SAHABAT BLOG

14 October 2011

Bahasa Jiwa Bangsa. Mati Bahasa, Mati Bangsa.

Nama Jaringan Melayu Malaysia (JMM),  tetapi masih bertegas dan bersungguh-sungguh untuk meminggirkan bahasa sendiri. Apa maknanya ni?. Kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira banyak perkara. Mereka yang membuat kajian untuk keputusan ini bukannya calang-calang individu. Sudah tentu mereka telah mengambilkira banyak faktor sebelum keputusan ini diambil.

Alih-alih, Jaringan Melayu Malaysia pula yang kacau daun. Kenapa baru sekararang bangkitkan  perkara ini. Sepatutnya mereka bangkitkan dan bertegang leher dengan kerajaan sebelum PPSMI ini dimansuhkan. Keputusan telah dibuat oleh kerajaan. Susah sangat ke untuk akur dengan keputusan tersebut. Jangan kerana desakan dan juga impian segelintir orang melayu yang semakin hilang jati diri bahasa mereka maka, JMM sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan orang melayu lupa objektif perjuangan mereka.

JMM kononnya menuntut supaya ibubapa boleh memilih PPSMI atau Bahasa Melayu. Logik ke? Langsung tidak masuk akal. Bagaimana kerajaan hendak menyediakan kaedah yang sedemikian dan bagaimana pula hendak menentukan cara terbaik untuk mengasingkan perkara ini. Bayangkan di dalam sebuah kelas terdapat dua golongan pelajar iaitu satu yang ingin belajar di dalam PPSMI dan satu golongan lagi yang ingin belajar di dalam bahasa Melayu. Tidakkah perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pihak sekolah untuk membuat keputusan. Kalau nak diasingkan kelas pun tidak boleh kerana konsep pengasingan kelas adalah berdasarkan pencapaian para pelajar tambahan pula bagi sekolah yang kurang murid seperti sekolah luar bandar, bagaimana hendak diasingkan kelas jika hanya seorang atau dua orang  murid sahaja yang ingin belajar di dalam PPSMI. 

Kalau nak sediakan sekolah khas untuk belajar di dalam PPSMI lagi tidak logik. Bagaimanahendak menempatkan para pelajar yang dari pelbagai tempat dan kawasan di dalam satu sekolah. Tempatkan mereka di asrama, persoalanya, mahu ke ibubapa menempatkan anak mereka di asrama. Bagaimana tuisyen mereka. Bagaimana anak-anak sekolah rendah. Sanggup murid-murid darjah 1 tinggal di asrama?

Lagipun tidak logik hendak mewujudkan sekolah khas hanya untuk mengasingkan pembelajaran sains dan matematik sahaja. Lebih baik sekolah khas itu menggunakan bahasa pengatar bahasa Inggeris. Dengan dua sistem pelajaran sekarang ini pun sudah banyak menyumbang kepada perpecahan kaum, ini ditambah pula dengan aliran satu sistem pendidikan lagi. Lagilah bertambah-tambah masalah kepada perpaduan kaum kita. Lagipun bahasa pengatar Inggeris bukan menjadi dasar pendidikan negara.

Akhir kata, kepada saudara Azwanddin Hamzah selaku Presiden Jaringan Melayu Malaysia, orang kampung nasihatkan supaya berfikirlah lebih jauh dalam perkara ini. Jangan disebabkan desakan segelintir ibu bapa yang kononnya ingin supaya anak-anak mereka pandai berbahasa inggeris, maka objektif JMM itu dilupakan. Lagipun untuk pandai di dalam Bahasa Ingegris, banyak lagi kaedah dan cara yang boleh difikirkan oleh para ibu bapa. Pokoknya samada mahu atau tidak mahu sahaja. Jangan pula dikorbankan Sains dan Matematik kerana hendak memertabatkan Bahasa Inggeris.

Nasihat yang paling penting, janganlah biadap terhadap Bahasa Melayu kerana sekarang ini Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh bangsanya sendiri. Sudah semakin ramai orang melayu yang tidak bercakap dan menulis di dalam bahasa melayu di dalam kehidupan sehari-harian mereka. Sepatutnya sebagai sebuah NGO Melayu, JMM hendaklah memastikan Bahasa Melayu ini terus diperkukuhkan penggunaan dan peguasaannya di kalamgan rakyat Malaysia. Jangan pula suatu hari nanti, orang Bangladesh lebih fasih berbahasa Melayu berbanding orang Melayu itu sendiri. Bahasa Jiwa Bangsa. Jiwa itu adalah nyawa. Maknanya tanpa bahasa makan Bangsa itu akan mati dan pupus.

6 comments:

Anonymous said...

Bangladesh pun kira 1malaysia juga. sbb tu bangla berbangga ckp bahasa melayu. JMM kan sepupu dengan Perkasam.... semua kaki ampu.... tp dalam hal ni JMM tak pandai mengampu pulak.... or saja nak ambil pendirian berbeza dgn perkasam....

putrarahman said...

Bahasa Melayu adalah milik bangsa Melayu. Sekarang ini makin ramai orang melayu yang tidak berasa bangga apabila bertutur d dalam bahasa Melayu bahkan ramai yang berasa malu dan segan untuk bertutur di dalam bahasa Melayu apabila berada di dalam khalayak bisness terutamanya.

Kesilapan besar adalah dipihak kerajaan. Kerajaan memberikan ruang dan peluang yang terlalu besar keada Bahasa Inggeris untuk dituturkan digunakan. Ruang ini telah yang tiada sempadan ini telah menghakis sedikit demi sedikit bahasa Melayu.

Tiada jalan kembali lagi kecuali menukar dasar kerajaan di dalam penggunaan bahasa kebangsaan. Ianya tidak akan terlaksana tanpa disusuli dengan undang-undang dan peraturan serta menentukan sempadan-sempadan tertentu kepada penggunaan bahasa Ingeris.

Kalau kerajaan tidak mampu untuk melaksanakannya, maka pemimpin kerjaan hendak ditukar kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya.

Anonymous said...

Kalau kerajaan tidak mampu untuk melaksanakannya, maka pemimpin kerjaan hendak ditukar kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya - Setuju dgn pendapat tuan. kalu nak tukar pun biarlah PRU13 ni. tapi kena lah PRU yang bersih...jgn dok bagi projek IC kat "Usahawan" pulak???? heemmmm.... tak habis2...nak kelentong rakyat. Kalau nak menipu rakyat pun...bagi lah alasan yang konkrit sikit... buat lawak betul......alasan kursus keusahawanan tu...

Anonymous said...

Kalau kerajaan tidak mampu untuk melaksanakannya, maka pemimpin kerjaan hendak ditukar kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya - Setuju dgn pendapat tuan. kalu nak tukar pun biarlah PRU13 ni. tapi kena lah PRU yang bersih...jgn dok bagi projek IC kat "Usahawan" pulak???? heemmmm.... tak habis2...nak kelentong rakyat. Kalau nak menipu rakyat pun...bagi lah alasan yang konkrit sikit... buat lawak betul......alasan kursus keusahawanan tu...

Anonymous said...

Kalau kerajaan tidak mampu untuk melaksanakannya, maka pemimpin kerjaan hendak ditukar kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya - Setuju dgn pendapat tuan. kalu nak tukar pun biarlah PRU13 ni. tapi kena lah PRU yang bersih...jgn dok bagi projek IC kat "Usahawan" pulak???? heemmmm.... tak habis2...nak kelentong rakyat. Kalau nak menipu rakyat pun...bagi lah alasan yang konkrit sikit... buat lawak betul......alasan kursus keusahawanan tu...

putrarahman said...

Setuju, selepas PRU kebiasaannya barisan kabinet baru bakal dilantik untuk ganti kabinet lama yang telah dibubarkan.

Aku tak ikuti,kursus keusahawanan itu siapa yang anjur? Kalau BN atau UMNO yang anjur, kurang setuju kerana peluang sedemikian sepatutnya diberikan kepada warganegara.