SAHABAT BLOG

21 May 2010

Berderau Darah Aku

Petang semalam, aku pulang menaiki Putra LRT dan Rapid. Seingat aku dah hampir setahun aku tidak naik LRT untuk pergi kerja. Masa mula-mula sampai ke Kuala Lumpur pada 2007, aku pergi kerja naik LRT. Masa tu tak berani lagi tunggang motor ke tempat kerja. Setelah hampir 3 bulan ulang alik dengan LRT, aku beranikan diri untuk menunggang motor ke tempat kerja. Masa mula-mula menunggang motor tu, aku masih teragak-agak danpenungang kat belakang asyik kasi hon je, tetapi aku buat tak peduli sahaja. Lama kelamaan aku makin mahir tetapi masioh berhati-hati bimbang ada pemandu mabuk yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Sepanjang pengalaman menunggang motor ke tempat kerja, beberapa kali aku melihat accident berlaku. Ada juga penunggang yang begitu berani menunggag dengan kemahiran yang cukup tinggi. Namun yang paling aku cemas bila ada suami isteri yang menunggang motor dengan secara kurang berhati-hati. Aku heran juga dengan aksi mereka, tak ingat anak-anak di rumah.

Berbalik kepada cerita aku naik LRT pada petang semalam. Aku naik kira-kira pukul 7.30 malam. Penumpang dah semakin kurang. Oleh kerana penumpang dah semakin susut, maka dapatlah aku duduk. Di sebelah kiri aku ada seorang pemuda. Sekali pandang aku nampak wajahnya seperti pemuda Melayu, berkulit kuning langsat dan memakai seluar pendek paras lutut. Aku tak ambil pedulilah samada dia melayu ataupun bangsa lain. Di sebelah kanan aku pula duduk seorang pemuda India, maksud aku macam India . Berhadapan aku duduk e orang anak dara (masih dara ke?) cina sedang bersembang sesama sendiri ( bukan semuanya, hanya dua orang je yang bersembang). Aku tidak mempedulikan siapa mereka dan siapa di kiri kanan aku. Aku lihat orang lain pun ambil sikap tidak ambil pusing siapa di sebelah menyebelah mereka.

Dari Ampang Park aku singgah di Masjid Jamek. Laju betul train bergerak. Ungkin pasal ringan kot. Aku dengar bunyi menjerit bilamana train mengambil selekoh. Kesian juga pada train sampai menjerit bunyinya. Aku pasti ‘dia’ pun penat juga. Dalam hati aku cakap, kalau train ni merajuk dan berhenti di tengah-tengah trowong, macamanlah kami nak keluar. Belum lagi aku jumpa jawapannya, ada suara lelaki yang memberi tahu aku dan penumpang lain “ stesen berikutnya, Masjid Jamek”. Nasib baik ada suara itu, kalau tidak aku percaya ramai penumpang yang akan terlepas stesen kerana tertidur. Dah malam, pastilah letih. Lupa nak cakap, tambang dari Ampang Park ialah RM1.60 sahaja. Tak tahulah murah atau mahal, tetapi kalaulah aku ditawarkan RM50.00 untuk berjalan kaki dari Ampang Park ke Masjid Jamek, berfikir 100 kali juga. Jauh tu.

Sampai di stesen Masjid Jamek ( Tak nampak pun masjidnya) aku pun terus berkejar-kejar ke tempat jual tiket STAR LRT pula untuk beli tiket ke Bandar Tasik Selatan. Semasa aku beratur untuk beli tiket, di hadapan berdiri dua orang anak muda/i (sorang lelaki dan sorang perempuan) yang sedang bercakap menggunakan bahasa isyarat. “Bisu agaknya” kata hati kecil ku. Namun demikian mereka memegang telefon bimbit. Terfikir juga oleh aku macamana mereka menggunakannya. Apabila sampai di kaunter, pemuda tersebut menunjukkan telefon bimbitnya kepada penjual tiket untuk memberitahu destinasi yang hendak dituju. Aku pun mendapat jawapannya kenapa mereka mengguna telefon bimbit, mereka hanya menggunakan Perkhidmatan SMS sahaja untuk berhubung antara satu sama lain dan juga untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Tiket dari Masjid Jamek ke Bandar Tasik Selatan ialah RM1.70. Jadi kos perjalanan aku dari Ampang Park ke Bandar Tasik Selatan ialah RM3.30 dan kalau ulang alik jumlah keseluruhannya ialah RM6.60. Kalau menggunakan motor, RM6.60 boleh isi minyak selama 4 hari. Jimat memang jimat tetapi risikonya tinggi. Penjimatan wang ringgit dan masa menjadi salah satu sebab aku menggunakan motorsikal untuk berulang alik ke tempat kerja.

Dalam train, aku masih ada rezeki kerana mendapat tempat duduk. Aku duduk disebelah seorang “Minah Salleh” yang cun. Rupanya ada iras-iras Britney Spears kalau sekali pandang, dan kalau ditenung lama-lama macam Ruminah Sidek Jangan Pandang Belakang. Melayu tapi macam orang Putih. Gadis ni (agaknya) seksi habis. Baju yang dipakainya menampakkan pangkal “gunung”nya. Menyirap darah aku kerana fenomena yang tidak disangka-sangka itu. Aku sebenarnya terpandang je, buka sengaja nak pandang pun ( orang mana tahu dalam hati aku cakap apa) . Aku lihat gadis tu buat muka selamba je bila dia prasan aku memandang ‘gunung’nya. Sampai di stesen Chow Sow Lin, naik seorang perempuan mengandung. Aku pun bangun untuk memberi laluan kepada perempuan “yang terkena buatan orang” itu duduk. Aku pun berdiri betul-betul berhadapan dengan “minah Salleh” yang mempamerkan pangkal ‘gunung’nya itu. Aku pura-pura alim dengan memandang ke lain sedangkan dalam hati aku ‘ geram’ juga nak tengok.

Kira-kira jam 8.30 malam, aku sampai di Stesen Bandar Tasik Selatan. Sebelum aku turun dari, sempat juga aku menjeling kepada “minah Salleh” dan kebetulan pula diketika yang sama juga dia memandang pada aku dengan tersenyum. Berderau darah aku apabila menerima senyuman sedimikian, nasib baik aku dah nak turun, kalau tidak ……tak tahu apa aku nak buat sebab aku dah turun.

Sampai di Stesen, isteri aku dah pun menunggu dengan anak bongsu aku. Isteri aku cadangkan supaya kami pergi ke Pasar Malam di Bandar Tun Razak. “tak masak ke” aku tanya. Macam biasa, ieteri aku akan mengemukakan alasanya yang sebenarnya munasabah tetapi aku je yang kadang-kadang yang menilai alasan dia itu tidak munassabah. Sambil itu aku berkata ( dalam hati je) “ Hai! melayang lagi le duit aku. Busuk-busuk RM30.00 dalam tangan”. Kalau bini aku tahu aku bersungut sedemikian, mahu dileternya aku. Ayat yang biasa dia gunakan ialah “ nak belanja anak bini makan pun berkira” ataupun dia akan kata “ kalau sayang duit. Tak payah makan, kita balik rumah je” Aku tahu kalau dia kata macam tu, alamatnya tak makan nasilah aku anak beranak malam tu. Jadi aku pun diam je sambil memangku anak kecil aku.

Memang benar, malam tu aku habis hampir RM30.00. Namun aku tak kisah kerana duit aku di dalam bank masih ada lagi. Duit bonus itu hari masih ada sikit lagi selepas tolak hutang sana sini. Yang penting anak bini aku seronok dan tidak ada rajuk merajuk dan sebagainya. Aku pun boleh makan Nasi Kerabu lauk ikan goreng tepung. Namun bila isteri aku minta belikan durian kepada anak lelaki aku, aku cakap tak payahlah , lain kali. Lagi pun dia makan ubat. Padahal aku telah menamam dalam diri aku bahawa durian adalah makanan mewah dan hanya untuk mereka yang berhajat sahaja. Lagi pun Minggu sebelumnya aku dah beli. Bila tak jadi beli, kami pun balik ke rumah, makan nasi kerabu dan tidur. Aku bercadang nak kemas kini blog, tetapi letih dan jeng..jeng..jeng… tak jadi pula.

No comments: