SAHABAT BLOG

16 September 2013

Chin Peng Sudah Mati, Tapi Idelogi Beliau Belum Mati.

Chin Peng telah mati di Hospital Bangkok pada 16 September 2013. Chin Peng ini adalah Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang sangat menyusahkan pasukan keselamatan negara samada semasa zaman pemerintahan British hinggalah zaman kemerdekaan Tanahair.

Ramai pauk-puak dari parti pembangkang Pakatan Rakyat beranggapan bahawa Chin Peng ni ada peranannya dalam perjuangan kemerdekaan Malaya daripada tangan penjajah. Mereka ni sebenarnya terkeliru antara perjuangan menuntut kemerdekaan dengan perjuangan untuk menjajah. Komunis ini sebenarnya bukan berjuang untuk menuntut kemerdekaan tetapi mereka berjuang untuk menjadi penjajah. Mereka berjuang menentang Jepun dan British untuk menjajah Malaya bagi membentuk sebuah negara Republik yang berideologi Komunis. Mereka ingin menjadi penjajah dan menjadi pemerintah kepada orang Melayu.

Sahabat bloger jawaber6 ada menulis berkaitan kematian Chin Peng seperti di bawah. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan tetapi seorang yang berniat untuk menjajah. Walaupun beliau seorang yang lahir di Malaya, tetapi ideologi komunis yang dibawa oleh beliau itu adalah  idelogi luar iaitu langsung tidak bertepatan dan bersamaan dengan adat dan budaya tempatan.

KONSPIRASI: KEMATIAN CHING PENG PADA HARI MALAYSIA SUDAH DIRANCANG!!!

SEJAK dari pagi tadi heboh di media sama ada konvensional, elektronik mahupun media sosial tentang kematian seorang pengganas komunis zaman dahulu yang juga General Secretary Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Diberitakan yang Chin Peng telah menghembuskan nafasnya di Hospital Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi. Yang menariknya adalah dia meninggal pada kita semua sedang menyambut Hari Merdeka.

Adakah ini suatu konspirasi???

Mengikut maklumat yang disampaikan oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan Chin Peng, bekas pemimpin komunis ini sebenarnya telah 6 bulan berada di hospital berkenaan. 

Khabarnya Chin Peng telah berada dalam keadaan 'technically dead' sejak sekian lama dan hanya bergantung kepada mesin untuk terus hidup. Sememangnya perkara ini telah dirancang. Pagi 16 September, 'life support machine' telah dicabut atas arahan orang berkepentingan. Persoalannya siapa yang merancang??

Chin Peng mati hari ini yang juga Hari Malaysia. Hari ini juga merupakan hari kelahiran Lee Kuan Yew, pengganas komunis dari Singapura.

Suratan atau kebetulan??

Nampaknya konspirasi kematian Chin Peng seolahnya dirancang supaya hari kematiannya senang diingati oleh para pencinta komunis. Para komrad yang masih di dalam DAP dan PKR pasti akan meraikan 16 September. Tetapi bukan kerana hari gabungan Semenanjung Malaya dan Kepulauan Borneo, tetapi sambutan bagi memperingati tarikh kematian Chin Peng sebagai bapa komunis.

Nescaya pada tahun hadapan para komrad komunis pasti akan mengadakan sambutan besar-besaran dengan mengangkat sepanduk dan membawa lilin di sekitar Kuala Lumpur. 

Perkara ini sebenarnya telah dirancang. Perkara inilah yang ditunggu-tunggu oleh Yahudi dalam PKR supaya ada satu 'turning point' supaya rakyat tidak terus bersama dengan Najib Razak. Rancangan jahat Yahudi dengan berproksikan Anwar Ibrahim semakin menular di Malaysia. 

No comments: