SAHABAT BLOG

16 March 2011

Minta Maaf Bukan Bermakna Lemah


Ramai yang layok menjadi pemimpin, tetapi tak rama yang mampu untuk menjadi pemimpin yang hebat. Ngaku dan mintak maaf kalu buat silap adalah ciri-ciri atau tande-tande pemimpin hebat. Namun tak ramai di antara para pemimpin kita yang sanggup untuk memohon maaf jika mereka terbukti melakukan kesalahan. Ada yang takut untuk dibuktikan dan tidak sanggup untuk berhadapan dengan kebenaran. Hok lagu ni ke,  pemimpin yang kita mahu? 


Aku bukan nak tuduh atau kate kat sepe-sape, tetapi acap kali dah aku tengok para pemimpin parti  yang sanggup bermatian-matian mempertahankan hujah-hujah dema walaupun terbukti bahawa hujah mereka itu saloh dan silap. Kononnya, untuk menjaga kredebiliti  dan masing-masing  tidak mahu dianggap sebagai pemimpin yang lemah. 

Perkataan hok paling payah untuk kita dengar para pemimpin kita lafazkan adalah ucapan MAAF sedangkan ucapan itu amat disukai oleh Islam. Ramai pemimpin kita yang kononnya tinggi ilmu agamanya, serban tak lekang dari kepala,  yang mempunyai murid beribu-ribu tetapi bila melakukan kesilapan, tidak mahu untuk memohon maaf. Dema  sanggup menggunakan apa jua pertolongan termasuk Al Quran dan Hadis untuk membenarkan kesalahan dema. Tu pasal kita tengok pemimpin lagu ni umur yang panjang. Bukan ape sebab  Allah sayang dan mahu supaya dema sempat bertobat dan mintak maaf kat rakyat.

Aku tuliskan artikel ini kerana rasa terharu dengan kesanggupan Gabenor Tokyo memohon maaf kepada mangsa Tsunami Jepun kerana keikhlasan beliau meluahkan sesuatu yang aku anggap wajar diluahkan oleh beliau. Al Quran sendiri telah mencatatkan bahawa berbagai bencana diturunkan kepada hambaNya yang ingkar sebagai peringatan kepada manusia supaya tidak berbuat ingar. Mungkin juga Gabenor  Tokyo ni baca Al Quran dan faham. 

Aku cuma bersetuju dengan permohonan maaf gabenor ini sahaja manakala lain-lain tindakan dan keputusan yang dibuatnya tidak aku ketahui dan mungkin tidak aku bersetuju.

 

Gabenor Tokyo mohon maaf


TOKYO: Gabenor bandar raya ini, Shintaro Ishihara yang terkenal kerana sikap konsevatifnya semalam memohon maaf kerana menyifatkan gempa bumi dan tsunami sebagai ‘balasan tuhan.

“Ulasan saya mengenai bencana itu menghiris perasaan mangsa dan penduduk Tokyo.

“Saya memohon maaf,” kata Ishihara, 78 yang akan bertanding semula untuk mempertahankan jawatannya 10 April depan, pada satu sidang akhbar.

Kelmarin, gabenor itu berkata, rakyat Jepun semakin tamak dan kes penduduk negara itu yang mengambil wang pencen ibu bapa mereka dengan melengahkan laporan kepada pihak berkuasa mengenai kematian mereka.

“Adalah perlu untuk membersihkan jiwa yang tamak dengan tsunami,” kata Ishihara kepada wartawan Isnin lalu.

“Saya berpendapat ia adalah balasan tuhan.” Beliau menarik balik kenyataan itu ketika pihak berkuasa Jepun berusaha mengelak peleburan terhadap loji nukelar dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa daripada bencana Jumaat lalu.

Ishihara yang pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen, Jumaat lalu mengumumkan pencalonannya untuk penggal keempat sebagai gabenor Tokyo.

Beliau terkenal kerana pandangannya yang bersifat kebangsaan, termasuk menafikan kekejaman Jepun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, seperti Pemerkosaan Nanking. - AFP. Dipetik Harian Metro bertarikh 16/03/2011

3 comments:

Anonymous said...

Ramai pemimpin kita yang kononnya tinggi ilmu agamanya, serban tak lekang dari kepala, yang mempunyai murid beribu-ribu tetapi bila melakukan kesilapan, tidak mahu untuk memohon maaf. - jgnlah hanya fokus kpd golongan ahli agama shj. ini menampakkan sgt kita amat menyebelahi sebelah pihak yang lain. mayb ahli agama (terutamanya dari pihak pembangkang) tersebut minta maaf kpd manusia.. tetapi mungkin perbuatan minta maaf tersebut tidak mendapat liputan media khususnya media kerajaan. (utusan, dan rtm), justeru itu rakyat hanya melihat kepada satu pihak shj. pertanyaa..."adakah media utama negara berlaku adil kpd semua orang khususnya kpd mereka yg tak sealiran parti dgn kerajaan"...??

Anonymous said...

ada tak FLOM minta maaf kat rakyat malaysia??? Byk juga perkara yg beliau buat ...tp rakyat tak restu??

putrarahman said...

Terima kasih. Kesilapan orang awam tidak menimbulkan banyak kerosakan, tetapi kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin bakal mengundang kesusahan kepada rakyat jelata.

Pemimpin mempunyai ego mereka. Ego itulah yang menghalang mereka untuk dilihat lemah dan rendah dimata para pengikut mereka. Mereka rela untuk melihat para pengikut mereka jauh tersesat demi menjaga ego masing-masing. Amat payah bagi pemimpin untuk memohon maaf kepada pengikut mereka walaupun terang-terang mereka terbukti bersalah kerana mereka bukan maksum seperti Nabi S.A.W.