SAHABAT BLOG

19 September 2013

Tahu Atau Pura-Pura Tidak Tahu

Kalau tidak tahu, kenapa tuduh orang lain terlibat. Kalau tidak tahu bermakna tidak boleh mengatakan atau menuduh ada pihak lain terlibat. Ini prinsip umum yang diterima pakai.

Inilah yang terjadi kepada bekas TPM DS Anwar Ibrahim dalam isu "Project IC" di Sabah. Semasa sessi soal siasat oleh RCI, beliau mendakwa tidak mengetahui dan tidak pernah diberi taklimat berkenaan project berkenaan sepanjang beliau di dalam kabinet. Malahan beliau langsung tidak mendengar apa-apa berhubung dengan "project IC" sepanjang di dalam kabinet dan juga sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri. Malahan semasa memangku jawatan Perdana menteri, beliau juga tidak mengetahui perkara ini kerana beliau tidak diberikan taklimat berhubung perkara ini..

Namun demikian, selepas beliau ditendang keluar dari kabinet, beliau tiba-tiba mempunyai pengetahuan berkenaan "Project IC". Adakah beliau diberikan taklimat oleh pihak kerajaan berkenaan project IC ini setelah beliau keluar dari kabinet? Kalau tidak bagaimana beliau boleh menuduh bahawa project IC ini  telah berlaku sebelum zaman Tun Mahathir lagi dan ianya berlarutan sehingga sekarang ini.

Baca cerita dibawah sebagaimana dilaporkan oleh The Malaysian Insider

Anwat said he never heard of Project IC during his time in the Malaysian cabinet from 1982 until 1998, when he was asked by RCI consulting officer Manoj Kurup whether he knew of the project.
Anwar revealed he had heard of the existence of special task force set up to incorporate illegal immigrants into Malaysia as citizens.
"between 1993 and 1998 when I was the Deputy Prime Minister, I was never once invited for any National Security Counsil (NSC) of meetings.  I had heard of the special task force which had been set up by the NSC in 1989 but did not manage to get additional 
Namun demikian, di dalam Malaysiakini, lain pula yang dilaporkan. Baca laporan di bawah.

Tetapi, tegas Anwar, jika lebih 100,000 orang yang datang (ke Sabah) dan anda mengatakan tidak tahu, maka menurutnya, ia hanya menunjukkan yang anda benar-benar tidak cekap, tidak bertanggungjawab atau bersubahat dengannya.

Anwar menjelaskan bahawa mekanisme itu pada mulanya ditubuhkan semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk menangani kemasukan pelarian berikutan perang saudara di selatan Filipina pada tahun 1970-an.

Bagaimanapun, katanya, mekanisme tersebut yang disifatkannya sebagai satu pasukan petugas khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), terus wujud selepas konflik tersebut dan telah disalahgunakan untuk memberi kerakyatan kepada warga asing.

No comments: