SAHABAT BLOG

30 May 2012

Debat atau Iklan@Promosi

Debat sudah menjadi satu kaedah baru bagi Pakatan Rakyat untuk menembusi Siaran di dalam sistem Televisyen. Melalui debat mereka boleh berkempen untuk menerangkan objektif dan visi mereka. Melalui debat juga mereka boleh memberitahu kepada rakyat apa yang ingin mereka laksanakan jika diberi peluang menjadi pemerintah.

Perkara ini terbukti melalui debat Rafizi dan Khairy beberapa hari yang lalu. Melalui debat tersebut Rafizi berjaya memberitahu kepada rakyat jelata tentang idea dan rancangan mereka tidak ubah seperti iklan-iklan di Televisyen. Idea-idea yang indah dan menarik yang diluahkan oleh Rafizi bolehlah diumpamakan iklan-iklan yang banyak bertebaran di sistem TV. Motifnya sama, objektifnya sama dan matlamatnya sama iaitu untuk menarik minat dan ghairah pengguna supaya membeli barangan mereka. Sebagaimana yang kita perhatikan, visual-visual tidak masuk akal yang digambarkan di dalam iklan-iklan di dalam TV, begitu juga dengan idea-idea yang dihujahkan oleh Rafizi, ada yang tidak logik dan tidak masuk akal.


 

Contoh Iklan Pakatan Rakyat
 
Jika hal yang demikian, aku fikir adalah lebih baik bagi pihak Pakatan Rakyat membuat permohonan kepada Menteri Penerangan dan berbincang dengan syarikat-syarikat TV untuk mengiklankan sahaja idea-idea  mereka di dalam televisyen dan radio .

Dengan cara ini secara tidak langsung mereka boleh memberitahu kepada rakyat berkenaan rancangann dan idea mereka kepada rakyat. Kerajaan sendiri pun sekarang ini sedang giat mempromosi rancangan dan tindakan mereka saban waktu melalui iklan-iklan  yang berimej kartun. Jadi tidak perlulah hendak berdebat  segala.

Berdebat hanya untuk sekali siaran sahaja dan akan cepat dilupakan. Lagi pun debat ni suatu yang tidak ada faedah dan tidak memberi jawapan kepada permasalahan rakyat keseluruhannya. Ianya berbeza dengan muzakarah dimana muzakarah dilihat lebih berfaedah dan lebih berkesan kerana tujuan muzakarah adalah untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan rakyat, sedangkan debat pula adalah untuk pertandingan pendapat, pertandingan idea dan pertandingan siapa hebat. 

Baca apa yang dikatakan oleh MB Terengganu pasal Debat ni.

 “Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin Pas kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato.

“Cukuplah sekadar debat sewaktu Dun bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat.

“Bila ajak debat bersungguh- sungguh tetapi bila diajak muzakarah, macam-macam alasan dan cerita yang timbul.

Daripada ajak debat, lebih baik muzakarah tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas isu tersebut.
- sinarharian.

Kesimpulannya, ajakan atau cabaran supaya DSN berdebat dengan Anwar adaalah satu ajakan atau cabaran yang bersifat fikiran di dalam buaian. Fikiran di dalam buaian adalah fikiran orang yang tidak matang, fikiran kanak-kanak. Apa kanak-kanak fikirkan adalah bila masa nak minum susu dan bila masa nak tidur. Fikiran yang bersifat jangka pendek dan tidak bersifat menyeluruh dan jangka panjang.




No comments: