Tahniah,tahniah,tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu kerana berjaya melangkah ke Perlawanan akhir kejohanan bolasepak paling berprestij di Malaysia iaitu Piala Malaysia. Aku tidak berkesempatan untuk menonton perlawanan hebat separuh akhir ke dua menentang Selangor di Kuala Terengganu kerana terpaksa bergegas ke airport KLIA untuk berjumpa kawan lama aku dari Sabah. AKu yakin perlawanan tersebut telah berlangsung dengan begitu sengit sekali kerana pasukan Selangor sudah pasti inginkan kemenangan besar sekurang-kurangnya 3 goal tanpa balas.
Dengar ceritanya venue perlawanan akhir nanti bakal diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor. Aku bukan tidak setuju ianya diadakan disana, tetapi jika melihat kepada keadaan padang semasa perlawanan separuh akhir pertama di antara Terengganu menentang Selangor itu hari, keadaan padangnya langsung tidak sesuai untuk dijadikan pentas perlawanan akhir. Aku harap supaya FAM dapat menukar venue perlawanan akhir ke Stadium Tradisi iaitu di Bukit Jalil. Dalam perkara ini, aku mengharapkan pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil dapat memberikan kerjasma.
Kepada pasukan Terengganu, aku mengharapkan supaya mereka dapat membawa pulang Piala Malaysia sebagai hadiah kepada Sultan Mizan sebagai hadiah persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong. Ramalan aku, Terengganu akan menang dengan kelebihan jaringan yang agak tipis dan mungkin akan berlarutan ke masa tambahan. Apa-apa pun, kita lihatlah nanti.
No comments:
Post a Comment