SAHABAT BLOG

07 June 2012

Mazlan Aliman ("Anak") belajarlah terima kenyataan..Usah rosakkan usaha baik orang.

Gagal Sekat EGM KPF, Mazlan Aliman Patut Dipecat Dari ANAK
ANAK rancang himpunan besar bantah penyenaraian FGVH
  • Salhan K Ahmad
  • 1:13PM Jun 7 2012
 
Persatuan Anak  Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merancang untuk menghimpunkan 20,000 orang di Kuala Lumpur untuk membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Pengerusi ANAK Mazlan Aliman berkata persatuan itu tiada pilihan selain menjalankan kempen radikal seperti itu memandangkan pengapungan FGVH yang bakal dimuktamadkan pada 28 Jun itu diteruskan tanpa mendengar pandangan mereka.

Surat dan memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dan juga pengerusi lembaga tersebut Tan Sri Isa Samad sebelum ini juga tidak dilayan.

"Sebelum ini kita ikut saluran undang-undang tapi mereka ini angkuh, tidak mahu dengar pandangan kami," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, tarikh dan lokasi perhimpunan, dijangka disertai sehingga 50 NGO itu akan diumumkan pada minggu depan.
Sehubungan itu juga, ANAK juga akan menyerahkan satu notis kepada Najib berhubung satu ucapan perdana menteri itu yang "bersangka jahat, jijik dan memalukan" peneroka, kata Mazlan.
Katanya ucapan Najib yang menyifatkan segolongan peneroka sebagai "haram zadah" itu tidak boleh dimaafkan.

Notis yang akan dihantar pada 15 jun i kediaman rasmi perdana menteri itu juga menuntut supaya perdana menteri menarik balik kata-katanya itu.

"(Peneroka) akan kemuka saman mallu jika tidak minta maaf dan tarik balik kenyataan," katanya lagi.

COKAM: "Anak" oooo 'anak', apa hal yang korang meroyan dan dengki tak tentu pasal ni. Berapa ramai bumiputera yang bakal mendapat manafaat daripada penyenaraian FGV ini. Jika peneroka Felda diberikan durian runtuh oleh kerajaan, maka rakyat yang lain yang bukan peneroka juga bakal menerima durian runtuh apabila FGV berjaya disenaraikan dengan syarat mereka melanggan saham FGV.

Rugi kalau tak langgan sekarang kerana saham FGV ni adalah saham yang dijaga oleh kerajaan dan tak mungkin akan jatuh harga. Ramai pakar dan juga broker meramalkan saham FGV akan ditutup antara RM5.50 hingga RM6.00 pada hari disenaraikan nanti.

"Anak" dengki sangat ni bukan pasal peneroka akan mengalami kerugian ataupun sebagainya, tetapi kejayaan penyenaraian saham FGV ini bakal mengikat sokongan pengundi kepada Kerajaan.

Bila telah disenaraikan, bila-bila masa je kerajaan boleh tarik balik saham ini daripada pasaran seperti yang pernah dilakukan oleh MAXIS. Jadi apa masalahnya. Yang penting orangramai selain peneroka mendapat faedah ke atas penyenaraian ini.

Kepada yang masih belum langgan, masa masih ada. Aku baru je langgan saham FGV melalui Maybank2u.com. Mudah je kalau nak langgan melalui Maybank3u.com semudah A, B,C, yang penting ada duit di dalam akaun Maybank dan ada akaun CDS.

Mazlan Aliman ni banyak duit, jadi usahlah dengki atau irihati kalau orang lain pun nak merasa senang juga.


No comments: