SAHABAT BLOG

28 January 2013

Memohon Maaf Cukup Murni, tetapi menafikannya??

Pengakuan dan penafian pada hari yang sama. Lepas itu membuat menuduh tanpa bukti yang boleh mecapai taraf memfitnah. Beginikah pemimpin yang diinginkan oleh rakyat Malaysia??

Ceritanya macam ni. Si budak Rafizi ni telah membuat fitnah kepada Zahid Hamidi dan kementerian pertahanan berhubung salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia. Selepas Zahid Hamidi mendaftar saman kepada beliau, maka si Rafizi pun mengeluarkan kenyataan permohonan maaf  kepada Zahid Hamidi. 

Selang tidak berapa lama kemudian, beliau menyatakan akaun facebook beliau telah digodam atau hacked by some one as a cyber UMNO Cyber trooper. Selepas itu beliau keluarkan kenyataan akhbar menafikan beliau telah membuat permohonan maaf. 

Kalau aku sebagai pemilik facebook, sudah tentu aku menafikan tuduhan  Rafizi bahawa akaun facebook beliau digodam kerana telah merendah-rendahkan tahap security facebook dan boleh menghilangkan kepercayaan orangramai terhadap facebook. Aku percaya Rafizi telah gagal untuk menjaga dengan elok password facebook beliau sehingga mudah diperolehi oleh pihak lain. 

AKu secara peribadi percaya bahawa Rafizi telah mengeluarkan perakuan minta maaf kepada Zahid Hamidi, tetapi atas nasihat dan paksaan sesetengah pihak beliau menarik balik pengakuan minta maaf beliau tersebut. For me,   the first statement was always true. It come from deep sincerity. The second not necessarily true. It may be come from various sources. 

Di bawah ini adalah dua statememt Rafizi yang merujuk kepada perkara di atas.


Pengakuan Maaf Rafizi
Rafizi Ramli

After a lengthy discussion with my lawyer and our beloved party President Datin Seri Wan Azizah, I hereby would like to share my deepest remorse for accusing Dato' Seri Zahid Hamidi of abusing his power by using the funds amounting to RM130 million belonging to the military personel to buy the 200 acres land and to purchase 80% of Astacanggih shares in order to ensure that Deepak remains silent as alleged in the article in my blog dated 29/12/12 titled 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'.

With much regret for my actions, I would again like to apologise and retract the slander and false statement made in the said article. I would also like to apologise to all the military personel and my fellow comrades for the mistake. I will hold a press conference with regards to this matter tomorrow at PKR Headquarter at 2:30 pm -

RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 27/01/2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dakwaan Rafizi Akaun Facebook beliau digodam
Rafizi Ramli 

KENYATAAN MEDIA RAFIZI MENAFIKAN MEMBUAT PERMOHONAN MAAF


Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

No comments: