SAHABAT BLOG

23 May 2012

Debat PTPTN

Malam tadi aku berpeluang menonton debat di antara KJ dengan Rafizi di Astro Awani. Tajuk debat adalah berkenanaan PTPTN dan pendidikan percuma. Kedua-dua belah pihak nampaknya telah berdebat dengan cukup matang dan cukup berkesan. Aku boleh simpulkan pendebatan ini seumpama buku bertemu dengan ruas. YB KJ sebagaimana aku kenali seorang yang petah apabila berbicara dan pandai berdebat tetapi aku tabik juga kepada Saudara Rafizi kerana beliau juga tidak kurang hebatnya.

Kalau boleh aku pilih pemenang debat pada malam ini, kalau dilihat dari segi kepetahan, kedua-dua pendebat seri, dari segi fakta kedua-dua pendebat seri dan dari segi kebijaksanaan menjawab soalan, kemenangan tipis aku berikan kepada Rafizi kerana ada kalanya KJ tak sempat jawab disebabkan faktor masa.
Rafizi melahirkan kebimbangan beliau bahawa menjelang tahun 2020 nanti hutang PTPTN pelajar akan mencecah RM177 billion mengambil kira kepada kadar kutipan yang hanya 10% sahaja berkemungkinan besar negara bakal muflis menjelang tahun 2020.

Hujah Rafizi ini dibalas oleh KJ dengan mengatakan bahawa kebimbangan PKR itu disebabkan mereka tidak yakin dengan plan ekonomi mereka sendiri , sebab itu kadar 10% itu akan terus berkekalan sehingga tahun 2020, sedangkan kerajaan BN yakin dengan plan tranformasi yang dibangunkan, dengan peluang pekerjaan yang semakin bertambah dan dengan kenaikan pendapatan rakyat, maka KJ yakin bahawa mahasiswa yang meminjam itu mampu bayar balik dan kadar kutipan bakal meningkat.Cuma KJ tak sentuh atau tidak menekankan kaedah dan cara untuk membuat kutipan balik. Kalau dia sentuh atau memberikan cadangan, mungkin hujahan beliau lebih meyakinkan.

Dalam soal ini, aku bersetuju dengan kedua-dua belah pihak. Aku bersetuju dengan Rafizi bahawa hutang PTPTN bakal menjadi masalah kepada kerajaan jika sekiranya kadar kutipan balik tidak ditambah dari kadar 10% itu. Aku juga bersetuju dengan KJ dimana dengan peningkatan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat, kemampuan para peminjam untuk membayar balik adalah besar.

Soalnya sekarang ini ialah kaedah dan cara bagi PTPTN untuk mengutip kembali hutang mereka. Mereka perlu lebih agresif mengutip hutang mereka dan tidak sahaja bergantung kesediaan para peminjam dan undang-undang semata-mata. Mereka perlu lebih pro aktif untuk mengutip hutang para peminjam dan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk mengutipnya. Mungkin mereka boleh melantik ejen-ejen kutipan disetiap daerah untuk mengenalpasti peminjam dan membuat kutipan berkala seperti yang dibuat oleh para Along. Aku yakin dan percaya, masalah yang dihadapi oleh PTPTN sekarang ini ialah cara dan kaedah ataupun method yang mereka gunakan untuk mengutip hutang masih belum berkesan.

Aku  bersetuju dengan Rafizi untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dari tadika hingga ke universiti. Siapa yang tidak mahu pendidikan percuma seperti itu. Namun apabila dijelaskan bahawa pendidikan percuma tersebut hanyalah untuk mereka yang belajar di IPTA dan sekolah bantuan kerajaan sahaja sedangkan di swasta, masih lagi dikenakan bayaran. Dalam soal ini, aku turut bersetuju dengan KJ yang menyatakan bahawa bagaimana nasib para pelajar yang tidak cemerlang dan tidak berjaya masuk ke Universiti dan mereka layak untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang dianjurkan pihak swasta. Kenapa hak mereka untuk mendapatkan pendidikan percuma dinafikan. Jika hendak bagi percuma, maka semuanya hendaklah diberi percuma.

Apa yang dapat aku simpulkan dalam Isu PTPTN ni ialah, ianya satu bentuk pinjaman mudah yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada bakal siswazah. PTPTN ni telah benyak menyelamatkan tanah-tanah pusaka dari terjual atau tergadai kerana jika tiada PTPTN ini, ramai para ibu bapa yang terpaksa mengadai atau menjual tanah pusaka. Aku juga bersetuju supaya PTPTN ini diteruskan tetapi pada masa yang sama aku juga bersetuju jika kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat jika berkemampuan untuk melaksankannya. Untuk itu bagi mengambil jalan tengah, aku cadangkan supaya PTPTN ini diteruskan tetapi dengan sedikit perubahan. Pertamanya kos pentadbiran hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Keduanya ialah peminjam PTPTN ini hanya perlu membayar 50 % sahaja dari jumlah pinjaman mereka jika mereka membayar dalam tempoh tertentu contohnya bagi yang mahu menjelaskan awal sebaik sahaja tamat belajar, maka mereka hanya perlu membayar separuh sahaja. Separuh lagi ditanggung oleh kerajaan. Bagi meningkatkan kadar kutipan, maka agen-agen kutipan hendaklah dilantik disetiap daerah untuk mengenalpasti para peminjam dan membuat kutipan secara berkala dari peminjam.

1 comment:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.