SAHABAT BLOG

10 July 2012

Anwar Akan Kembali Bersilat

AG fail rayuan terhadap pembebasan Anwar
3:35PM Jul 10 2012 
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan semalam.

Dalam SMS jawapannya kepada Malaysiakini, beliau berkata ia telah difailkan dan terdapat beberapa alasan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan alasan rayuan itu.

Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga esok untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Hakim Mohamad Zabidin Md Diah.

Hakim Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.
COKAM: Habis Anwar kali ini. Kalau dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi hanya sorang Hakim sahaja yang membuat keputusan, sekarang ini beliau akan berhadapan dengan sekurang-kurangnya 3 hakim.

Kita tengok silat apa pula yang akan dijuruskan oleh Anwar. Kalau dulu dia menggunakan Silat Gayung Kura-Kura kerana banyak sangat penangguhan, sekarang ini silap apa pula yang bakal dipersembahkan oleh Anwar. Harap-harap silat Gayung Kura-Kura tidak lagi dibenarkan digunakan oleh Tuan Guru Mohd Nor Kampung Gunung, Hulu Terenggnu (dah meninggal kot, lama tak dengar berita).

No comments: