SAHABAT BLOG

23 May 2010

AF 8


Malam tadi, aku tak kemana-mana. Mula jam 9.00 malam, aku dah tercongok di depan TV Plasma Samsung 32 inci yang dibeli oleh isteri aku secara hutang di Hap Seng. Kalau ikut aku, taklah aku belinya. Bukan sayang duit tetapi aku rasa tak berapa perlu. Tetapi, yang peliknya, aku adalah pengguna utamanya.

Lagipun aku bukan seorang pengikut teknologi, tetapi bukan anti teknologi. Tekbologi ni bagi aku lebih kepada perniagaan dan bukannya penyelesaian masalah manusia. Kebanyakkan mereka memajukan teknologi yang kurang berfaedah kepada manusia manakala bidang-bidang yang amat memerlukan teknologi, dalam bidang pertanian misalnya masih banyak yang belum dicipta untuk membantu mengatasi masalah kekurangan makanan di Negara-negara miskin. Banyak lagi masalah manusia yang patut mereka selesaikan dan bukannya memerah otak bagaimana nak majukan teknologi bagi mengatasi pesaing dalam perniagaan.

Berbalik cerita aku tercongok di depan TV, bukan sebab lain, cuma nak tengok pertandingan akhir Akademi Fantasia ke 8. Aku bukannya pengikut setia, namun bila pertandingan akhir, aku teruja juga nak tengok. Taklah hebat mana pun jika dibandingkan dengan pertandingan akhir bintang AF 1 – 4. Aku pesan kepada anak lelaki aku supaya jangan kacau sehingalah habis siaran kira-kira jam 11.00 malam.

Tahniah aku nak ucapkan kepada pemilik nama Ahmad Shahir Zawawi atai Shahir kerana berjaya dipilih oleh para peminat beliau untuk menjadi juara Akademi Fantasia ke 8. Aku jarang-jarang tengok, tetapi aku dah agak dari dulu lagi ataupun pilihan peribadi aku bahawa budak Shahir atau Minah Sabah Si Adira yang bakal menjadi juara. Kedua-dua mereka aku dapati mempunyai suara yang lain dari yang lain. Mungkin juga Shahir dikeluarkan sebagai satu strategi untuk memastikan beliau menjadi juara kerana saingan yang cukup kuat daripada Adira.

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kepada Shahir dan Adira kerana menang dan memang mereka layak kerana kedua-dua mereka berada dalam kelas tersendiri berbanding para pelajar lain. Aku harapkan kedua-duanya akan lebih berjaya berbanding juara-juara yang terdahulu kecuali si Mawi. Namun aku menjangkakan bahawa Adira akan mendapat liputan atau pun layanan yang seimbang dengan Shahir daripada peminat kerana kedua-duanya mempunyai kelompok peminat yang berlainan. Kalau sesiapa perasan, suara Shahir ada iras-iras suara Ibnor Rizal. Semoga Shahir boleh menjadi penganti kepada suara jantan Jamal Abdillah

No comments: