SAHABAT BLOG

07 March 2011

Tahniah BN dan Terima kasih PAS


Tahniah aku ucapkan kepada semua BN. Sebenar aku dah jangka bahawa BN akan menang dengan pertambahan majoriti. Sedari awal lagi, bila calon-calon BN diumumkan, dah boleh agak dah bahawa PAS akan tukar objektif dan matlamat mereka. Itu pasal mereka kemukakan calon yang lemah. 

Namun demikian, orang Kerdau dan Merlimau patut kena ucapkan terima kasih kepada PAS kerana berani menyahut cabaran. Sekurang-kurangnya, apabila ada pertandingan, banyaklah manafaat masuk ke Kerdau dan Merlimau. Meriah juga jadinya.

Orang PAS kata, BN gula-gula rakyat. Ini cerita lamalah yang dijaja setiap kali Pilihanraya. Dah tak laku dah. Lagi pun ini amalan biasa BN. Sebelum ni pun, semasa BN banyak kalah seperti di Kuala Terengganu, BN mengamal kaedah yang sama juga. Kalah juga. 

Hakikatnya, rakyat dah kembali sedar siapa yang sebenarnya pembela rakyat dan parti mana yang mampu untuk membawa keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat. Dulu,.... tahun 2008, rakyat cuma nak beri pengajaran sedikit kepada BN supaya jangan terlalu sombong sangat. Sekarang ni, bila BN dah sedar, mereka cepat-cepat membaiki kesilapan mereka dan hasilnya, rakyat dah kembali kepada BN. 

Aku cadangkan kepada PAS, kembalilah kepada asal, ataupun  orang putih cakap, " bock to the basic" dan jadilah pembangkang yang berkualiti dan bermotivasi. Kepada BN, inilah masa yang paling sesuai untuk PRU ke 13. 

BN menang kedua-dua kerusi

06/03/2011 8:34pm


MERLIMAU 6 Mac - Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.
Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.
Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.
- Utusan

2 comments:

Anonymous said...

pas,dap,keadilan - lawan - utusan,umno, mic, mca, gerakan, rtm, tv1,2,3,7,9,berita hairan, felda, duit felda, polis, spr, sprm, rosmah mansor, perkosa, rasuah, hadiah, semua kementerian, jpm, dan semuanya yg hak milik umno.... so... kalu prk ni susah lah pembangkang nak menang ditempat kampung-kampung ni. kalau dibandar besar kl, ipoh, jb...ada chance....

putrarahman said...

Terima kasih kerana menziarahi blog saya.

mengenai anggapan saudara, sebelum saudara beranggapan sedemikian, saudara kena lihat kenapa terdapat juga PRK yang dimenangi oleh PAS dan PKR. Adakah pada masa itu semua elemen yang saudara katakan itu tidak berfungsi dan memainkan peranan mereka.