SAHABAT BLOG

13 December 2011

Kaedah Pilih Calon PAS teerbeaek.

Aku suka komen cara PAS Selangor memilih calon PRU 13 dimana mereka memberikan peluang kepada cawangan untuk membuat pencalonan masing-masing. Sudah cawangan akan bermesyuarat terlebih dahulu untuk memilih calon yang difikirkan boleh berkhidmat untuk mereka.

Perbuatan ini ada baik dan ada buruknya. Baiknya adalah calon yang mendapat pencalonan tertinggi itu adalah calon yang lebih baik berbanding calon yang kurang mendapat  pencalonan. Buruknya, adakah calon yang mendapat pencalonan tertinggi itu turut disukai oleh pengundi terutama pengundi atas pagar. Jika PAS mengamalkan cara dan kaedah ini sebagai kaedah tunggal untuk mencari calon PRU, maka  ianya bakal mengundang bahaya kepada PAS.

Contohnya seperti apa yang berlaku kepada Dr. Hassan Ali. Beliau tidak mendapat pencalonan yang mengcukupi oleh cawangan, tetapi aku percaya beliau adalah calon yang disukai oleh para pengundi atas pagar. Pengundi atas pagar inilah yang bakal menentukan kalah menangnya seseorang calon.

No comments: