SAHABAT BLOG

09 January 2011

Futsal membunuh Bolasepak tempatan?

Hari ini seperti hari-hari cuti semalam aku mengambil kesempatan untuk sambung tidur semula selepas menunaikan sembahyang subuh. Macam biasa, tidur pun tak lama kerana telah diganggu (dikejutkan) oleh anak aku. Biasa le, pagi-pagi ni mereka nak suruh aku pergi beli sarapan. Aku pun tanpa berlengah terus mandi biasa damn turun ke kedai untuk beli sarapan. Pagi ni kebetulan isteri aku tak masak sarapan pagi. Kebiasaannya dia masak nasi goreng. Semalam pun dia tak masak juga.

Sedang aku bersiap nak ke kedai, anak-anak kecil aku yang berumur 2 tahun sudah siap tunggu di pintu. Macam itulah sifat dia setiap kali aku nak keluar rumah. Kalau dia tak bergayut di seluar aku, dia akan tunggu di pintu.Kebiasaanya usaha beliau berhasil. Memang cerdik anak yang sorang ni.

Hari ni macam biasa aku membeli Mingguan Malaysia. Akhbar utusan Malaysia memang menjadi pilihan aku. Dulu aku suka membaca Akhbar Berita Harian, tetapi bila dia telah mengubah saiz menjadi lebih kecil, aku beralih ke akhbar Utusan Malaysia pula. Senang kerana tak payah belek banyak kali kerana di dalam satu muka surat, banyak berita boleh dimuatkan. Lagi pun akhbar Utusan Malaysia sesuai dengan jiwa aku.

Hari ini beberapa berita yang menarik perhatian aku. YB Zulkifli, MP Kulim Bandar baru pohon supaya YB Karpal Sing di sapina untuk kes Anwar Ibrahim kerana di dakwa bahawa Karpal Sing ni menyatakan di dalam Parlimen bahawa dia mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual. Masalahnya, bukti yang dimaksudkan itu adalah dalam kes terdahulu dan kes itu pun sudah ditutup. Aku tak pasti masih relevan atau tidak dengan kes sekarang ini. Namun sekurang-kurangnya riuh juga dibuat. YB Zul ni, aku nampak semakin selari dengan pendirian BN dalam banyak perkara. Aku tak tahulah samada dia sedang melobi untuk jadi calon Bn kot di Kulim Bandar Baru. Kalau begitu dia terlebih dahulu kena mendaftar menjadi ahli UMNO. Kalau dia nak bertanding atas tiket bebas dia kena lawan BN dan juga PR. Bagi aku, tak payah bertanding lagilah YB ZUl, masuk je PERKASA dan bergerak aktif untuk membantu orang Melayu kerana YB Zul ni orang undang-undang, banyak faedahnya kepada PERKASA.

Mingguan Malaysia juga mencatatkan berita berkenaan pertemuan PM dengan ahli parlimen BN. Tujuannya adalah untuk mengetahui berkenaan masalah penduduk di kawasan parlimen masing-masing. Ramai ahli parlimen yang memuji langkah PM ini. Namun demikian bagi aku, pertemuan itu bukan pasal nak tanya masalah rakyat tetapi lebih kepada nak bagi tahu bahawa ahli parlimen itu akan dicalon ataupun tidak dalam PU 13 nanti. Kalau nak tahu masalah rakyat, adalah lebih baik PM pergi sendiri ke kawasan parlimen dan berjumpa dengan wakil-wakil penduduk seperti pengerusi JKKK. barulah masalah rakyat boleh diketahui. Aku rasalah, ada ahli parlimen yang telah tahu bahawa mereka bakal menjadi calon atau tidak. bagus juga PM kasi tahu awal-awal kerana kalau lambat bimbang akan ada yang sabotaj pulak. Tok Saudara isteri aku bakal dikekal atau tidak. semenjak dia jadi MP, tak pernah aku pergi ke rumah dia untuk sebarang urusan. Sebelum jadi MP, setiap hari raya aku akan ke rumah beliau.

Tengahari, aku minta isteri aku masak masak lemak kuning jantung pisang. Aku pergi beli jantung pisang dan kelapa. Aku bukannya pandai pilih jantung pisang, asal jantung pisang kira jadi. Tak sangka pulak harga santan telah naik sehingga RM0.60 sen sebiji. Dulu harganya adalah RM1.40 sebiji, tetapi sekarang dah jadi RM2.00 sebiji. Alangkah ruginya kerana jantung pisang yang aku beli pahit yang teramat sangat. Isteri aku dah celur terlebih dahulu untuk buang getah yang ada pada jantung pisang, tetapi entah mana silapnya, pahit sangat sehingga tak boleh makan. Tak tahu pulak aku ada jantung pisang yang pahit sedemikian rupa.

Awang selamat hari ini menyentuh pasal Futsal dan sakit lutut. Aku pun bersetuju dengan Awang Selamat bahawa bermain futsal ni banyak risiko kepada lutut. Aku permnah bermain sekali sebagai penjaga goal tanpa memakai alas lutut. Apa lagi, seminggu aku mengidap sakit lutut kerana aku bermain seperti di atas padang rumput. Aku pun bukan menyokong futsal ini kerana permainannya adalah permainan komersial. Orang berniaga dengan gelanggang futsal. Lebih elok kalau anak-anak muda kita ni memeriahkan kembali padang-padang bola yang masih tinggal supaya kemeriahan permainan bolasepak boleh dirasai kembali. Kalau dulu setiap petang anak-anak muda akan turun ke padang bola untuk bermain dan kadang-kadang tak sempat nak bersembahyang asar kerana lewat pulang kerja. Lagipun permainan futsal ni aku fikir bakal membunuh bolasepak tempatan kerana bila anak-anak muda sudah beralih minat kepada futsal, maka padang-padang bola akan ditinggalkan kepada kerbau dan lembu untuk bermain. Nasib baik kerbau dan lembu tidak pandai bermain bolasepak, kalau tidak merekalah yang bakal mewakili malaysia suatu hari nanti. Bila padang bolasepak sudha tidak digunakan lagi, maka ada le JKKKKK yang akal panjang nak membinasakannya.

Dah petang, tetapi di kejiranan aku masih bising dengan bunyi muzik yang dipasang oleh penghuni di kawasan perumahan askar. Dari malam semalam, hari ini dari pagi sampai ke pukul 11.00 malam, halwa telinga penghuni di kawasan aku tinggal ni di sumbat dengan lagu-lagu yang bersilih ganti. Ramai juga penyanyi jemputan kerana sekali-sekala kedengaran suara Amy Search, kadang-kadang suara A Rahman Hassan. Band Indinesia pun dijemput kerana ada juga kedangaran muzik Wali band. Bising sehingga menganggu kawasan kejiranan kami. Kalau nak main muzik pun janganlah di pasang kuat-kuat sehingga menganggu orang lain. Bukannya pujian yang diterima tetapi sumpah seranah yang orang kasi.

Malam ni aku menonton kejohanan Asia. Jepun nyaris ditewaskan oleh Jordan. Pasukan jepun sudah ketinggalan sehinggalah ke masa kecederaan barulah Jepun dapat menyamakan kedududkan. Malau tidak malu besar negara Jepun kerana Jordan memang bukan lawan mereka. Jordan sesuai lawan dengan malaysia, tetapi sayang kerana Malaysia tidak layak. Bila agaknya Malaysia akan layak ke kejohanan ASia. Aku harapkan kemenangan Malaysia menjadi juara AFF Suzuki bakal menyuntik semangat kepada para penyokong bolasepak tempatan untuk ke Stadium. Aku macam biasa, jika ada perlawanan melibatkan Pasukan terengganu di KL ni, aku tak pernah miss. Kalau kebetulan aku balik kampung, aku pasti akan ke Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah di Kuala Terengganu.

Dah lewat malam, dah ni. kena tidur dan esok kerja pulak.

2 comments:

Anonymous said...

eloklah anda beli utusan ..sbb..ramai yang dah tak baca utusan. entahlah..mayb berita utusan ini byk yang dipesongkan...terutama bab politik.

utusan juga telah mengalami kejutan di mana byk akhbar ini tak laku. mereka(utusan) harus berubah utk meyakinkan para pembaca. bukan berubah utk menyokong pembangkang, tp biarlah berita yg dimuatkan itu.. benar dan tak dipesongkan oleh ahli politik umno.

kalau dulu utusan adalah juara segala suratkhabar. tetapi sekarang amat malang semenjak utusan melaporkan "perkara" yg hanya menguntungkan ahli politik....bukannya menguntungkan rakyat,... fikirkanlah wahai utusan.

putrarahman said...

Terima kasih kerana sudi beri komen.

Aku beli Utusan kerana mudah baca kerana banyak berita boleh dimuatkan di dalam satu muka.

Aku beli utusan juga pasal aku sokong sumber berita orang Melayu dan yang penting aku membeli utusan supaya aku boleh tahu pasal cerita-cerita puak-puak yang bencikan orang melayu.

Berita di dalam utusan sebenarnya betul belaka cuma kadang-kadang tajuk yang digunakan terlalu berbau politik. Kalau beritanya tak betul kebiasaannya akan ada ralat keesokan harinya. Kalau nak dikatakan utusan ni akhbar berbau perkauman, aku rasa akhbar bahasa Cina dan Tamil lagi berbau perkauman. Bukan nak pandang rendah kepada akhbar lain, tetapi akhbar lain kebanyakkannya akhbar pakai condom atau "paly save".