Nik Aziz
Nik Abdul Aziz berucap pada ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di Putrajaya malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PUTRAJAYA - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Barisan Nasional (BN) akan dikuburkan selama-lamanya pada 5 Mei ini dengan kerajaan baru dibentuk pada keesokan hari.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dengan angin kebangkitan rakyat negara ini yang mahukan perubahan dalam atmosfera politik akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai peneraju kepimpinan negara dan menolak kerajaan sekarang.

“(Pada) 5 Mei rakyat akan mengundi, keyakinan saya mereka memilih kerajaan yang berlandaskan syariat Islam.

“6 Mei seluruh negara akan merayakannya dengan tertubuhnya negara Islam sebenar. Gelombang Islam akan hapuskan nilai-nilai sekular,” katanya ketika menyampai ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di sini malam tadi.

Hadir sama, calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Md Nor Mohd; Yang Dipertua Pas Putrajaya, Nazir Zakaria dan calon Pas Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Dalam perkembangan sama menurutnya, PR akan menerapkan konsep cara hidup Islam sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan.

“Islam datang dari ALLAH SWT, kita (manusia) hanya menumpang di dunia ALLAH. Tibalah masanya kita amalkan sebuah negara mengikut acuan seperti yang disyariatkan.

“Saya yakin Putrajaya ini bakal dirampas dan kita bersama-sama menobatkan Datuk Husam Musa sebagai Ahli Parlimen Pas di sini,” katanya.

Sementara itu, di Pentas Treler Negara Berkebajikan yang sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya BN terus memerintah negara fitnah akan menjadi santapan rakyat setiap hari.

“Sebelum menjelang tarikh 5 Mei, Umno-BN telah rencanakan 1,001 fitnah jahat sebagai momokan pilihan raya.

“Terkini blogger Milo Suam mendedahkan proses undi awal penjawat awam tidak seperti dijadualkan berlangsung pada 30 April telah didakwa tetapi Papagomo yang memihak kepada mereka dibiarkan bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh,” katanya.

Mengulas perkara sama Nurul Izzah berkata, tanpa Pemantau Pilihan Raya (Paca) tidak mustahil BN akan merampas keputusan pilihan raya.

“Diingatkan undi setiap rakyat adalah penting untuk masa depan negara kerana pilihan raya kali ini terpenting buat kita.

“Kita perlu kuat menahan fitnah dan tohmahan menjelang tarikh 5 Mei kerana semua itu akan kita kuburkan pada hari berikutnya,” katanya.

Putrarahman: Pertama-tamanya aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan BN kerana usaha mereka membina masjid Besi di Putrajaya sehingga membolehkan segenap lapisan masyarakat tak kira rakyat biasa, ataupun jagoan politik terhebat PAS seperti Nik Aziz bolehlah bersembahyang dengan selesa. Jangan kata itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membina infrastruktur kepada rakyat kerana ada kerajaan yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sehinggakan tiada sebuah masjid pun yang dibina sepanjang 20 tahun lebih menjadi pemerintah. Hanya pemerintah yang bertanggungjawab sahaja tahu denyut nadi rakyat dan keperluan rakyat. Tidak semua rakyat hanya perlukan kepada santapan rohani semata-mata, mereka juga perlukan santapan duniawi untuk meneruskan kehidupan. Allah sudah bagi mereka umur dan kehidupan, tetapi sayang mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang selesa dan menghabiskan umur yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dalam keadaan yang serba tidak selesa kerana kegagalan pemerintah untuk menyediakan keselsaaan kepada mereka. Pemerintah yang begini tidak patut diterima dan diangkat sebagai pemimpin kerana ianya menyusahkan rakyat.
Keduanya aku ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mursyidul Am PAS yang sanggup mengambil risiko menentang Presiden PAS dan juga Buku Jingga Pakatan Rakyat apabila beliau ingin menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam sepenuhnya dan bukannya negara Kebajikan sebagaimana yang diputuskan oleh Presiden PAS dan juga Buku Jingga. Kita tunggu apa kata Karpal Singh. Dalam hal Karpal Singh ni aku sedikti pelik kerana semua pandangan beliau adalah pandangan peribadi sahaja. Maknannya Karpal Singh ni langsung tidak dibenarkan bersuara bagi pihak DAP.
Aku sebenarnya malas nak ulas pasal statement Pejuang Anti Fitnah Nombor Satu Negara iaitu jagoan Politik PKR si Nurul Izzah, namun disebabkan ulasan beliau yang aku rasa ada nilai untuk diberikan ulasan, maka aku buat ulasan jugaklah walaupun terpaksa. Si Nurul ni sebenarnya sedang tanamkan dalam minda rakyat bahawa jika BN menang, maka kemenangan itu adalah disebabkan penipuan. Apabila perkara ini sudah tertanam dalam minda para pengundi dan rakyat, maka jika BN menang da;lam PRU 13 nanti, mudahlah bagi mereka untuk mengerakkan rakyat menentang keputusan Pilihanraya. Darimana mereka belajar semua ini jika bukan dari Filipina. Pasal tu kerap pergi Filipina. Dalam sejarah pilihanraya Filipina, kalaun tak silap aku Crazon Aquino menjadi Presiden walaupun kalah dalam Pilihanraya. Kalau nak tahu lanjut, boleh baca "People Power Revolution". 
Satu lagi aku nak cakap. Sebenarnya kedatangan penyokong PAS di Putrajaya tu sebenarnya rakyat Terengganu dan Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Mereka ni sebenarnya pantang dengar pemimpin besar mereka nak datang berceramah, pasti mereka akan berarak beramai-ramai. Apabila tiba musim mengundi, mereka akan bertebaran balik ke kampung halaman masing-masing. Satu lagi perangai pelik oramg PAS ni yang aku dapati tiada dalam orang BN ialah kesanggupan mereka untuk datang dengar ceramah politik pemimpin mereka. Bagi mereka  ceramah politik pemimpin mereka akan mendapat pahala sama seperti pahala  mendengar ceramah agama walaupun isi kandungan ceramah itu penuh dengan fitnah dan umpat keji dan pembohongan. Bagi orang BN pula yang bukan penyokong tegar, buat apa nak pi dengar ceramah kerana dah apa nak buat pada tarikh mengundi nanti. 
Cukuplah, setakat ini dan ulasan terakhir aku ialah bahawa Nik Aziz hanya Yakin tetaopi tidak percaya, tetapi aku yakin dan percaya bahawa Putrajaya akan kekal kepada BN dan Husam Musa hanya layak menjadi ADUN sahaja.