SAHABAT BLOG

14 September 2012

Ustaz Nasharuddin Bakal Presiden PAS Selepas Haji Hadi

Majlis Syura PAS akhirnya menyerlahkan status sebenar mereka di dalam isu pergabungan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ramai pihak di luar PAS terutama puak-puak 'Anwarinas' menjangkakan bahawa Majlis Syura akan memecat Ustaz Nasha kerana pada anggapan mereka Nik Aziz sendiri tak suka kepada Ustaz Nasha.

Hakikatnya bukan sahaja tidak dipecat, tetapi nak masukkan di dalam agenda  mesyuarat pun mereka tak mampu nak buat. Nampak tak bertapa besarnya pengaruh Ustaz Nasha di dalam PAS. PAS sendiri tak berani sentuh atau bincang pasal Ustaz Nasha. Dalam PAS ada 3 orang yang PAS tak berani usik, iaitu Haji Hadi, Nik Aziz dan Ustaz Nasharuddin.

Nik Aziz geram betul kepada Majlis Syura kerana isu Ustaz Nasha langsung tidak disentuh dalam agenda. Mungkin juga apabila beliau membaca agenda Mesyuarat dan mendapati tiada agenda berkenaan isu Ustaz Nasha, beliau pun meninggalkan bilik mesyuarat. Tak sanggup beliau untuk bermesyuarat sedangkan isu utama yang beliau nak sangat dengar tidak disebut di dalam agenda mesyuarat.

Ustaz Nasha ni diharapkan oleh golongan Ulama di dalam PAS sebagai jurucakap mereka dan dianggap  sebagai penyelamat kepada perjuangan PAS yang tulen. Pasal tu, Ustaz Nasha ini dipelihara oleh golongan Ulama di dalam PAS.

Nasharudin Mat IsaJika Nik Aziz meninggal dunia, Ustaz Nasha adalah orang harapan Haji Hadi dan golongan Ulama di dalam PAS yang dilihat mampu untuk mengembalikan kegemilangan PAS dan mungkin juga akan bergabung semula dengan UMNO seperti suatu ketika dahulu. Ustaz Nasha mungkin akan bangkit kembali sebagai Presiden PAS.

Sekarang ini peringkat akar umbi PAS telah terbahagi kepada 2 iaitu golongan yang menyokong DAP yang diketuai oleh Nik Aziz dan Mat Sabu dan satu golongan yang benci DAP yang diketuai oleh Ustaz Nasha dan disokong dalam diam oleh  Haji Hadi .

Jika Ustaz Nasha dipecat dari PAS, maka Majlis Syura bimbang golongan yang membenci DAP turut sama keluar dari PAS dengan tidak memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat.

No comments: