SAHABAT BLOG

05 June 2012

Ustaz Azhar Idrus kena Jawab ni.....

HOT!! Nik Aziz digelar "tentera Syaitan" oleh puaknya sendiri !!!

Ustaz "bersentimen dan beremosi politik kepartian" iaitu Si Azhar Idrus mengelar UMNO dan BN adalah tentera syaitan sebab luluskan lesen arak dan judi. Oleh yang demikian untuk lebih adil, ramai-ramai tertanya2 dan nak tanya si Azhar Idrus ni, Kerajaan PAS Kelantan juga luluskan lesen judi dan arak, adakah PAS Kelantan termasuk Nik Aziz tentera syaitan jugak..?

Ramai yang masih ingat, sewaktu PAS menjadi pembangkang di Kelantan selama 12 tahun, antara 1978 dan 1990, setiap hari pemimpin PAS mengutuk kerajaan negeri pimpinan UMNO kerana meluluskan lesen arak. Macam-macam hujah dan fatwa dikeluarkan mereka untuk menunjukkan betapa kerajaan negeri UMNO tidak Islamik kerana meluluskan lesen penjualan arak.

Akhirnya, sejak PAS memerintah dari tahun 1990, kerajaan negeri PAS melakukan perkara sama. Malah lebih teruk lagi, kerana telah menambah bilangan premis yang menjual arak di negeri yang digelarkan Serambi Mekah.

Untuk bandar Kota Bharu sahaja – yang mereka panggil Bandar Islam – terdapat 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”. Ini termasuk yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan dan masjlis daerah.

Rasional yang diguna Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mengeluarkan lesen arak ialah “jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.” 

Maksudnya, kerajaan Kelantan mengeluarkan lesen arak untuk memudahkan orang bukan Islam dan peminum arak menikmati minuman keras.

Kata Nik Aziz lagi: “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.”

Ketika mana beberapa pemimpin PAS cuba menepis serangan psikologi dan ideologi DAP mengenai penubuhan negara Islam sebagai impian parti itu, Exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan PAS negeri itu bersedia menambah pengeluaran lessen premis minuman arak mengikut keperluan penduduk bukan Islam.

Dengan bangga, beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras.

Dia dilaporkan sebagai berkata: “Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu dikalangan mereka, malah bersedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka.”

P/s : Kau orang tengok apa PAS boleh buat setelah 4/5 tahun jadi kerajaan di Selangor tentang arak, judi, rumah urut dan pelacuran..... ada ke langkah pro aktif ???? Nak kuarkan arak kat 7E di kawasan orang islam pun tak berjaya krn dijerkah DAP !!!! kesian beb... cakap senang lah !!!!! Akhirnya exco Agama dan pesuruhjaya PAS yang tersungkur dek kerana berkuasanya DAP. Tahniah, Selangor kini digelar "Darul Rumah Urut"....

No comments: