SAHABAT BLOG

02 April 2011

POCO-POCO HARAM , DRAMA INDON JUGA PATUT HARAM


Terlengok sana, tergedik sini. Elok sangatlah tu kalau Poco-Poco ini diharamkan. Hukum asalnya adalah harus, tetapi jika ianya boleh mendatangkan sesuatu yang tidak elok, maka boleh jadi haram.

Poco-poco ni tarian dari Indonesia. Tarian ini sebenarnya disokong atau didokong oleh muziknya yang mengasyikkan ataupun rentak muziknya yang melalaikan. Kadang-kadang berlaku percampuran antara lelaki dan wanita menari bersama-sama. Oleh itu memang patut ianya  diharamkan. Muzik ni hukumnya harus, dengan syarat ianya tidak melalaikan dan tidak ada percampuran antara bukan muhrim.

Baguslah ianya dihukumkan haram, kerana jika dibiarkan, makin ramai yang akan menyertainya, hinggalah sampai masa anak-anak dan cucu-cucu kita terikut sekali. Aku memang meluat dengan tarian poco-poco ni, kerana ianya satu tarian luar yang diimport dan dipuja-puja oleh para pengemarnya sehingga ada ditubuhkan persatuan poco-poco sana, poco-poco sini. 

Begitu juga dengan drama-drama Indonesia yang tak habis-habis ditayangkan oleh TV tempatan. Patut diharamkan juga kerana ianya melalaikan juga. Aku percaya ramai para isteri-isteri termasuk isteri aku sekali yang tercongok depan TV bila pulang dari kerja (kalau isteri aku baca posting ni, boleh jadi mahu "perang" besar.).  Apa lagi menonton Drama Indonesialah.  Lepas satu-satu, drama. Tak habis-habis dan masuk bertahun-tahun pulak tu. Beratus-ratus siri. Nasib baik aku ni suami yang bertimbang rasa dan kadang-kadang ikut sekali menonton, he he he. Bawang Putih Bawang Merah, Benci Bilang Cinta, Kejora dan Bintang, banyak lagilah. 

Mana-mana yang hukumnya harus, jika ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada pembangunan ummah dan juga kerukunan rumahtangga hendaklah difatwakan haram je, walaupun tidak ada dalil Al Quran dan Hadis, lihat kepada maqasidnya. Kalau sesuatu itu boleh mencacatkan harta benda, nasab keturunan, agama, maka eloklah ianya diharamkan. 

Penggunaan handphone yang boleh bluetooh atau memuatkan gambar video lucah juga hendak dihukumkan haram jika penggunanya di kalangan kanak-kanak yang belum mumayyih ataupun belum cukup umur iaitu 18 tahun ke atas. maknanya anak-anak yang masih sekolah haram hukumnya menggunakan handphone yang canggih manggih ni. Orang tua boleh lah. Anak-anak sekarang ni, bukannya dengart cakap mak bapak. Tetapi kalau pemerintah kata haram dan buat peraturan, maka sekurang-kurangnya mak bapak boleh beri alasan untuk menghalang anak-anak mereka. Ini tidak, budak-budak sekolah rendah pun dah ada handphone yang canggih manggih. Kalau elok digunakan, tak apa le, tetapi kalau disalah gunakan, buruk padahnya.

Dalam menjaga kesucian Islam dan nasab keturunan Umat Muhammad, para pemerintah hendaklah tegas dan jangan takut kepada manusia kerana Insyaallah, Allah akan bantu. Pertolongan dan bantuan Allah itu maha luas dan tanpa disedari. Janganlah negara kita ini bakal dipimpin dna diwarisi oleh umat Muhammad yang rosak akhlaknya. Manusia ni mudah lalai dan mudah terpengaruh dengan hal-hal yang membawa kepada keseronokan. Oleh itu menjadi tanggungjawab pemerintahlah untuk membantu mereka ke jalan yang luruih.

Baca berita kat bawah ni, dan cuba peratikan para penarinya. walaupun bertudung dan menutup aurat, punggung dan dada mereka sudah pasti bergoyang sakan bila menari poco-poco. Hish..hish...seronok tengok ditambah pulak muzik yang mengasyikkan. Sesiapa yang pandai menari, pasti terasa nak joint sekali.



Majlis fatwa digesa kaji hukum haram poco-poco
Apr 1, 11 2:48pm
Kongsi 157
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Katanya oleh kerana isu tarian itu merupakan isu nasional, ia perlu dibincangkan di peringkat pusat supaya ia dapat diselaraskan di semua negeri.
"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini di peringkat muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.
Dalam kenyataannya, Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
NONEMohamad Shukri berkata, isu itu tidak berbangkit di Kelantan dan atas sebab itu pihak berkuasa majlis fatwa negeri tidak membincangkan perkara tersebut.
"Kita hanya membincangkan apa-apa isu yang berkaitan dalam negeri seperti isu ajaran sesat membabitkan 'Ayah Pin' kita membincangkannya di peringkat negeri kerana ia melibatkan penyebaran di negeri ini," katanya.
Jawatankuasa fatwa negeri hanya boleh menerima pakai apa-apa fatwa yang diputuskan di peringkat Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan jika membabitkan isu nasional untuk diselaraskan, katanya.
Sehubungan itu beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak membincangkan isu itu sehingga menimbulkan perselisihan pendapat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan.
"Ini kerana hanya akan menimbulkan perselisihan pendapat dan sekali gus boleh memecah-belahkan perpaduan semasa mereka," katanya.
Bernama

4 comments:

Anonymous said...

salam putrarahman - hmmmmm ..... bagaimana pula tarian 1Malaysia ala poco-poco juga yang baru ni diadakan besar-besar diDataran Merdeka ? Alasan2 yang digunakan bagi mengharamkan poco2, bisa saja diaplikasikan pada tarian 1Malaysia...... tak gitu ?

putrarahman said...

Terima kasih kerana menjenguk blog aku.

Macam aku cakap, hukum asalnya adalah harus kecuali ada dalil mengatakan ianya haram. Jika tidak ada dalil, aku fikir hendak dilihat kepada Maqasidnya. Tarian 1malaysia itu aku tidak fikir boleh merosakkan aqidah umat Islam, maka harus. Itu pandangan orang jahil macam aku ni.

Anonymous said...

sebab apalak tarian 1malaysia ala poco-poco di haruskan...

agaknya sebab 1malaysia kot. nanti bila diharamkan , maka ianya tak selari dengan kepimpinan negara. waduh...malang sekali gitu

Anonymous said...

jeles sangat la msia ini..