SAHABAT BLOG

13 June 2008

Pasal minyak barang naik

Pasal Minyak Barang Naik


Pasal minyak barang naik
Lama dah tak naik-naik
Baru-baru ni ada rasa nak naik
Tapi tak jadi naik
Kalau dia naik, risau juga
Kalau naik tak pandai nak turun

Pasal minyak barang naik
Kata lambat lagi nak naik
Tapi tak sabar-sabar nak naik
Hari ini nafi esok jadi
Barang naik mengila-gila
Susah nak kawal pasal dah tak popular.

Pasal minyak barang naik
Katanya seluruh dunia
Tapi mana orang kampong nak percaya
Dia orang bukan tahu pasal dunia
Tengok TV pun TV tempatan
Mana ada ASTRO dalam hutan

Pasal minyak barang naik
Banyak barang dah lama naik
Tak payah tunggu minyak mereka pandai naik sendiri
Susah nak kawal, malah makin menjadi-jadi
Buka sehari, malah berhari-hari

Pasal minyak barang naik
Minyak turun barang tak turun
Minyak naik barang naik
Tak ada minyak barang naik juga
Tak boleh nak disekat-sekat
Tak boleh nak dikawal-kawal
Kadang-kadang ia naik sendiri
Hari ni lain , semalam lain
Semalam diam, hari ni naik

Pasal minyak barang naik
Taik minyak dah jadi harga
Tak payah pakai minyak tengok apa nak jadi
Tak ada minyak, barang tak naik.
Kerana barang dah lupus dah
Memang le tak naik-naik.

No comments: