SAHABAT BLOG

03 May 2013

Kerana Dendam Negara Bakal Kecundang

Setiap manusia yang waras di atas muka bumi ini mempunyai pegangan agama dan kepercayaan agama tersendiri. Bukan sekarang sahaja, tetapi sejak dahulu kala sebelum ke datangan Islam lagi. Manusia akan mencari-cari sesuatu yang pada anggapan mereka hebat dan berkuasa untuk disembah dan dimuliakan.

Bukan pasal ini aku nak cakap. DAP adalah sebuah parti yang begitu kuat kebencian mereka terhadap bangsa Melayu. Bagi mereka bangsa melayulah yang menjadi penghalang kepada tujuan dan cita-cita mereka untuk membolot kesemua peluang mencipta kekayaan di Malaysia ini. Mereka cukup meluat kepada bangsa melayu kerana mereka terpaksa memberikan rasuah kepada pegawai-pegawai melayu dan pemimpin-pemimpin melayu. Setelah rasuah diberikan, barulah mereka diberikan peluang untuk memperolehi apa jua peluang untuk berniaga. Pasal itu mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menentang rasuah. Itu kata mereka. Maknanya DAP sebenarnya mempunyai darjah kebencian yang tinggi terhadap pemimpin UMNO kerana mereka beranggapan bahawa pemimpin UMNO menganaktirikan bangsa Cina dan India dan mengutamakan bangsa Melayu. DAP beranggapan bahawa kaum Cina dan India terpaksa merayu dan memberi rasuah , barulah mereka boleh membina kejayaan.

PAS...Sebuah parti yang telah mendidik para penyokongnya sejak dari dalam buaian lagi agar membenci UMNO dan pemimpin UMNO. Aku tidak faham dan keliru kenapakah kebencian pemimpin PAS terhadap UMNO begitu ketara sangat, begitu mendalam sangat. Kedua-duanya dipimpin oleh orang Islam. Kedua-duanya memiliki alim ulama. Bezanya, alim ulama di dalam PAS juga terlibat dengan politik manakala alim ulama dalam UMNO tidak terlibat secara langsung dalam politik. Alim Ulama dalam PAS memimpin manakala alim ulama dalam UMNO dipimpin. Itu tak kisahlah samada memimpin ataupun dipimpin. Yang penting perana mereka sebagai alim ulama sepatutnya menggalakkan perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan bukannya menggalakkan perpecahan dan pergaduhan. Ulama adlah pewaris Nabi. Nabi tidak pernah menghasut umatnya untuk saling membenci sesama mereka.

PKR.. parti yang tidak ada nilai berita bagi kecuali berita pasal seks dan berita pasal rancangan tak tentu hala mereka untuk menghancurkan Islam dan Melayu di negara ini. PKR ini dipimpin oleh seorang manusia yang mempunyai dendam yang begitu mendalam terhadap UMNO disebabkan tindakan UMNO yang menghalang beliau untuk menjadi PM suatu ketika dahulu. Hanya satu langkah sahaja lagi kaki beliau untuk menjawat jawatan PM. Siapa yang tak meroyan dan siapa yang tak berdendam. UMNO yang telah mengaibkan beliau lebih 1 dekad sudah tentu perasaan dendam dan bencinya pada UMNO begitu mendalam.

Apa yang aku ingin kongsikan disini ialah ketiga-tiga parti yang menjadi seteru BN dalam PRU 13 ini adalah parti yang mempunyai sejarah dendam yang mendalam terhadap UMNO yang menjadi tunjang kekuatan BN. Kalau disimpulkan, UMNO ditentang kerana dendam bukan kerana UMNO itu teruk ataupun bukan kerana UMNO dan BN itu merosakkan negara. Malahan UIMNO dan BN telah berjaya membawa Malaysia kemercu tanda yang amat tinggi dikalangan negara-negara membangun bahkan dalam banyak perkara Malaysia telah dipacu oleh BN mengatasi negara-negara maju. Bahkan jika dibandingkan dengan rakan-rakan ASEAN, Malaysia boleh dikatakan ,mengatasi mereka di dalam banyak perkara. Semuanya ini atas usaha gigih pemimpin BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Persoalannya, adakah kita mahu menyerahkan nasib negara kita ini kepada mereka yang pendendam. Mereka tidak akan membawa kemajuan kepada negara kerana tujuan mereka untuk memerintah adal;ah semata-mata untuk menghancurkan UMNO. Setelah berjaya menghancurkan BN dan UMNO, mereka bakal terkapai-kapai untuk memerintah. Banyak perkara yang bakal mereka lakukan tidak akan mencapai kejayaan. Untuk menjadi pemerintah negara yang sedang pesat membanguin seperti Malaysia ini, kita memerlukan pemimpin yang boleh memimpin dan bukannya pemimpin yang masih terrkial-kial untuk mencari trentak untuk memimpin. Dalam masa mereka terkial-kial itu, sudah tentu banyak pihak asing yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Negara akan mencuri masuk dan menceroboh tanpa disedari.

Manusia pendendam adalah manusia yang bertuankan nafsu, bukannya bertuankan akal. Tindakan yang bertuankan nafsu selalunya tidak menguntungkan, bahkan ianya akan membawa kepada kemusnahan. Kerana dendam negara bakal kecundang, percaya;lah.




No comments: