SAHABAT BLOG

13 December 2011

Negara perlu tukar Stategi jika hendak capai wawasan 2020.

Aku selalu kagum dengan cara Tun Mahathir berfikir. Kadang-kadang apa yang beliau fikir itu cukup mudah dan semua orang boleh berfikir sedemikian. Namun kehebatan Tun ialah, beliau meluahkan idea beliau walaupun beliau tahu ideanya mungkin difikirkan oleh ramai orang. Orang lain mungkin tidak mahu meluahkan buah fikiran masing-masing kerana mereka anggap orang lain pun berfikir benda yang sama. Kalau semua pakat-pakat tidak mahu meluahkan idea masing-masing, maka siapa yang hendak meluahkannya.

Kali ini, Tun Mahathir mencadangkan supaya kerajaan menukar atau mengubah strategi jika hendak mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Strategi sekarang ini iaitu menjadikan malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi bakal menyebabkan kenaikan kepada kos. Tun mencadangkan supaya negara mengatur strategi untuk menjadi negara yang menghasilkan produk bernilai tinggi. Apabila produk bernilai tinggi, maka secara automatik permintaan akan meningkat. Apabila permintaan meningkat, harga pun boleh meningkat. Apabila harga meningkat, syarikat akan mendapat keuntungan yang besar. Apabila keuntungan dah besar, maka gaji kakitangan pun besar. Apabila gaji kakitangan besar, maka pendapatan rakyat pun tinggi.

Bukankah cukup mudah sifir Tun kali ini. Apabila pemimpin utama berfikir mudah, orang bawahan pula sepatutnya menghalusi idea dan cadangan. Seperti cadangan Tun di atas, ianya cukup mudah difahami. bagaimana cara dan kaedah untuk melaksanakannya terpulanglah kepada orang bawahan yang dibayar gaji lebih besar dari Tun.

Dalam masa yang sama , Tun kata, tak payahlah kita beri insentif hebat-hebat kepada pelabur asing kerana mereka pun bukannya memberi sumbangan yang besar kepada negara berbanding insentif yang mereka perolehi.

Ini aku kata. Ye le, kadang-kadang keuntungan yang mereka perolehi tidak dikenakan cukai pun.  Tujuan pelabur asing ni ialah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Apabila rakyat mendapat pekerjaan, maka banyaklah duit untuk dibelanjakan. Apabila duit rakyat dah banyak, maka ekonomi peringkat bawahan pun menjadi semakin rancak. Masalahnya yang ramai bekerja pun bukan rakyat tempatan. Mereka ni kedekut berbelanja. Dapat gaji, mererka simpan dan mereka hantar ke sanak saudara di negara asal mereka.

Tun mencadangkan supaya pelabur tempatan diberikan keutamaan berbanding pelabur asing. Para pelabur seharusnya dibantu supaya mereka boleh mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat nasional.

Tun juga mencadangkan supaya kerajaan pinjam dari KWSP dan bukannya dari pihak asing. Pinjam dari KWSP, faedahnya rendah dan matawang pun sama. Pinjam dari pihak asing, faedah tinggi dan matawang pun tidak sama. katanya KWSP tidak ada kesalahan memberi pinjaman kepada kerajaan kerana ianya terjamin. Lagipun duit dana KWSP besar hampir RM400 billion. Duit ini kalau tidak dicairkan, ianya tidak akan memberikan pulangan kepada KWSP. Apabila pulangan kurang, maka dividen pun kurang kepada penyimpan KWSP.

No comments: