SAHABAT BLOG

06 March 2011

Sampai Bila Nak Tertipu?

Aku tidak boleh hipokrit. Jiwa aku memang tidak sejiwa dengan Harakah. Aku cuba untuk mencari kebenaran dan kebijaksanaan di dalam harakah, tetapi apa yang ku temui adalah kedangkalan dan kemengongan berita yang dilaporkan. Baru je selak atau buka, muka surat pertama dah tak boleh terima.


Kali ini aku cuba bukalah harakahdaily untuk cari berita yang boleh bermanafaat sikit. Namun bila buka sahaja, aku jumpa dengan kenyataan Naib Presiden PKR , N. Surendran. Terus sahaja mematikan mood aku untuk membaca berita-berita lain lagi.


Apakah berita yang mematikan mood aku itu. Sila lah tuan-puan baca di bawah ini. Apa tak mengongnya Naib Presiden ni. Dia tak tahu ke , Anwar Ibrahim ni dituduh semasa masih di dalam UMNO dan BN lagi. Hakim pun telah menulis di dalam penghakiman mereka bahawa Anwar Ibrahim ni terlibat dengan aktiviti homoseksual. Bahkan Karpal Singh pun percaya dan mempunyai bukti bahawa Anwar Ibrahim terlibat meliwat Azizan bahkan disebut di dalam dewan yang mulia lagi. Jadi kenapa Naib Presiden PKR ini masih hendak menyatakan bahawa Anwar Ibrahim ini difitnah oleh BN.


Kalau beginilah keadaannya, aku percaya sia-sia sahaja kita membicara Anwar  Ibrahim kerana jika di dapati bersalah pun masih ada lagi yang bangang dan mengoing tak mahu terima keputusan. Puak-puak nilah yang akan menyebabkan sistem undang-undang kita tidak dihargai dan dipandang rendah oleh negara luar (jika ada).


Aku tak mahu link, tetapi aku copy dan paste kenyataan Naib Presiden PKR yang tertipu ini yang dipetik dari sumber harakahdaily.net




KUALA LUMPUR, 6 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari kini adalah kerana beliau sedang berusaha untuk membuat perubahan asas dalam sistem pentadbiran negara ini, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Surendran yang juga seorang peguam dalam kenyataannya berkata, perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan BN dari kekuasaan.

Atas dasar itulah, katanya, Umno dan BN akan berusaha untuk menyekat usaha yang dibuat Anwar itu dengan pelbagai cara termasuk mendakwanya dengan pelbagai kes.

Bagi beliau, pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara," kata beliau dalam kenyataan itu.

Bagi Surendran, reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun.

Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka.

Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

"Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa taliti," tegas beliau.

Bagi Surendran, adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka.

Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau.

Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa.

Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.

Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim, katanya.

Rakyat pula, kata belkiau, cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang.

"Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji," tambahnya.

Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.

Bagi beliau, tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama.

"Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang," tambah beliau.

2 comments:

Anonymous said...

kalau dah tegar umno takkan nak setuju dgn harakah. moleh lah baca utusan malaysia dan tv3 yg suka menyebar bukan-bukan dan memecahkan kaum melayu...

putrarahman said...

Minta maaf saudara, saya bukan tegar UMNO dan saya tidak menyertai mana-mana parti. Kalau saudara labelkan sesiapa yang menolak harakah itu sebagai tegar UMNO, sebenarnya saudara silap kerana ramai yang tegar UMNO yang membaca Harakah.