SAHABAT BLOG

12 June 2008

KELUARAN HALAL DAN TOYIBAN

Petang tadi aku pergi ke edai runcit untuk membeli roti dan sri kaya untuk anak-anak aku. Cukup lama aku membelek-belek sri kaya yang berada di atas rak. Semua jenama aku dapati mempunyai cop halal. Aku percaya cop Halal yang dipamerkan itu disahkan oleh JAKIM, kerana Sri Kaya yang berada di rak tersebut adalah jenama yang terkenal. Namun demikian aku sebenarnya mempunyai sedikit ketelitian kerana logo halal yang ada bukannya boleh dipercayai sangat. Alangkah baiknya jika ada pengusaha islam yang meletakkan tanda bahawa keluaran mereka adalah keluaran orang Islam. barulah kurang sikit rasa was-was dalam diri.

No comments: