SAHABAT BLOG

15 September 2013

PAS Bakal Berpisah dengan PKR.

Di bawah ini adalah resolusi para Ulama PAS mengenai halatuju PAS pasca PRU 13. Aku suka untuk mengulas resolusi no. 5 dan no. 7 mengenai semakan semula hubungan dengan PKR dan juga jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah terdiri mereka yang faqih dan memahami Islam. walaupun aku bukan ahli mana-mana parti politik, tetapi parti PAS ini cukup rapat dengan aku. Jadi aku pun ingin melihat agar parti PAS ni menjadi sebuah parti yang bukan sahaja berperanan sebagai parrti politik tetapi pada masa yang sama mereka juga berperanan sebagai instituai dakwah. Walaupun tidak mampu untuk mendakwah seluruh warganegara sekiurang-kurangnya mereka boleh berdakwah kepada ahli dan para penyokong mereka supaya menjadi umat Islam yang menuju ke syurga dan bukannya ke neraka di Ahkirat kelak.

Baiklah berbalik kepada resolusi no. 5, bab kajian semula pertautan dengan PR teruatama PKR tu, aku setuju benar kerana sejak dulu lagi, tautan ini tidak ada keuntungan kepada PAS tetapi yang untung besar sudah tentu PKR. PKR buikannya ada penyokongpun. Kalau ada pun boleh bilang je. Kemenangan mereka dalam PRU banyak ditolong oleh penyokong PAS. Dalam erti kata mudah, PKR ni sebuah parti yang hanya gah pada nama tetapi miskin penyokong. Lagi satu aku tengok semejak thalul syiasi dengan PKR ini aku dapati PAS semakin tidak dapat mengawal para ahlinya agar jangan terlalu tersasar dari jalan menuju ke syurga kerana jika jauih tersasar, mereka akan menemui jalan ke neraka.

Oleh itu, jika PAS masih lagi bertaut dengan PKR, maka PAS sebenarnya membawa beban yang langsung tidak berfaedah untuk membantu mencapai PAS.

Resolusi no. 7 pula aku berpendapat ianya patit dijadikan sebagai perlembagaan parti tetapi dengan sedikit perubahan. Aku cadangkan supaya dimasukkan di dalam parti sesiapa yang dilantik menjadi Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah fasih bebahasa Arab dan Hafiz Al Quran 30 juzuk. Barulah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS itu terdiri daripada ulama tulen dan bukannya ular dalam semak. Aku tak kata sesape tetapi sebelum Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden, isu ni tak timbul pun.  osot. Banyak penyokong mereka yang berpaling tadah menyokong UMNO semasa PRU13 baru-baru ni.



Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang bersidang pada 14 September 2013 mengambil beberapa resolusi yang terkandung di dalam ucaptama dan perbahasan seperti berikut: 

1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. 

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerak kerja, antaranya:

i-  mengukuhkan gerak kerja tarbiyah 
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS 
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan.

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada PAS Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi PRU13 untuk lonjakan PRU14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah. 

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kepada semua kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulama haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. 

7- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

8. Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.

No comments: