SAHABAT BLOG

11 January 2011

Jutawan saman Vs Srikandi7

Saman menyaman ni memang kerja orang-orang yang berduit. Kalau orang macam aku ni, yang tak ada duit, tak ada peguam yang nak ambil kes. Jangankan nak bayar kos oeguam, nak ajak peguam makan di Handralmaut pun belum tentu lepas. Handralmaut adalah sebuah restoran arab yang hanya aku akan kunjungi bila ada kawan yang belanja ataupun ada abung kebajikan sponsor. Nasi Arabnya boleh tahan dan setanding dengan Al Rawsha ataupun Restoran Saba.



Raja segala Saman menyaman ni sudah tentu Anwar Ibrahim. Jangan silap faham, maksud aku saman malu bukan saman polis. kalau dihitung jumlah saman terkumpul Anwar ibrahim, mahu mencapai ribuan juta henget? Aku tak kiralah berapa jumlah terkumpul, tetapi seingat aku dialah yang paling rajin menyaman orang. sehingga sekarang ni, seingat aku tak ada satupun kes saman beliau yang berjaya. jumlahBiasanya ada pihak yang menggunakan saman bagi tujuan menutup mulut pihak yang satu lagi. Pihak yang kena saman pula akan membuat tuntutan kepada mahkamah untuk gugurkan saman. ada juga pihak yang menyaman kerana sengaja untuk meruntuhkan imej sesetengah pihak. ada juga saman-sama yang diselesaikan diluar mahkamah.

Di bawah ini disenaraikan Saman menyaman Anwar Ibrahim yang diambil dari Wikipedia.

1.Saman terhadap Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia

Pada 23 Disember 1998, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

2.saman terhadap Tun Dr Mahathir ( RM100 juta )

Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Dengan demikian, saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan. Malahan Anwar diperintah membayar kos kepada Dr Mahathir.[4]

3.Saman terhadap Chandra Muzaffar (RM100 juta)

Pada 7 Mac 2008, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Chandra Muzaffar. Beliau menuntut gantirugi RM100 juta termasuk dari dua akhbar berbahasa Inggeris.

4.Saman terhadap Khairy Jamaluddin (RM100 juta)

Pada 7 Mac 2008, Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Khairy Jamaluddin kerana memfitnahnya dalam klip video dan beberapa artikel termasuk Malaysiakini.com. Pada 20 Februari 2008, semasa kempen pilihan raya di Lembah Pantai, Khairy telah mengeluarkan fitnah itu. Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta., ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan defendan atau agennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah itu. [7]

5. Saman terhadap Nallakarupan ( tak tahu jumlah)

Pada 16 November 2009, Hakim Datin Zabariah Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S. Nallakarupan memberikan maklumat lengkap berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima duit RM60 juta daripadanya dan juga daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd. Taikun Vincent Tan merupakan pemilik syarikat judi ini.


6. Saman terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan

Pada 30 Jun 2009, Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menuduhnya melakukan liwat. Laporan polis Mohd. Saiful Bukhari Azlan 28 Jun 2008 bertujuan memburuk-burukkan dirinya sebagai ahli politik. Perbicaraan ditetapkan pada 28 Januari 2010.[9]

7. Saman terhadap Muhyiddin Yassin (RM100 juta )

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM100 juta .

8. Saman terhadap NST (dapat ganti rugi RM120,000.00)

Pada 2003 Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan, Tan Sri Abdullah Ahmad. Artikel yang disiarkan pada 2 Mac 2002 telah menjejaskan nama baiknya.

gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002. Mahkamah juga memerintahkan supaya syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada ketua umum PKR itu.[16]

9. Saman terhadap Anifah Aman

Anifah Aman akan ditawarkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai habuan jika beliau melompat ke parti pembangkang. Menteri Luar , Anifah Aman mendedahkan perkara itu sewaktu berada di Washington menjelang Pilihan raya kecil Penanti 2009. Difahamkan Anwar hendak menyaman Anifah Aman.


10. Musa Hassan saman Anwar Ibrahim ( kena saman juga )

Pada 13 Julai 2008, Tan Sri Musa Hassan akan menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar gagal menarik balik tuduhan bahawa beliau memalsukan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998. Firma guaman Tetuan Kamarul Hisham & Hasnol Rezua bagi pihak Musa Hassan menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Anwar. Tuduhan Anwar itu mencemarkan namanya sebagai Ketua Polis Negara.


11. Anwar saman Wee Ka Siong (RM10 juta )

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman fitnah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Pada 11 April 2007 dalam Pilihan Raya Kecil Machap 2007 Wee telah memfitnah Anwar Ibrahim . Berikutan ceramah itu, muncul artikel dalam Malaysiakini.com bertajuk Parties at their last leg of campaigning. Anwar menuntut saman malu RM10 juta. [19]

12. Saman Anwar terhadap Hamzah Zainuddin (RM10 juta )

Pada 22 Ogos 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnam RM10 juta terhadap Menteri Datuk Hamzah Zainuddin , Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.[20]Peguam S N Nair dan Wan Anuar Shadat mewakili Anwar. Peguam S Murali mewakili Hamzah.

Pasal apa aku cerita saman menyaman di sini khususnya berkenaan saman Anwar Ibrahim, kerana pada 13 januari 2013 ini, beliau dan juga peguam beliau iaitu Karpal Singh akan di saman oleh Srikandi7. Menurut Srikandi7, beliau akan menyaman Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang dikatakan terbesar. Terbesar apa tak tahulah, mungkin jumlah yang terbesar di dalam sejarah hingga mencapai berbillion-billion ringgit. Seperti kata Srikandi& di dalam blog beliau:-

"INSHAAALAH SAYA AKAN MENERUSKAN SAMAN TERBESAR TERHADAP SI KAPAL POOSING, SI JUBURIN PADA HARI KHAMIS , 13HB JAN 2011,SATU TARIKH KERAMAT SETELAH 13 TAHUN MEMENDAM KESABARAN MENAHAN KERENAH TIPU DAYA DAN TEORI KONSPIRASI KOTOR DAN KEJI MEREKA,BIAR SATU DUNIA MENDENGARNYA DAN MENILAI SIAPA MEREKA? Maka kepada penyokong-penyokong setia saya sila beli akhbar-akhbar pada hari Jumaat terutama Utusan Malaysia.Doakan saya berjaya nanti, demi menegakkan kebenaran dalam menyelamatkan negara yg tercinta".

Sama-samalah kita tunggu 13 Januari 2011 ini untuk mengetahui apakah yang dikatakan terbesar itu.

Update 12/11/2011

Ummi saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my




--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

Ulasan:

Aku dah agak, jumlah saman mesti besar punya, tetapi masih belum mencapai jangkaan aku iaitu berbillion-billion.


Rujukan:

www.ms.wikipedia.org/wiki/Saman_menyaman_Anwar_Ibrahim
www.srikandi7.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

tanpa rugu-ragu inilah kerja syaitan dan musuh no satu dalam islam. kalau bab "menjaga kepentingan Islam" tak pula umi fida ni sanggup bangun menentang dan menyaman pihak berkenaan.(saman) berapa ramai org kat luar sana yg mempersendakan hukum Allah. berapa ramai org yg kat luar sana menjadi kristian... kenapa umi fida tak sanggup berkorban utk itu. bila disebut ketuanan melayu- bukan main lagi dia meroyan???? adakah ini contoh muslimah sejati?? yg umno cari selama ini???

putrarahman said...

Tanpa nama, terima kasih kerana memberikan komen.

Umi Hafilda menyaman pihak-pihak yang menyusahkan beliau. Biarlah beliau menyamannya. Beliau tidak ada masalah dengan penentang-penentang islam atau mereka yang murtad di luar sana. Sudah ada badan yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan Islam. Jika badan berkenaan tidak bertanggungjawab, bukan setakat Umi sahaja, kita semuapatut bertindak.

sehingga kini, pihak Umi berada di hadapan dari segi kebenaran kerana keberanian beliau bersumpah laknat sedangkan pihak yang dinamakan di dalam sama beliau masih membisu. Berdiam dan membisu itu tandanya bersetuju dengan segala tuduhan yang dilemparkan.