SAHABAT BLOG

15 January 2011

Sayangilah Tulisan Jawi wahai Umat Melayu

Hari ini hari Sabtu, semua orang tahu dan tidak pernah terjadi hari Sabtu ditunda atau dilewatkan. Maksudnya kita tidak boleh menyekat peredaran masa. Pelbagai perkara boleh dilakukan oleh kepintaran manusia kecuali menyekat dan menunda peredaran masa. Kita semua semakin menghampiri hari-hari penamat samada kehidupan sendiri ataupun dunia ini. Aku percaya setiap seorang dari kita yang masih hidup ini tidak berpeluang untuk menghadapi akhir-akhir dunia ini kerana dunia ini masih panjang lagi.

Sepertimana lazimnya, setiap hari Sabtu aku akan mneyelak akhbar utusan malaysia, iaitu akhbar terulung umat melayu di malaysia ini.Akhbar inilah yang memainkan peranan yang besar di dalam memperjuangkan kedaulatan bangsa melayu. akhbar ini telah bernafas sejak berdekad-dekad lamanya tanpa pernah jemu dan penat. Oleh itu, bila ada pihak yang jahat hendak menyaman akhbar ini, sepatutnya seluruh umat melayu patut bangun mempertahankannya. tapi sayang kerana umat melayu telah berpecah belah dan tidak di dalam saf yang sama. Semain ramai umat melayu yang tidak sedar diri dengan memberikan kerjasama dan sokongan mereka kepada musuh dan ada yang sanggup mati demi untuk mempertahankan musuh umat melayu. mereka ini ibarat api di dalam sekam, nyamuk di dalam kelambu, ulat di dalam budu ataupun kuda torjan.

Hari ini aku tertarik kepada berita untuk memertabatkan tulisan jawi. banyak pihak yang telah memperkatakan berkenaan kepentingan tulisan jawi dipertahankan. pelbagai cadangan diberikan dan diluahkan dengan harapan luahan dan cadangan mereka itu diambil pusing oleh kerajaan. namun aku percaya, gesaan dan cadangan ini hanyalah sesuatu yahg bermusim sepertimana musim buah durian ataupun musim buah langsat. Ianya hanya boleh ddapati dengan banyaknya apabila tiba msuim mereka. seperti juga musimm penyu bertelur ataupun musim maksiat melampau dimalam perayaan tahun baru ataupun 31 Ogos. tarikh keramat itu dinanti-nantikan oleh pengiat-pengiat maksiat untuk melaksanakan misi mereka membuat maksiat.

Tulisan jawi telah bertapak di bumi melayu ini sejak 700 tahun yang lalu. Tulisan jawi yang diambil daripada bentuk tulisan arab dengan penambahan beberapa huruf telah menjadi tulisan utama kepada umat melayu sejak sekian lama. bahkan semasa penjajahan british dahulu, tulisan melayu ini telah digunakan dengan meluas samada didalam urusan rasmi kerajaan ataupun oleh penyebar maklumat utama pada masa itu. Semakin lama tulisan jawi ini semakin terhakis semakin dilupakan. Aku percaya setiap seorang umat melayu sudah tentu sayang dengan tulisan jawi walaupun mereka tidak boleh membaca jawi. Aku sendiri pun tergagap-gagap bila membaca jawi, namun aku amat bersetuju jika sekiranya tulisan jawi ini diperkukuhkan penguasannya di kalangan generasi pelajar sekolah. Jika kita menekankan kepada kepentingan tulisan jawi kepada pelajar sekolah tak kita bangsa, aku percaya suatu hari nanti tidak mustahil kita akan dapat melihat penggunaan tulisan jawi di negara kita ini semakin berkembang. Pada masa itu, kita semua umat melayu pasti akan berasa bangga.

Tulisan adalah suatu kod ataupun mudahnya sebagai alat untuk melengkapkan proses komunikasi secara bercetak antara satu pihak dengan pihak yang lain. oleh itu, tulisan apa sekali pun yang digunakan tidak menjadi soal, apa yang penting ianya boleh menlengkapkan kitaran komunikasi. namun demikian, jika ianya hendak dijadikan sebagai alat atau kod , maka penggunaannya hendaklah meluas dan dikuasai oleh orangramai. Sehubungan dengan itu, adalah tidak mustahil tulisan jawi boleh menjadi alat utama untuk proses komunikasi suatu masa akan datang jika sekiranya anak cucu kita sekarang ini didedah dan ditekankan penggunaan tulisan jawi pada setiap masa.
Semasa umat melayu masih berkuasa inilah perkara-perkara ini hendaklah dimulakan, Aku percaya jika sekiranya umat lain yang berkuasa, sudah pasti mereka akan memperluaskan tulisan mereka pula tanpa segan silunya dan tanpa mempedulikan umat melayu.

Aku lihat sekarang ini, tulisan jawi semakin dilupakan. umat melayu sendiri sudah tidak ramai yang pandai ataupun tidak lancar untuk membaca dan menulis jawi termasuk aku sendiri. Aku percaya ramai dikalangan anak-anak muda melayu kita yang boleh menguasai tulisan jawi secara sederhana. Namun disebabkan tidak ada unsur paksaan kepada mereka, maka skil dan kemahiran mereka itu tidak dapat digilap dan dipertingkatkan. Jika mereka dipaksa untuk menulis dan membaca jawi, aku percaya ramai dikalangan umat melayu boleh melakukanya termasuk aku sendiri. Sisipan makalah jawi di dalam akhbar utusan malaysia hanyalah sebagai memenuhi kehendak segelintir pengemar tulisan jawi dan juga sebagai satu tanda bahawa tulisan jawi tidak dihapuskan sama sekali. kenapa aku kata begitu kerana umat melayu mempunyai pilihan untuk membaca atau tidak membaca tulisan tersebut. berita-berita yang ditulis di dalam sisipan jawi itu boleh juga didapati di dalam ruangan lain yang bertulisan rumi. jadi tidak ada unsur paksaan di sini. Sehubungan itu, bagi mewujudkan unsur paksaan kepada umat melayu, maka suatu langkah drastik hendaklah dilakukan. Contonnya semua berita berkenaan sukan dalam negeri henddaklah ditulis didalam tulisan jawi bagi setiap akhbar berbahasa melayu. apabila semua berita sukan telah ditulis di dalam bahasa jawi, mahu atau tidak, umat melayu akan meningkatkan kemahiran mereka untuk menguasai tulisan jawi. faedah tidak langsung juga, kita akan lihat penguasaan bahasa inggeris umat melayu pun turut meningkat kerana jika mereka kurang mahir membaca tulisan jawi, mereka akan membaca bahasa inggeris. Ini adalah contoh sahaja kerana banyak lagi perkara-perkara yang boleh difikirkan oleh kerajaan jika berkemahuan untuk memertabatkan kembali tulisan jawi. orang kata " hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih".

Terima kasih kepada akhbar utusan malaysia kerana highlight berkenaan tulisan jawi. di harapkan kerajaan dan pihak yang mempunyai kuasa dapat membuat sesuatu agar tulisan umat melayu ini iaitu tulisan jawi dapat ditingkatkan kembali penguasaannya di alam melayu ini.

berita dan rencana berkenaan tulisan jawi boleh didapati daripada link di bawah:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

1 comment:

Anonymous said...

Tulisan jawi – Amat cantik
Jawi kaligrafer — Wajib Dimiliki
http://sifoo.com/topic/314-jawi-kaligrafer-%E2%80%94-wajib-dimiliki
http://sifoo.com/topic/315-taipset-jawi-dalam-word-indesign
http://masterpakpandir.wordpress.com/2011/01/05/cara-mudah-install-tulisan-jawi/#more-715
http://70.32.105.174/files/MirEmad.pdf
kompatibel penuh untuk:
1. Word 2003+2007+2020 + Indesign Cs5 ++
2. Windows Xp, Vista & Windows 7
Semakin Terancam?! Semarak Jawi