SAHABAT BLOG

21 November 2011

Garuda kecundang termakan helah harimau.




Garuda terus menyerang dari atas. walaupun serangan Garuda begitu ganas dari segenap penjuru, tetapi harimau masih mampu untuk bertahan. Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, akhirnya Garuda pun menukar corak serangan. Kali ini garuda telah turun ke tanah untuk menyerang harimau. Inilah peluang harimau untuk membaham garuda. Akhirnya garuda berjaya dijinakkan dan dijadikan korban untuk keduri kesyukuran.

Malam ni, Dua kuasa Melayu terbesar akan berentap lagi di padang Bola. Siapa lagi kalau bukan Malaysia dan Indonesia. Walaupun kedua-duanya boleh dikatakan serumpun dan berbangsa Melayu, tetapi perangai dan tingkah laku jauh berbeza. Satu bersifat lemah lembut dan bertolak ansur dan satu lagi bersifat kasar dan mendesak. Nampaknya sampai bila pun bangsa melayu ni takkan bersatu. Nasib baik bangsa lain taklah dengki sangat dengan bangsa Melayu ni kecuali yang sekor dua.

Malam semalam aku tengok Indonesia lawan Vietnam dalam hujan yang sangat lebat. Kuyup para pemain. Kalau dilihat kepada corak permainan Indonesia, terus terang aku boleh katakan mereka ada peluang untuk mengalahkan Malaysia. Permainan mereka laju dan pantas. Aku percaya couch Ong Ke Swee tahu perkara ini dan sudah pasti dia mempunyai jawapan kepada perkara ini.

Aku yakin, corak Permainan malaysia akan lebih banyak menumpukan bahagian tengah dan pertahanan bagi tujuan menyerap serangan. Apabila Indonesia dah bosan dan mula menukar corak serangan, maka barulah Malaysia akan memulakan serangan secara secara berhati-hati. Aku percaya, Indonesia akan menyerang dari kedua-dua belah sayap kerana mereka memiliki pemain yang pantas di kedua-dua sayap.

Setelah  bertungkus lumus untuk memecahkan benteng malaysia, akhirnya Indonesia akan menggunakan taktik hantaran bola jauh ke kubu malaysia. Inilah yang diamalkan mereka semasa menentang malaysia dalam Piaka Suzuki dahulu.

Aku yakin, jika kita mampu bertahan dan tidfak mensia-sia peluang yang pastinya jarang menjelma, Malaysia mampu untuk menang dengan agregat 1-0.

Aku sebenarnya tak berapa sanggup untuk menonton perlawanan malam ni. Bukan bermakna tidak yakin kepada Malaysia, tetapi jujur aku cakapkan bahawa terlaku sukar untuk membendung Indonesia jika corak permainan yang diamalkan oleh Malaysia sebelum ini tidak diubah.

Pemain kena lebih rajin membuka ruang supaya mudah hantaran atau short passing dilakukan. Para pemain perlu bijak melarikan diri daripada kawalan pihak lawan. Barulah kawan mudah hendak membuat hantaran. Ini yang kita tidak ada. Pemain kita masih mengharapkan pemain lawan tidak mengawal mereka barulah mereka berani untuk meminta bola. Mana mungkin keadaaan begini akan berlaku. Oleh itu pemain perlulah bijak membura ruang dan melarikan diri dari kawalan.

Alamak, macam jurulatih pulaklah aku ini. Walauapa pun yang terjadi, aku bangga dengan Pasukan Harimau Malaya. Semenjak aku tidak melanggan 811, 812, 813 dan seterusnya, semakin tinggi tahap sokongan aku kepada pasukan Malaysia. Oleh itu, sokonglah pasukan negara dan jangan lagi melanggan Chanel 811, 812,813 dan  seterusnya. Cukuplah dengan 801 sahaja. Duit pun jimat.

No comments: