SAHABAT BLOG

01 March 2010

Bangunkan Keupayaan Tempatan

Di dalam mengurus dan mentadbir sesebuah Negara, saya realistik dan berfikiran terbuka bahawa mungkin kaum lain lebih berjaya berbanding kaum Melayu .Namun demikian di dalam konteks, sebuah Negara asalnya sebuah Tanah Melayu dan dihuni hampir ¾ oleh orang Melayu, maka semua kaum hendaklah menerima hakikat bahawa pembentukan dasar-dasar negara hendaklah mengambilkira kepentingan dan juga kedudukan bangsa Melayu mereka yang paling terkesan kepada sesuatu dasar negara ialah kaum Melayu. Bagi tujuan, ini, tidak ada bangsa dan kaum yang lebih memahami orang Melayu selain orang Melayu sendiri. Sehubungan itu, walaupun sebijak dan seburuk mana kaedah dan cara pemerintahan yang diamalkan oleh pemimpin Melayu, kaum-kaum lain hendaklah menerima dan menyesuaikan diri

Di dalam bidang perniagaan, pengguna terbesar adalah orang Melayu tetapi ramai dikalangan para peniaga yang tidak dapat mejalankan perniagaan mereka dengan mengambilkira komposisi kaum ini. Mereka seolah-olah lupa bahawa setiap produk dan Perkhidmatan mereka digunakan oleh sebahagian besarnyua oleh orang Melayu. Oleh yang demikian, sepatutnya sesuatu produk yang dihasilkan hendaklah mengambil kira kehendak dan keperluan orang Melayu. Sebagai pengguna terbesar produk dan Perkhidmatan di Negara ini, orang Melayu hendaklah memastikan setiap produk dan Perkhidmatan yang dikeluarkan hendaklah mengambil kira status ini.

Saya bukan seorang yang ahli dalam bidang ekonomi dan saya cukup respect pada OJ yang boleh menghuraikan dengan berkesan pasal ekonomi, tetapi saya masih berkeyakinan penuh bahawa kerajaan tidak boleh terlalu bergantung kepada FDI untuk mencapai taraf sebuah Negara maju. Jika kita maju disebabkan pelabur asing, maka asas kemajuan kita tidak kukuh. Kerajaan sentiasa berada keadaan tertekan untuk mengekalkan FDI. Sebagai sebuah Negara yang semakin menghampiri Negara maju dan saya percaya telah banyak teknologi dan kemahiran yang telah diserap hasil daripada FDI. Saya percaya bahawa pelabur tempatan sudah mampu untuk mengambil alih bidang-bidang pelaburan yang selama ini dikuasai oleh pelabur luar. Apa yang penting adalah sokongan pihak institusi Kewangan dan juga kerajaan untuk membantu para pelabur tempatan. Apa yang saya faham, para pelabura asing datang ke Negara kita dengan membawa masuk modal. Contohnya seorang pelabur asing iaitu A datang untuk melabur. A meminta pelbagai insentif untuk melabur dan kerajaan memberi pelbagai insentif seperti pelepasan cukai dan sebagainya dalam tempoh tertentu. Apabila tempoh dah sampai, si A akan bertindak menarik balik pelaburan dia dengan pelbagai alasan. Apa yang perlu dibuat ialah gantikan sahaja A itu dengan B iaitu pelabur tempatan bagi membuat pelaburan dalam bidang yang sama. Jadi apa perlu kita bergantung lagi kepada pelabur asing jika pelabur tempatan juga boleh melakukannya. Bagi bidang-bidang yang memang kita tidak ada kepakaran dan teknologi, kita hanya perlu import pakar dan teknologi sahaja dengan pelbagai insentif yang kerajaan boleh berikan.

Berkenaan dasar 30% bumiputera yang diwujudkan oleh kerajaan, kita hendaklah memandang dari sudut positif kenapa dasar itu diwujudkan. Pelabur luar hanya menjadikan ianya alasan untuk tidak melabur sedangkan hakikatnya mereka inginkan kebebasan sepenuhnya tanpa campurtangan kerajaan. Lama kelamaan, bukan sahaja FDI yang masuk tetapi sebahagian besar syarikat-syarikat tampatan diambil alih oleh pelabur luar. Inilah tujuan mereka iaitu untuk menjajah kembali Negara kita secara moden.

No comments: