SAHABAT BLOG

02 May 2013

Kenapa Mesti Pilih BN dan Tolak PR.

Aku percaya sekarang ni dalam kepala setiap pengundi sudah terbayang-bayang lambang mana yang hendak dipangkah pada 5 mei nanti. Namun demikian, jangan tak percaya bahawa perubahan masih boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Setiap hari dalam akhbar melaporkan penyokong parti berpaling tadah. Yang paling ramai berpaling tadah adalah ahli dan para penyokong parti PKR. Ada sampai tutup cawangan. DAP pun tak kurang hebatnya. Ramai yang keluar parti dan menukar sokongan terutama kaum India. BN nampaknya tidak ada yang berbuat demikian kecuali Mat Taib Mantan MB Selangor. 

Baiklah, pada malam ni aku nak kupas isu kenapa kita mesti pilih BN dan tolak Pakatan Rakyat. 
Malaysia ni sebuah negara yang cukup unik. Semenjak ianya wujud dalam peta dunia lagi, Malaysisa ini dikenali sebagai sebuah negara melayu. Ianya diperintah oleh orang melayu yang beragamja Islam. Bukan pasal ni aku nak cakap. Cuma nak bagi tau bahawa semua pihak tak kira Melayu, Cina , India dan laion-lain hendaklah kena terima hakikat bahawa Malaysia ni sebuah negara yang bertunjang dan  beridentitikan Islam dan Melayu. Cuba untuk mengubah tunjang dan identiti ini, maka ianya akan menjadi satu malapetaka. 

Bukan ini juga nak  yang aku cakap malam ni. Mengundi adalah hak masing-masing. Setiap orang berhak menentukan kepada siapa undi mereka hendak diberikan. Ada sesetengah tempat, para pengundinya memilih calon, ada sesetengah tempat pengundinya memilih parti. Kalau dipermatang pauh tu, jelas dn nyata bahawa pemilihnya memilih calon berbanding parti. Dulu semasa Anwar mewakili BN, beliau dipiih oleh rakyat. Bila Anwar mewakili PKR pun beliau masih dipilih oleh rakyat. Mungkin ramai yang lupa, Anwar sebenarnya tak pernah menghadapi pertandingan semenjak tahun 1998. Beliau menang PR kecil 2008 pun pasal BN tak meletakkan calon. Maknanya beliau menang percuma. Jadi 05 mei ni adalah pertandingan pertama yang beliau bakal hadapi. Kalau dilihat kepada sokongan yang beliau perolehi sekarang ni, kemungkinan besar beliau boleh mengekalkan kerusi Permatang Pauh. Tapi aku doakan supaya beliau kalah.

Kenapa kita mesti undi BN dan bukannya PR. Sifir mudahnya macam ni. Negara sudah diperintah oleh BN selama 50 tahun lebih. Alhamdulillah ianya semakin baik dari masa kesemasa. Keadaan yang dinikmati oleh kita pada hari ini adalah disebabkan keputusan bijak ibu bapa kita 50 tahun yang lalu kerana memberikan kepercayaan kepada BN untuk menjadi pemerintah. Jadi jika keadaan dan keharmonian yang kita nikmati ini hendak kita wariskan kepada anak cucu kita 50 tahun akan datang, maka 05 Mei nanti pilihlah parti BN ataupun lambang dacing. Insyaallah, anak cucu kita 50 tahun akan datang akan menimati keadaan yang jauh lebih baik daripada kita nikmati sekarang ini.

Negara kita ini penduduknya berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai adat resam dan kepercayan agama yang berlainan. Setiap kelainan ini diraikan oleh BN. Orang Islam dibenarkan mendirikan malahan dibantu untuk mendirikan masjid mengikut kesesuaian. Ini termaktub di dalam perlembagaan negara. Kaum lain pun diraikan dengan diberikan kebebasan untuk mendirikan rumah ibadat masing-masing. Tempat-tempat perjudian diberikan lesen sebagai meraikan rakyat yang bukan beragama Islam. Banyak lagilah kalau nak dihitungkan. Tidak ada kaum yang dipinggirkan. Inilah kesepakatan yang diamalkan oleh BN. Yang paling penting, ialah selagimana BN berkuasa, selama itulah Islam dan Melayu akan sentiasa diutamakan. 

Manakala Pakatan Rakyat pula, mereka pun ada kesepakatan juga. Jangan kata tak ada. namun kesepakatan mereka tidak begitu kukuh sangat kerana masing-masing mempunyai ideologi dan matlamat masing-masing. PAS dengan matlamat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Impian dan harapan ini tidk pernah terpadam daripada sanubari pemimpin dan penyokong PAS. DAP pula mempunyai matlamat hak rakyat adalah sama rata dalam semua aspek bauk agama ataupun pengagihan kek ekonomi. Tidak ada kaum yang boleh diberikan keistemewaan. Siapa yang kuat berusaha, maka merekalah yang  berhak mendapat kekayaan. Sekarang ini memang benar kaum Cina ni kaya dan raya., tapi merekA beranggapan bahawa lebih ramai orang cina yang boleh menjadi kaya raya jika tidak ada rasuah kerana mereka beranggapan bahawa kaum cina lebih rajin berusaha berbanding kaum lain. Mereka juga beranggapan bahawa orang melayu ni semuanya pemalas.

PKR pula sebuah parti yang terlalu liberal. Kiri kanan, depan belakang semua mereka hentam. Maksudnya mereka tidak ada identiti. Nak kata mereka memperjuangkan Islam, tidak juga. PKR ini sebuah parti yang ingin meliberalkan semua hal. Dalam soal agama pun mereka hendak liberalkan. Ini terbukti apabila mereka membenarkan kalimah Allah itu digunakan oleh orang kristian dalam bible mereka.. PKR ini sebenarnya sebuah parti yang paling memberhaya berbanding DAP dan PAS kerana identiti dan arah tujuan mereka tidak begitu jelas. Tanpa identiti dan prinsip yang jelas ini memungkinkan mereka diresapi oleh pengaruh-pengaruh yang berbagai. 

PAS pula. Sejak dahulu lagi mereka bising dan menuduh UMNO itu kapir kerana membenarkan pusat judi beroperasi. Namun demikian, kenapa apabila mereka semakin hampir dengan Putrajaya (mereka yang kata), walau sepatah pun tidak ada perkataan yang keluar dari mulut mereka bahawa mereka akan memberhentikan pemberian lesen judi dan menutup pusat judi di Genting. Mereka tidak berani kata kerana mereka tahu bahawa, untuk membentuk sebuah kerajaan di Malaysia, kaum-kaum lain mesti dilibat sama. Jika mereka bertekad untuk menutup Pusat Judi Genting, sudah pasti DAP akan menentang usaha mereka tersebut. Pusat-pusat hiburan yang berleluasa di sentiasa dijadikan modal oleh PAS untuk mengutuk pemimpin UMNO, kenapa mereka tidak ada niat dan sebut untuk tutup. Kenapa apabila mereka berkongsi pakatan, lidah mereka kelu. Daklam masa yang sama, para penyokong mereka dikampung-kampung masih lagi galak mengutuk kepimpinan UMNO kerana membenarkan pusat-pusat hiburan, arak, judi beleluasa. Simbol kekafiran pemimpinan UMNO ialah Genting. 

Jadi, kenapa kita mesti pilih PAS jika mereka pun sama sahaja dengan UMNO jika berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Mereka juga tidak mampu untuk menghapuskan maksiat, arak dan judi yang berleluasa. Tidak ada walau sepatah pun perkataan di dalam manifesto mereka untuk membendung perkara ini. 



No comments: