SAHABAT BLOG

14 March 2011

Episod Liwat - Siapa Yang Bakal Tewas?

Seluruh Dunia dah tahu siapa lelaki Y itu setelah DNA pada tuala Good Morning, Berus Gigi dan Botol Air Mineral dikatakan sepadan dengan lelaki Y.  Pemimpin Besar DAP dan Pemimpin Besar PAS mungkin dah lama tahu. Para pengikut mereka sahaja yang masih keliru. Bagi mereka,  tak jadi masalah kalau pemimpin itu homoseksual, kena tangkap khalwat ke, dituduh berzina atau apa sahaja masalah kerana yang penting pemimpin itu mampu untuk menumbangkan UMNO.

Esok Si Karpal akan berhujah. Malam ni sudah tentu mereka pening kepala dan pecah otak untuk memikirkan bagaimana nak pusing. Kalau hakim tak membenarkan permohonan pihak pendakwaraya, aku cadangkan hakim gugurkan sahaja kes ini. Buang masa mahkamah sahaja dan buat penat rakyat sahaja hendak tahu kebenaran. Ramai rakyat yang hendak tahu hal sebenarnya. Macam kes Teoh Beng Hock jugak. Adakah betul Anwar Ibrahim meliwat Saifol ataupun Saifol membuat dakwaan palsu. Macamana nak tahu jika sekiranya orang yang kena tuduh tidak mahu memberikan DNA beliau untuk dibuat perbandingan dengan yang dijumpai di dalam Dubor Saifol.

Kalau buang kes pun, seluruh dunia dah tahu siapa yang meliwat Saifol. Kalau buang Kes, bukan Saifol sahaja yang tewas, tetapi seluruh sistem perundangan dan kehakiman kita akan dikatakan tewas kepada Anwar Ibrahim. Mungkinkah seluruh dunia akan mentertawakan sistem kehakiman dan perundangan negara kita? Mungkin sudah ramai dikalangan penjenayah antarabangsa yang sudah berkira-kira untuk melakukan jenayah di negara kita disebabkan kelonggaran di dalam pendakwaan yang membolehkan mereka boleh dibebaskan apabila dituduh di mahkamah. Mungkinkah kebanjiran penjenayah dadah antarabangsa yang menjadikan negara kita sebagai pusat transit pengedaran dadah disebabkan kelonggaran didalam sistem perundangan dan kehakiman negara kita ini.

Memang betul polis kita cekap dan terbaik, tetapi kecekapan mereka adalah sia-sia bilamana bukti-bukti yang mereka kemukakan bakal dinafikan oleh mahkamah.

Berbalik kepada kes Liwat Anwar Ibrahim, merujuk kepada, pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, mahkamah boleh menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Anwar sekiranya beliau enggan memberi kerjasama selepas mahkamah mengarahkan beliau berbuat demikian. Seterusnya beliau menambah "Sistem perundangan harus dihormati dan dipertahankan. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Anwar harus menghormati proses berkenaan dan menjawab persoalan masyarakat sama ada beliau benar-benar mahu menegakkan keadilan,". Untuk membaca lanjut sila klik di Sini.





9 comments:

Anonymous said...

kalau mcm tu... elok juga pm kita kasi dna dia utk tujuan menafikan kes alhantunya... dan pak raih yatim bagi dna utk menafikan kes nya dgn robengah...

takkan pemimpin umno sekadar menafikan tanpa ada siasatan. report polis telah dibuat,... tapi polis tak siasat berpandukan atas "kenyataan akhbar" pemimpin umno tersebut.

nampaknya lagi senang org malaysia ke...org luar kee..nak buat jahat kat malaysia ni klu kita ikut cara pemimpin umno ni...
polis hanya akan siasat berpaksikan "akuan" tersebut.

inilah kekebalan pemimpin umno yang dilindungi dari daripada siasatan polis. sungguh hebat undang-undang malaysia. melindungi pemimpin mereka (umno) shj.

putrarahman said...

Terima kasih. Namun nak tanya, ada ke pemimpin UMNO yang kena dakwa dan di dapati bersalah?

Jawapannya ada dan ramai. Khir Toyo punya kes masih di mahmamah.

Najib dah bersumpah laknat bahawa dia tidak kenal Altantuya. Manusia boleh tertipu, tetapi Allah S.W.T tidak sekali-kali boleh ditipu. Di hadapan manusia kita boleh menipu, tetapi sanggup ke kita menipu di hadapan Allah.

Pasal tak sanggup dan berani menipu di hadapan Allah, maka Anwar tidak sanggup untuk bersumpah laknat.

Anonymous said...

baiklah...klu buat sumpah terlepas dari siasatan. adakah seorang penjenayah akan terlepas dari siasatan sekiranya dia buat sumpah laknat spt najib buat??? klu tak kena siasatan...sudah bagus sistem undang2 kat malaysia ini. ada klausa spt itu.

dengan erti kata lain seseorng itu terlepas dari siasatan apabila hanya dengan bersumpah laknat. bab menipu Allah bab hukum akhirat.

putrarahman said...

Bersumpah tidak terlepas daripada siasatan dan juga dakwaan. Namun sekurang-kurang dengan bersumpah itu secara tidak langsung telah menjadi satu kekuatan untuk kita membuat penafian terhadap sesuatu fitnah yang dilemparkan kepada kita. Bersumpah ini tidak menganggu perjalanan mahkamah ataupun menghina mahkamah kerana sumpah laknat tidak dijadikan bahan bukti di dalam mahkamah.

Siasatan dilakukan oleh pihak Polis manakala dakwaan dilakukan oleh pihak pejabat peguam negara. mereka tidak mengambil kira sumpah laknat yang dilakukan didalam pengumpulan bukti dan juga pendakwaan.

Mahkamah boleh sahaja melakukan kesilapan samada menghukum orang yang benar dan membebaskan orang salah. Namun Allah tidak akan melakukan kesilapan dalam menghukum dan membebaskan hamba-hambanya yang melakukan sumpah laknat yang palsu.

Bersumpah laknat bermaksud bercakap benar dihadapan Allah secara langsung dan tidak melalui perantara. Allah Maha Agung, dan Dia Maha mengetahui samada hambaNya melakukan sumpah palsu ataupun benar.

Anonymous said...

Semua org islam percaya yang allah maha mengetahui... itu tak boleh dinafikan.

yang menjadi persoalan ni... report polis dah buat... tapi kenapa tiada siasatan dilakukan pd najib dan rais. adakah semua org yg buat pengakuan sumpah @ kenyataan akbar boleh terlepas dari siasatan polis???.... mcm najib dan rais yatim

putrarahman said...

Persoalan yang aku tidak tahu, adakah semua report polis itu memerlukan siasatan?

Adakah polis perlu menghebohkan kepada semua orang awam samada mereka menyiasat ataupun bagaimana cara mereka menyiasat?

Dalam kes Altantuya, bukankah sudah ada pesalah yang dihukum, dan sepanjang perbicaraan berlangsung, tidak pernah walau sekali suspek mengaitkan nama Najib dan Rosmah dalam kes Altantuya.

Secara peribadi aku melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah masalah terbesar politik tanahair. Beliau bakal dikenang sebagai seorang ahli politik yang berpotensi dan bercita-cita tinggi tetapi tewas dengan masalah moral.

Anonymous said...

itulah keajaiban undang-undang malaysia dan pihak kdn/kastam. alhantunya masuk dan keluar dari malaysia tak ada rekod... hebat betul sistem komputer malaysia. ada hubungkait rapat dgn undang2 malaysia. no record...nothing to do.

kalau pasal anwar berahim... fuhhh... bukan takat mahkamah jer perlu dna...umno pun nak juga... perkosa pun nak juga... gaps pun nak juga. rakyat malysia tak bosan...tp yg bosannya rakyat umno dan sama waktu dgnnya.

alhantunya- yg kena hukum adalah orang yg membunuhnya... tp siapakah yang mengarahkannya.... rakyat malaysia tak sebodoh spt yg disangka. 2 org polis tu hanya upahan. mereka hanya menjalankan tugas. mayb diupah.....oleh siapa????

biarlah masa menentukan dan rakyat tak sebodoh yg disangka oleh pemerintah.

putrarahman said...

Kita tidak boleh hidup dengan keadaan sentiasa menyimpan prasangka buruk kepada orang lain, kerana Islam melarang perbuatan tersebut.

Apabila kita melanggar perintah Allah, maka sudah tentu syaitan akan sentiasa menemani kita dan sentiasa menunggu masa untuk menyesatkan kita.

Dalam kes Al Tantuya, ramai rakyat malaysia yang hidup di dalam prasangka yang buruk terhadap Najib sedangkan sedarkan mereka bahawa Najib telah mengadu dan memohon Allah melaknat beliau jika beliau menipu dan bersumpah palsu. Laknat Allah S.W.T. tidak akan bertangguh lama jika sekiranya benar Najib menipu Dia. Tambahan pula Najib adalah seorang pemimpin yang menjadi pemimpin bagi hamba-hambaNya yang solleh dan beriman.

Dalam kes Anwar, lain. Pertamanya belia tidak sanggup untuk bersumpah laknat. Ini boleh membawa maksud bahawa beliau tidak sanggup untuk menipu Allah dan menerima balasan dari Allah. Keduanya, DNA beliau diperlukan untuk dibandingkan dengan DNA yang dijumpai di dalam Dubor Saifol. Rakyat mendesak supaya kes ini selesai. Kalau DNA dia tidak sepadan, rakyat akan menerimanya dengans enang hati. Itu sahaja. Dah lama dah. Dua tahun dan kabih dari 50 kali tangguh. Rakyat dah bosan. Jika tidak selesai, ada yang akan menjadi mangsa dan teranaiya.

Anonymous said...

adakah DNA kes liwat fasa 1 tu tak relevan lagi utk kes ini. Adakah DNA berupah setiap tahun?

Kenapa DNA yang lain tak diminta oleh rakyat (UMNO). Kan ada 3 DNA yang berlainan di dubur sepol. Mana yang 2 lagi... adakah sepol tak tahu 2 DNA lagi tu hak siapa???