Rancangan PKR untuk membiaya pendidikan tinggi percuma melibatkan dana berjumlah RM2.5 bilion setahun bagi menyediakan elaun RM5,000 kepada setiap 500,000 penuntut universiti setiap tahun.

Pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli berkata jumlah tersebut akan dapat menampung perbelanjaann asas pelajar, manakala yuran pengajian pula akan diberikan percuma.Katanya, elaun sebanyak RM5,000 itu boleh digunakan untuk mengimbangi yuran pengajian.
Rafizi berkongsi tawaran Pakatan Rakyat kepada sekumpulan siswa di Shah Alam.

Katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang menyediakan pinjaman murah kepada siswa tidak dapat dilestarikan.

Katanya, hutang siswa sebanyak RM24 bilion kepada PTPTN itu akhirnya perlu ditampung oleh kerajaan.

Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran rancangan berkenaan.

COKAM:   Janji PKR untuk memberikan pendidikan percuma masih mengelirukan.Menurut kenyataan jurucakap mereka si Rafizi, kerajaan PKR akan memberikan duit sebanyak RM5,000 kepada setiap pelajar. Pada masa yang sama beliau menyatakan duit pemberian tersebut bakal mengimbangi Yuran pengajian para pelajar. 

Kalau dah percuma kenapa masih lagi disentuh berkenaan yuran pengajian seolah-olah belajar di Universiti masih lagi mempunyai yuran.  Minta maaf kerana aku tak berpa faham, apa sebenarnya yang cuba dinyatakan oleh Rafizi. Adakah pengajian di Universiti masih mempunyai yuran pengajian atau percuma. Apakah yang dimaksudkan dengan  percuma itu?. Adakah secara tersembunyinya belajar di Universiti masih dikenakan yuran dan siapa yang membayar yuran pengajian dan berapakah jumlah yuran pengajian tersebut? 

Aku berpendapat bahawa yuran masih dikenakan oleh pihak kerajaan kepada para pelajar tetapi yuran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini bermakna masih terdapat akaun debit dan kredit yuran para pelajar Universiti. 

Konsep inilah yang digunakan oleh kerajaan Selangor dalam pemberian air percuma kepada rakyat Selangor. Hakikatnya kos ataupun bil air masih ada dan bil tersebut ditanggung oleh kerajaan negeri. Sampai suatu ketika bilamana kerajaan kekurangan dana untuk menanggung bil air yang berjuta-juta tersebut, maka bil air tersebut akan tertunggak.

Begitu juga dengan Yuran Universiti yang dikatakan diberikan secara percuma. Hakikatnya yuran masih lagi ada dikenakan tetapi kos yuran tersebut ditanggung oleh kerajaan melalui peruntukkan bajet pada setiap tahun. Apabila sampai suatu waktu seperti contoh kelembapan ekonomi, kerajaan akan menghadapi kekurangan bajet untuk menanggung kos yuran tersebut, maka langkah berjimat cermat pasti dilakukan dengan mengurangkan peruntukkan bajet mereka. Apa berlaku kepada Universiti kita pada mas itu?

Apabila bajet kurang, maka pihak Universiti akan kekurangan dana untuk mentadbir universiti termasuk menyediakan alat sokongan pembelajaran dan juga menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti. Akhirnya mahasiswa yang dilahirkan kurang bermutu dan kurang berdaya saing di dalam pasaran. Maklum sahajalah sesuatu yang percuma, sudah tentu ada kekurangan di sana sini. 

Perkara ini telah berlaku kepada perkhidmatan Awam suatu ketika dahulu apabila kerajaan mengambil langkah berjimat cermat kerana keadaan ekonomi yang merudum, banyak perkara telah dilakukan oleh kerajaan termasuk menghadkan bajet-bajet kursus, menghadkan elaun-elaun kakitangan awam dan sebagainya. Produktiviti pun merosot apabil;a banyak bajet dipotong dan sebagainya. Perkara ini aku percaya akan berlaku juga kepada Universiti-Universiti kita jika semua yuran ditanggung oleh kerajaan. 

Bagi sebuah negara yang masih menuju status negara maju, maka masih banyak lagi dana-dana kerajaan perlu disalurkan selain pelajaran. Tidak ada gunanya kita melahirkan pelajar universiti yang melimpah ruah tetapi apabila mereka keluar dari Universiti, peluang pekerjaan tidak disediakan kepada mereka. Bagaimana hendak menyediakan peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka sedangkan pembangunan kerajaan 'terhincut-hincut'. Oleh itu aku berpendapat belum masanya lagi kerajaan menyediakan pelajaran percuma kepada para pelajar Universiti kerana pendapatan negara yang sedikit perlu diagihkan kepada banyak perkara, bukan hanya kepada pelajaran sahaja.