SAHABAT BLOG

24 May 2012

Melayu wajib Pertahankan Jawatan Perdana Menteri selagi Berkuasa


Apa masalah dengan Karpal ni. Semua orang sedar, pemimpin UMNO pun sedar, semua rakyat Malaysia sedar bahawa di dalam Perlembagaan tidak pernah dinyatakan bahawa Seorang Melayu mesti menjadi Perdana Menteri.Sesiapa sahaja di kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan teramai boleh menjadi Perdana Menteri. Tidak perlu mana-mana pihak mengulanginya berulang kali.Tidak perlulah ada warganegara yang menjadikan isu perdana menteri bukan melayu ini sebagai agenda perjuangan mereka. Orang melayu sendiri pun tidak pernah memperjuangkan perdana menteri mesti orang melayu. Orang Melayu tidak pernah mempunyai agenda untuk memastikan jawatan PM terus kekal menjadi milik melayu. 

Oleh itu jika tiada agenda tertentu kenapa perlu diperjuangkan untuk memastikan seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri? Kenapa berkehendakkan sangat kepada Bukan Melayu menjadi Perdana Menteri?  Apa salahnya orang Melayu menjadi Perdana Menteri?. Sesiapa yang mendapat sokongan teramai Ahli Parlimen, maka dia boleh menjadi Perdana Menteri.  Kalau Karpal Singh mendapat sokongan teramai Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, maka dialah Perdana Menteri dan orang Melayu tiada masalah untuk menerima  kerana itu tidak bersalahan dengan Perlembagaan. Karpal Singh ingat orang Melayu ni bodoh sangat sehingga tak tahu berkenaan perkara  ni.

Secara peribadi aku tidak terkejut apabila beliau berkata bahawa beliau akan perjuangkan agar seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri kerana beliau percaya hanya Perdana menteri yang mempunyai kuasa untuk merealisasi konsep malaysian malaysia mereka. Pendirian beliau tersebut aku percaya menjadi prinsip pemimpin DAP. Maknanya segala apa yang mereka lakukan selama ini termasuk mewujudkan pakatan dengan PKR dan PAS adalah untuk memastikan seorang Bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Segala tindak tanduk pemimpin DAP untuk mengambil hati orang Islam  termasuk mendalami Islam itu adalah salah satu perancangan mereka untuk memastikan seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Itulah cita-cita besar DAP iaitu memastikan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebenarnya orang melayu terutama pemimpin Melayu kena sedar perkara ini. Buatlah sesuatu supaya hajat besar Karpal dan DAP ini tidak tercapai. Jika perlu Pinda segera Perlembagaan semasa masih ada kuasa. Aku percaya jika perlembagaan memastikan hanya orang beragama Islam sahaja yang boleh menjadi Perdana Menteri, maka DAP dan KArpal SIngh akan senyap kerana mereka sudah tidak ada matlamat lagi untuk berjuang. Selama ini mereka berjuang untuk memastikan orang bukan Islam menjadi perdana Menteri disebabkan mereka nampak ada ruang dan ada peluang untuk mereka menjadi PM, tetapi bila perlembagaan telah diubah, maka perjuangan mereka telah tamat. Oleh itu kepada Pemimpin Melayu, tamatkan segera perjuangan DAP ini.

Kenapa mereka begitu mengidamkan jawatan Perdana Menteri? Bagi aku tiada sebab lain selain untuk menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu selama ini. Mereka merasakan hak keistimewaan itu tidak sepatutnya wujud kerana pada mereka sebagai warganegara semua rakyat mempunyai hak yang sama. Hanya Perdana Menteri sahaja yang boleh mengubah semuanya ini. Begitu besar tanggapan mereka terhadap kuasa Perdana Menteri. Oleh yang demikian, jika orang Islam inginkan agar Islam dan bangsa Melayu terus bertahan dan kukuh, maka jawatan Perdana Menteri itu hendaklah dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Jika bukan melayu berjuang untuk mendapatkan jawatan perdana menteri, orang melayu wajib mempertahankan jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun.

2 comments:

Anonymous said...

sudah jelas inilah matlamat dap yg memperkudakn & membangsatkn melayu dlm pkr& pas..demi perjuangan & jwtn ini dap secara terbuka menyakitkn hati melayu..dgn kenyataan ini..melayu yg sedar akan pastikn dlm pru13 nnti dap pkr pas dikaramkan di laut selat melaka..selagi melayu bersatu, anwar, lks, lge bukanlah pilihan majoriti rakyat malaysia utk diangkat menjd pm..anwar yg didakwa meliwat,berzina, bekas banduan, lge yang cauvinist, rasis & komunis, bekas banduan, lks warisan rasis, cauvinist dan pencetus 13 mei tdk mungkin sama sekali utk dipilih sbgi pm. majoriti rakyat malaysia masih percaya kepada perjuangan yg adil, bermaruah, saksama, bukan samarata & sama rasa spt diperjuangkn dap anwar, lks &lge yg akan menjahanamkan malaysia yg berdaulat ini...

Anonymous said...

jadi apa tunggu lagi? Pemimpin2 yg bersekutu dlm PR dan pengikut2 jgn la jadi bodoh sombong. Aku tak faham betul org2 yg buta2 menyokong ni. Nak kata tak ada pelajaran,sekolah melambak2, belajar pun habis2 smpi Form 5, bkn tak boleh fikir. Anak cucu esok mcm mana? Ini dinamakan NGOI