SAHABAT BLOG

29 October 2013

Nak Tahu Siapa Bakal Gigit Jari di Sungai Limau, baca sini...

Pilihanraya kecil Sungai Limau. UMNO vs PAS. Islam vs Islam. Tua vs Muda. PHD vs First Degree. Apa Lagi? PKR Sungai Limau ni adalah PRK ke dua selepas PRU13 baru-baru ini. Kebetulan pula PRK kali ini melibatkan kawasan PAS setelah PRK Kuala Besut dulu adalah kawasan UMNO. Kalau ikut keputusan PRU13 baru-baru ini, rasanya sesuatu yang mustahil untuk BN merampas DUN Sungai  Limau. Bukannya mudah untuk memenangi kawasan yang dimemangi oleh PAS dengan majoriti hampir 3 ribu.  Cuma ada beberapa faktor yang mungkin boleh mengubah keadaan dan bakal mengecewakan PAS.

Pertamanya, faktor Allahyarham TS Azizan. Dengar cerita kawan aku, Sungai Liamu tu asalnya kawasan BN sebelum dirampas oleh PAS 25 tahun yang lalu melalui TS Azizan. Maknanya faktor TS Azizan sendiri yang menyebabkan orang Sungai Limau memilih untuk memberikan sokongan kepada PAS dan bukannya faktor PAS itu sendiri. Dalam bahasa mudahnya, orang Sungai Limau mengundi PAS disebabkan calonnya ialah TS Azizan. Itu 25 tahun dahulu. Kalau PAS boleh merampas DUN Sungai Limau 25 tahun dahulu disebabkan calon, tidak mustahil kali ini, orang Sungai Limau juga akan kembali mengundi BN disebabkan faktor calon juga. Aku percaya BN cukup sedar akan perkara ini.

Calon BN pada kali ini, walaupun aku tidak kenal siapa beliau dan dia pun tak kenal aku, tetapi aku dapat merasakan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang senang didekati,  humble, dan berwawasan dan berpendidikan. Sehingga kini, para bloger PAS masih belum mampu untuk menyerang peribadi calon BN kecuali apa yang mampu mereka lakukan mereka menabur fitnah tetapi dinafikan oleh pemimp[in mereka sendiri. Para bloger PAS sebaliknya sedaya upaya untuk menaikkan imej calon mereka sendiri sehingga sanggup menipu para pengundi juga diakui oleh pemimpin mereka sendiri.

Faktor ke dua yang aku lihat ialah faktor Mukhriz Mahathir. Orang Kedah masih lagi dalam mood teruja kerana dikurniakan seorang MB yang muda dan berjiwa melayu serta bersikap merendah diri walaupun hakikatnya beliau seorang yang tinggi kedudukannya. Maklumlah anak bekas PM. Namun sikap tidak sombong dan sikap mengambil berat beliau terhadap TS Azizan semasa sakit dahulu aku yakin telah menarik kembali sokongan penykong TS Azizan kepada Mukhriz. Ramai penduduk kedah terutama di kalangan orang muda  tertarik kepada Mukhriz dan PRK ini memberi peluang kepada mereka memberi peluang kepada Mukhriz untuk membangunkan Sungai Limau. Aku tidak ada statistik pola  pengundian semasa PRU13 baru-baru ini di Sungai Limau.

Kesimpulannya, aku cukup yakin bahawa PAS bakal mengigit jari di Sungai Limau pada 04 Nivember ini. Kita tunggu dan lihat.


No comments: