SAHABAT BLOG

09 January 2009

sTRUKTUR aSAS pERLEMBAGAAN

Ada dua parti yang akan kecewa jika Malaysia tidak dapat laksana Hudud dan menjadi republik. Mereka adalah PAS dan DAP. Umum mengetahui perlembagaan Malaysia adalah sebuah undang-undang yang boleh berubah-ubah jika terdapat penggubalan undang-undang.
Tetapi tidak semua undang-undang boleh digubal sesuka hati. Undang-undang yang tidak boleh digubal ini dinamakan basic structure of the constitution, atau struktur asas perlembagaan. Terdapat dua pendapat berkenaan isu struktur asas ini. Sesetengah pakar perlembagaan berpendapat struktur asas tidak boleh diubah, manakala sesetengah pakar perlembagaan berpendapat ia boleh diubah jika keseluruhan rakyat dan negara itu mahu berubah.
Ia dinamakan reformasi dan revolusi pentadbiran undang-undang negara. Antara yang merupakan struktur asas yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan adalah:
Hak istimewa orang Melayu. Hak istimewa orang Melayu dikawal sepenuhnnya oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Sebarang pindaan atau penghapusan hak ini perlu mendapat persetujuan 9 Raja-Raja Melayu. Jika tidak undang-undang tersebut tidak akan dapat dilakukan. Mungkin suatu ketika nanti Raja-Raja setuju untuk menggugurkan hak istimewa ini, dan jika ia berlaku, sistem kehakiman negara diketuai oleh Ketua Hakim Negara mempunyai hak untuk mengatakan - “Tidak”.


Demokrasi berparlimen. Terdapat sesetengah usaha oleh pihak yang mahu membentuk kerajaan republik di Malaysia. Malangnya ia tidak akan dapat dilaksanakan kerana Malaysia bertunjangkan demokrasi berparlimen. Republik bermakna negara tidak mempunyai raja dan sudah tentu ia akan mengubah keseluruhan sistem perlembagaan.


Tempoh 5 tahun Ahli Parlimen. Pernahkah anda terfikir, parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang, mengapakah mereka tidak mahu menggubal tempoh 5 tahun mereka kepada 15 tahun? Kerana ini merupakan struktur asas yang tidak boleh diubah.
PAS mahu melaksanakan hukum hudud. Semua orang sibuk membincangkan tentang perlaksanaan Hudud di Malaysia tanpa mengetahui bahawa ia amat mustahil untuk dilaksanakan kerana perlembagaan itu sendiri telah diberi “kuasa” melalui perkara 4 (1) dan 4 (2) yang melarang sebarang undang-undang yang tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan. Kerana ini jugalah PAS gagal untuk meluluskan rang-undang-undang Hudud dan Kisas yang dibentang di DUN Kelantan dua tahun lalu. Jika Hudud dilaksanakan, undang-undang syariah akan menjadi undang-undang tertinggi negara. Dan kemudian kita akan dengar suatu hari nanti peguam seperti Karpal Karam berkata dalam undang-undang syariah, tidak pernah disebut tentang hak istimewa orang tertentu kerana Islam adalah sama rata. Lihatlah bagaimana undang-undang negara kita adalah tidak konsisten dengan undang-undang syariah.
Umum mengetahui Tun Dr.Mahathir pernah suatu ketika menggugurkan kekebalan raja-raja Melayu. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1993. Sesetengah pendapat mengatakan kekebalan raja-raja Melayu merupakan struktur asas, manakala sesetengah yang lain tidak berpendapat sedemikian. Mereka yang mengatakan kekebalan tersebut merupakan struktur asas mahu menggunakan ia sebagai alibi untuk mengukuhkan dakwaan mereka bahawa struktur asas juga boleh digugurkan seperti apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir.


Sebenarnya tiada fasa tetap yang membezakan antara struktur asas atau tidak. Asalkan ia boleh mengakibatkan perubahan keseluruhan terhadap perlembagaan tersebut, ia secara automatik akan menjadi struktur asas perlembagaan tersebut.
Siapa penjaga struktur asas ini?


Sesetengah pendapat mengatakan bahawa pemimpin kerajaan merupakan penjaga struktur asas ini. Tetapi sangkaan ini mungkin kurang tepat. Sesetengah juga mungkin mendakwa penjaga struktur asas ini adalah Raja-raja Melayu. Dakwaan ini juga kurang tepat. Hakim-hakim negara lah merupakan penjaga struktur asas ini. Mereka telah dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan itu sendiri untuk menjaga undang-undang ini.


Kata akhir terletak ditangan hakim. Jika hakim mengatakan tidak, maka eksekutif dan legislature harus akur dan patuh dengan keputusan tersebut. Hakim-hakim merupakan golongan yang sangat menghormati perlembagaan dan mereka digelar sebagai “Guardian” kepada perlembagaan.


Tidak seperti sesetengah pemimpin politik yang mencabar dan menghina perlembagaan sesuka hati tanpa menpunyai basis yang kukuh.
Terdapat juga persoalan jika hakim gagal untuk mempertahankan perlembagaan, siapa lagi yang boleh kita harapkan. Jawapannya adalah,
Rakyat Malaysia yang merdeka. Rakyat lah yang akan bangun mempertahan perlembagaan ini!

No comments: