SAHABAT BLOG

12 January 2011

Untung Besar. Tahniah Tabung Haji


Bonus dijangka lebih tinggi

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my



Jamil Khir Baharom menyampaikan Sijil KPI /2010 kepada Ismee Ismail di Putrajaya, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



PUTRAJAYA 11 Jan. - Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.

Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Kita sedang mencongak dan akan umumkan (bonus itu) tidak lewat hujung Januari ini kerana masih berbincang dengan pihak TH," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, mengikut rekod, TH telah mengagihkan dividen sebanyak lima peratus tahun lepas.

"Pada 2009, TH membayar sebanyak lima peratus dan untuk tahun ini kita akan umumkan nanti," katanya.

Tambahnya, bayaran dividen yang dibuat oleh TH juga mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding agihan dividen oleh perbankan Islam yang lain.

"Kita kena buat perbandingan antara dividen TH bayar serta akaun bank-bank perbankan Islam lain, perbezaan dari sudut itu kita mencatatkan jumlah yang memberangsangkan," katanya.


Ulasan saya:

Siapa cakap orang Melayu tak pandai berniaga. Buktinya Tabung Haji diuruskan sepenuhnya oleh orang Melayu beragama Islam menggunakan sepenuhnya modal pusingan duit orang Islam yang disatu dan dikumpulkan untuk berniaga dan melabur di sana sini di dalam instrumen yang bertepatan dengan Syariah. Di uruskan sepenuhnya oleh pegawai dan kakitangan beragama Islam kerana syarat utama untuk memoho jawatan di Tabung Haji adalah warganegara beragama Islam.

Jadi sebagai sebuah institusi kewangan yang 100% bercirikan Islam, aku sebagai orang melayu dan beragama islam berasa bangga yang teramat sangat dengan perkembangan ini. Namun sayang kerana simpanan aku takle banyak mana. Bila untung dah besar, sudah pasti orang yang menyimpan mengharapkan bonus yang tinggi. Bukan penyimpan sahaja, para pegawai dan kakitangannya juga mengharapkan bonus juga. Kaya..kaya...kaya....kaya...kaya

Oleh itu sama-samalah kita sokong Tabung Haji kerana ianya milik sepenuhnya orang Islam bahkan bangunan Tabung Haji yang sangat unik itu dibangunkan dengan duit orang Islam tanpa meminjam dari mana-mana pihak.

Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

No comments: