SAHABAT BLOG

15 March 2011

FITRAH HAWA MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN

Mungkinkah ada hubungkait antara kemiskinan dengan ahli politik wanita?

Rwanda sebuah Negara termiskin mempunyai keterlibatan wanita yang tinggi di dalam politik.
Aku tidak tahu apa kaitannya, tetapi mungkin juga keterbatasan dan juga ketelitian di dalam pembuatan keputusan menyebabkan para pemimpin politik wanita tidak mampu untuk memacu Negara supaya memiliki daya saing yang tinggi untuk bersaing dengan Negara lain yang kuasa politiknya banyak dipimpin oleh kaum lelaki. Memiliki daya saing yang tinggi amat penting untuk membangunkan Negara.

Aku tidak mahu ulas panjang, tetapi 2 berita yang dipetik daripada utusan online seperti di bawah ada hubungkait dengan cerita pendek aku kali ini.

Apa yang boleh aku simpulkan, dalam hal politik, kalau boleh elakkan kaum wanita diberikan tempat tanpa ada kawalan kerana bimbang. Aku tidaklah mengatakan bahawa  Rwanda miskin disebabkan keterlibatan terlalu ramai wanita di dalam politik, tetapi kita kena lihat kepada fitrah kelahiran Hawa adalah untuk membantu Adam mentadbirkan alam ini. Namun jika fitrah itu dilanggar dimana Kaum Hawa pula yang diangkat menjadi pemimpin manakala kaum Adam menjadi pembantu, aku bimbang sesuatu yang malang bakal menimpa negara kita. Itu sahaja.

Lelaki harus bantu perkasakan wanita - Shabery

KUALA LUMPUR 14 Mac - Perjuangan memperkasakan wanita tidak seharusnya diletakkan ke atas golongan itu semata-mata kerana ia merupakan antara perkara yang menjadi kayu ukur terhadap kemajuan sesebuah negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu perlu difahami di semua peringkat agar tidak ada pihak berasa canggung apabila dipimpin oleh wanita.

"Kemajuan sesebuah negara bukan hanya diukur dari pendapatan per kapitanya, tahap pendidikan atau berapa tinggi bangunan tetapi turut mengambil kira pembangunan wanita.

"Disebabkan itu, golongan lelaki juga harus membantu memperkasakan wanita. Walaupun kita lelaki, tetapi fikirkanlah nasib anak dan cucu perempuan kita jika mereka tidak diperkasakan lalu tertinggal jauh di belakang dalam pelbagai aspek," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Komanwel dan melancarkan Segmen Antarabangsa Hari Belia Negara di Plaza Sungei Wang di sini hari ini.

Sambutan yang berlangsung selama tiga hari itu disertai 31 peserta dari enam negara terdiri daripada Malaysia, Brunei, Bangladesh, India, Maldives dan Sri Lanka.

Mengulas kedudukan wanita di negara ini, beliau berkata, Malaysia bertuah kerana isu-isu berkaitan gender tidak timbul sejak dari awal.

"Ada negara maju yang hanya membenarkan wanita mengundi pada 1970-an. Ada pula yang membenarkan wanita mendapat gaji setara dengan lelaki hanya baru-baru ini.

"Tetapi semua itu tidak terjadi di Malaysia. Wanita dibenarkan mengundi sejak merdeka dan isu gaji juga tidak timbul. Malah, negara ini ada gabenor wanita yang menandatangani mata wang kita," katanya.

Terdahulu Ahmad Shabery dalam ucapannya menyeru belia negara ini agar turut serta dalam Himpunan Sejuta Belia pada 28 Mei ini yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Himpunan itu akan diadakan di Putrajaya dan mereka boleh terlibat dengan lebih 200 aktiviti disediakan. Para belia dari luar negara akan turut serta bersama kita nanti," katanya.

Malaysia di tangga ke-12 utamakan kaum wanita

BANGKOK 14 Mac - Malaysia merupakan negara ke-12 terbaik di kalangan negara anggota Komanwel daripada segi memberi layanan kepada kaum wanita.

Malaysia berkongsi kedudukan itu bersama Jamaica, St. Kitts dan Nevis, serta Namibia, berdasarkan satu kajian ke atas 54 negara anggota Komanwel.

Ia berdasarkan lapan penunjuk termasuk daripada segi harapan hidup, pelajaran, peluang pekerjaan dan kejayaan dalam sukan serta politik.

Laporan kajian itu bertajuk Because You're A Girl yang disediakan oleh Persatuan Diraja Komanwel dan Pelan UK, sempena Hari Komanwel menyatakan New Zealand berada di tempat pertama daripada segi memberi keutamaan kepada wanita.

Ia diikuti negara-negara Kepulauan Caribbean - Barbados, Trinidad dan Tobago, manakala Nigeria dan Sierra Leone berada di tempat tercorot.

Berdasarkan salinan laporan dari ibu pejabat rancangan Asia di Bangkok, India, negara anggota Komanwel yang mempunyai penduduk paling tinggi, berada di tempat ke-41, sementara Pakistan di tempat ke-45.

Rumusan daripada kajian tersebut menunjukkan keinginan politik merupakan keutamaan dalam kesamaan jantina dan bukan kekayaan ekonomi.

Rwanda yang merupakan sebuah negara termiskin berada di tempat pertama daripada segi penglibatan wanita dalam politik, sementara negara Komanwel terkaya, Brunei, berada di tangga ke-23.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pelan UK, Maria Staunton berkata, laporan itu sebagai mesej kepada semua negara Komanwel bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan. - dpa

Rwandan Women Secure 56% of Parliamentary Seats in Historic Election Result

Date: 22 September 2008

Kigali — Women contesting in Rwanda’s second parliamentary elections since the 1994 Genocide, held on 15–18 September 2008, have secured 45 out of 80 seats, or 56.25 percent, making the incoming Parliament the first in the world to have women in the majority.

The Constitution of Rwanda provides for a 30-percent minimum quota for women in Parliament, or 24 seats. In the run-up to the election, gender advocates called on parties not only to have equal representation of women and men in their party lists, but also to position women close to the top to ensure the presence of women representatives. The ruling party, the Rwanda Patriotic Front, placed a woman at the head of its list, and of the 42 seats it won, 17 went to women. Of the further 3 seats won by women in the general election, 2 went to the Social Democratic Party, and 1 to the Liberal Party.

Rujukan



5 comments:

Anonymous said...

malaysia dah ok dah . kita sudah ada 1st lady 1malaysia (FLOM)... semua bolehh...

putrarahman said...

Inilah masalahnya. Seorang suami yang hebat tidak memerlukan bantuan isterinya membuat keputusan penting untuk menguruskan rumahtangga. Cukuplah isteri menjadi surirumahtangga dan menguruskan keperluan suami dan anak-anak.

Seorang Pemimpin yang hebat tidak perlukan isterinya turut membantu menguruskan negara. Cukuplah isteri mmembantu di dalam menjaga hubungan baik antara isteri-isteri pemimpin yang lain.

Anonymous said...

setuju.... jgn lebih sudu dari kuah... pak2 menteri lain pun tak se bz flom ni kuar statement on be half kerajaan...

nak ppopular pun biarlah bertempat...

Anonymous said...

Aku diarahkan oleh pihak sekolah agar menghadiri perhimpunan gelombang merah pada hari ahad ini 20 hb mac di sk sri aman, pasir puteh, kelantan. Siap kena pakai baju warna merah lagi.Ini bukan kali pertama guru kat sekolah aku dipaksa menghadiri program umngok ni, dh banyak kali dah. Kalau tak pergi biasanya tindakan akan diambil. Celaka sungguh.... Kat sini sajalah tempat aku nak mengadu..

putrarahman said...

Seorang kakitangan awam tidak boleh diarahkan atau dipaksa untuk menghadiri sesuatu acara yang dianjur oleh mana-mana parti politik. Kalau tidak mahu, bagi tahu dan tidak ada tindakan yang boleh diambil kepada mereka.

Tetapi jangan berpilih pulak, kalau parti yang kita sokong, tak payah suruh kita akan pergi tanpa bersungut. Inilah sikap tidak adil kakitangan awam.