SAHABAT BLOG

27 April 2013

Dalang Lahad Datu DiKenal Pasti.

Dua hari lepas, Menteri Pertahanan telah menyatakan bahawa terdapat 2 orang pemimpin politik Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan seorang dari Sabah telah terlibat secara langsung dalam pencerobohan berdarah di Lahad Datu. Menurut beliau, hasil siasatan menemui bukti kukuh pengelibatan pemimpin Pakatan Rakyat tersebut dan bukti-bukti tersebut telah pun dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk diteliti dan kalau boleh dibuat pertuduhan, maka dakwaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat akan dilakukan. Bila????

Pada hari ini pula seorang berkas ketua perisikan tentera mengatakan bahawa tindakan pemimpin pembangkang tersebut adalah untuk mempastikan kaum suluk tidak akan mengundi BN dalam PRU13 nanti disebabkan tindakan tentera kepada sanak saudara mereka di Lahad Datu oleh kerajaan BN dengan harapan kekuatan BN di Sabah bakal dihancurkan oleh undi protes kaum Suluk. Ramai ke Kaum Suluk di Sabah??

Pada hari ini pula beberapa orang pemimpin PR yang dihubungi oleh Sinar Harian seperti Tuan Ibrahim, Teressa Kok dan Mohamad Nor Manuty menafikan pengelibatan PR dalam Insiden Lahad Datu dan menuduh bahawa pendedahan ini satu tuduhan dan niat jahat UMNO menjelang PRU13. Mereka tidak terlibat, tentulah mereka menafikan.

Baiklah, ini pandangan peribadi aku sebagai rakyat. Pertamanya, dakwaan Menteri Pertahanan bahawa terdapat bukti-bukti yang mengaitkan perbuatan durjana pemimpin PR itu tidak boleh ditolak begitu sahaja. Sudah semestinya sebagai seorang Menteri, beliau mempunyai akses yang rapat dengan sumber risikan tentera dan polis. Aku percaya bahawa bukti-bukti yang didakwa telah dihantar kepada peguam negara itu adalah bukti yang diperolehi setelah siasatan terperinci dilakukan. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pejabat peguam negara hendaklah meneliti bukti-bukti tersebut dan jika kukuh untuk pendakwaan dan saksi-saksi yang kukuh, maka jangan bertangguh lagi. Sila dakwa mereka SEGERA kerana perbuatan mereka tersebut amat durjana dan hendaklah dikenakan hukuman yang paling berat.

Penafian yang dilakukan oleh pemimpin PR yang dihubungi itu adalah perkara yang tidak ada kejutannya. Walaupun PR ini satu pakatan, tetapi tidak semua perkara menjadi pengetahuan umum di kalangan pemimpin PR. Masih banyak rahsia besar diantara mereka yang yang tidak dikongsikan.  Lagipun aku percaya ada dikalangan pemimpin PR tersebut yang cukup brilliant otaknya dan ada diantara mereka merupakan "anugerah tuhan" yang mendapat nasihat daripada pelbagai pakar strategi asing. 

Sebagaimana diketahui umum seantero Malaya, bahawa PRU 13 ini adalah PRU yang paling hampir bagi PR untuk menumbangkan BN.  Anggapan PR, kekuatan BN untuk mempertahankan Putrajaya  banyak disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak. Jika salah satu diantara keduanya tumbang, maka BN bakal kehilangan kuasa selepas PRU13 nanti. Ini semua telah disifir dan dihitung dengan cukup teliti oleh PR. Siapa Pakar Stategi PR yang paling hebat sekarang ini dan siapa pemimpin PR yang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan pemimpin negara asing, Australia contohnya. Siapa pula pemimpin PR yang dituduh itu.  Siapa????

Sehubungan itu, jika benarlah perbuatan durjana ini dilakukan oleh PR semata-mata untuk mendapatkan kuasa selepas PRU13 nanti, maka ianya adalah satu yang amat malang bagi negara kita, dan rakyat yang cintakan keamanan dan inginkan keharmonian yang ada sekarang ini terus berkekalan, maka Pakatan Rakyat hendak dikuburkan dalam PRU13 nanti. 

Kepada pejabat Peguam Negara, jika bukti yang diperolehi sangat kukuh, dakwalah mereka yang terlibat dengan dakwaan menentang Yang DiPertuan Agong sebagaimana dakwaan yang dihadapi oleh Pemimpin Al Maunah suatu ketika dahulu kerana sudah terang lagi bersuluh perbuatan mereka itu boleh diertikan sebagai penderhaka dan hukuman yang setimpal adalah hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah. Amek kau....









1 comment:

Anonymous said...

aku rasa masaalah yang paling besar diantara semua masaalah yang ada ialah TINDAKAN dan kelewatan. kiranya segala tindakan dipercepatkan, maka tiadalah soalan saperti SIAPA?, BILA? dll. sudah kebiasaan kita dengar akan BUKTI KUKUH; pendekata, kiranya aduan diperolehi mengatakan ada perancangan pembunuhan, maka bukti kukuh yang dimaksudkan itu ialah bila sudah berlaku pembunuhan, senjata yang digunakan, saksi kejadian dll. persoalanya ialah sanggup kah kita menjadikan satu korban baru tindakan diambil? tidak kah boleh kita membuat satu pro active measures? wallahu'alam.