SAHABAT BLOG

19 February 2010

Menteri Tidur ataupun Tak Cakna

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, Hishamuddin iaitu Menteri Dalam Negeri terkejut kerana ramai warga asing yang memenuhi tempat-tempat strategik di Ibu Kota. Persoalannya, takkan beliau tak tahu perkara ini bukanlah suatu fenomena luar biasa setiap kali sambutan perayaan besar seperti Hari Raya Puasa ataupun Tahun Baru Cina. Mungkin agaknya beliau tidak pernah berjalan-jalan di Ibu Kota setiap kali musim perayaan ataupun beliau tidak pernah ambil peduli akan hal ehwal semasa yang sedang berlaku di dalam Negara.

Macam, biasa, apabila ada sahaja isu, maka adalah cadangan yang dikemukakan. Namun demikian, ada pula Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa warganegara asing itu sebenarnya adalah mereka yang sah taraf. Walaupun betul, tetapi persoalannya kenapa begitu ramai hinggakan warganegara sendiri pun takut untuk bersiar-siar atau membeli belah dikawasan yang ramai warga asing itu. Aku tak hairan kenapa begitu ramai warga asing yang bekerja secara sah ataupun tidak sah di Negara kita ini. Semuanya ini berpunca daripada sikap majikan Cina terutamanya yang ingin mencari untung dan tidak ada semangat patriotik langsung. Betulkah warganegara kita tidak sanggup untuk bekerja ditempat-tempat ataupun sektor-sektor yang dikuasai oleh warganegara asing seperti sektor perladangan, sektor pembinaan, perindustrian dan sebagainya. Aku percaya kalau kena dengan layanan dan imbuhannya perkara ini tidak berlaku. Ini semua hanyalah alasan para majikan untuk mengaji warganegara asing disebabkan mereka senang untuk mengekploitasi warga asing sedangkan kepada warganegara tempatan mereka terikat dengan undang dan sebagainya. Sebagaimana kita ketahui, pekerja-pekerja bawahan ataupun pekerja tahap kuli ini kebanyakkannya berbangsa melayu, maka para majikan disektor swasta yang kebanyakkannya berbangsa cina tidak mahu mengambil orang melayu bekerja kerana pada anggapan mereka bangsa melayu ini adalah satu bangsa yang malas. Saya membuat kenyataan ini berdasarkan komen-komen yang diberikan oleh para bloger di dalam blog-blog yang pro-kerajaan. Mereka menyatakan pekerja melayu adalah pekerja yang malas dan suka ponteng kerja samada MC ataupun tak datang kerja. Alasan-alasan ini menyebabkan mereka lebih suka mengajikan warga asing berbanding warga tempatan.

Sebagaimana pernah aku cadangkan dulu dan aku percaya perkara ini ada dalam peraturan kerajaan. Setiap majikan hendaklah dikenakan kuota ataupun nisbah antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Nisbah kuota ini hendaklah memihak kepada pekerja tempatan. Gaji pula hendaklah dibezakan antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Pekerja tempatan hendaklah dibayar gaji lebih tinggi berbanding pekerja asing. Nisbah kuotanya pula hendaklah dalam nisbah yang munasabah seperti contoh 3:1 ataupun 4:2. Bermakna setiap 3 orang pekerja tempatan, majikan boleh mengaji 1 orang pekerja asing. Bagi para majikan yang ingkar, maka suatu tindakan tegas hendaklah diambil seperti mengenakan denda yang tinggi dan sebagainya. Selagi mereka tidak memenuhi kehendak kuota tersebut, selagi itu mereka akan dikenakan penalti dan penaltinya boleh mencapai sehingga digantung lessen perniagaan dan sebagainya. Apabila kerajaan telah mengenakan nisbah kuota sebegini dan perbezaan pembayaran gaji, maka nasib penduduk tempatan lebih terbela manakala kebajiran pekerja asing samada sah ataupun tidak sah dapat dikurangkan.

Namun demikian sebagaimana lazimnya, walau sebanyakmana peraturan dan undang-undang diadakan, sudah pasti ada pihak yang akan melanggarnya dan kerajaan pula terlalu lembab untuk mengambil tindakan melalui penguatkuasaan dan hukuman. Kerajaan hendaklah meningkatkan usaha mengesan mana-mana rakyat yang melangar peraturan. Di samping itu juga hukuman hendaklah dijalankan dalam masa yang terdekat. Selama ini kita dapati telah banyak peraturan yang kerajaan adakan, tetapi masih banyak berlaku kejadian melanggar peraturan yang ketara. Kelemahan kerajaan adalah dari segi penguatkuasaan peraturan. Memang mudah membuat peraturan-peraturan ataupun undang-undang baru, tetapi bagaimana nak memastikan rakyat mematuhi peraturan dan memastikan penguatkuasaannya adalah ditahap maksimum. Inilah masalah yang saya fikir cukup sesuai bagi kerajaan untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap penguatkuasaan. Bukannya melaungkan pelbagai slogan di sana sini, tetapi pada ketika yang sama pelbagai undang-undang dan peraturan dilanggar oleh rakyat tanpa apa-apa tindakan. Anggota di jabatan penguatkuasaan undang seperti PDRM, SPRM, KASTAM, IMIGRESEN dan sebagainya hendaklah ditambah lagi. Disamping itu juga pelbagai bentuk imbuhan hendaklah diberikan kepada rakyat yang sanggup untuk membantu kerajaan dalam penguatkuasaan undang-undang negara.

Kesimpulannya, salah satu punca kebanjiran warganegara asing di Negara kita ini disebabkan kelemahan pihak kerajaan untuk menguatkuasa pelbagai undang-undang dan perturan yang telah digubal. Kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang dan peraturan ini lama-kelamaan akan menyebabkan Negara kita menjadi huru-hara dan haru-biru .

No comments: