikut PAS- Jauhi Lorong-Lorong Ke Neraka

Pendirian Dewan Ulama PAS yang diketuai oleh Dato Harun Taib untuk mengkaji semula kerjasama dengan Pakatan Rakyat terutama PKR mendapat reaksi negatif daripada penyokong tegar PAS yang diketuai oleh Musryidul Am mereka. Mereka yang menentang idea mengkaji semula itu sanggup melihat parti PAS ini melaksanakan kerja-kerja haram. Kajian semula ini bertujuan untuk melihat kembali adakah kerjasama ini akan membawa keuntungan kepada Islam ataupun kemudaratan kepada Islam.

Pendirian Dato' Harun Taib dan dewan ulama PAS ini adalah perlakuan orang-orang yang berada dilandasan menuju syurga sedangkan mereka yang menentang kajian semula ini kena berhati-hati kerana mereka mungkin bakal melalui lorong-lorong ke neraka. Seperti kata Ketua Pemuda PAS .dan di sokong oleh bekas Mufti Perlis, bahawa thaalul syiasi yang boleh memudaratkan dan merugikan Islam adalah haram. Melakukan perkara yang haram di sini Islam akan membawa pengikutnya ke Neraka.

Baca artikel di bawah yang dipetik dari sinarharian.


SHAH ALAM – Keputusan Pas untuk mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) dalam PR bersama PKR dan DAP membuktikan parti itu mempunyai berpendirian.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia adalah tindakan baik untuk melihat keberkesanan parti itu dalam pakatan tersebut.

Menyokong kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan bahawa tahaaluf siyaasi haram dilaksanakan sekiranya mendatangkan kemudaratan, Asri berkata, ia adalah satu tindakan wajar.

“Ini adalah satu tindakan yang bagus dalam mengatakan pendirian Pas. Ini juga membuktikan mereka sentiasa menyemak kedudukan parti itu dalam PR.

“Bagi saya, semakan ini juga bagus untuk mereka lihat sendiri sama ada kewujudan Pas dalam PR lebih berkesan untuk berperanan dalam politik di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, jika penilaian membuktikan tahaaluf siyaasi yang dijalankan selama ini tidak menepati syarat dan bercanggah dengan garis panduan yang ditetapkan, mereka perlu buktikannya sebelum membuat keputusan.

“Mereka perlu buktikan supaya kita dapat menilai semula sama ada ia hanya satu andaian atau perkara yang nyata,” katanya.

1 comment:

Muslim said...

Spt kisah pemotong kayu dan Iblis, bila dah termakan dan terasa kemanisan dunia, sukar dilepaskan.